omniture

AGC Asahi Glass Meterai Perjanjian Ambil Alih CMC Biologics

CMC Biologics
2016-12-21 16:35 477

CMC Biologics akan terus sediakan khidmat CDMO untuk pasaran biofarmaseutikal

BOTHELL, Washington dan COPENHAGEN, Denmark dan BERKELEY, California dan TOKYO, 21 Disember 2016 /PRNewswire/ -- CMC Biologics, peneraju global dalam pengeluaran antibodi monoklonal klinikal dan komersial, faktor pembekuan dan protein terapeutik lain, dan AGC Asahi Glass (AGC), pengeluar utama dunia bagi kaca, bahan-bahan kimia dan bahan-bahan berteknologi tinggi, hari ini mengumumkan kedua-duanya telah memeterai satu perjanjian muktamad bersama pemegang saham CMC Biologics, termasuk Monitor Clipper Partners, European Equity Partners dan Innoven Partenaires, yang mana AGC akan mengambil alih 100% saham CMC Biologics. Pengambilalihan ini dijangka selesai pada Januari 2017.

Ditubuhkan di Denmark pada tahun 2001, sebagai sebuah syarikat baharu, CMC Biologics berkembang menjadi salah sebuah syarikat CDMO bebas yang paling bernilai di dunia. Hari ini, dengan menggajikan lebih 500 kakitangan, dua kemudahan pengeluaran dalam fasa komersial, serta sebuah kemudahan pengeluaran dalam fasa awal, CMC menjadi salah satu peneraju bagi industri CDMO biologik.

"Dengan pertumbuhan peringkat tertinggi dan kejayaan yang dikecapi oleh CMC Biologics sejak 15 tahun lalu, saya berasa teruja kerana kini kami akan menjadi tumpuan utama perniagaan perkhidmatan biofarmaseutikal AGC, menerusi operasi-operasi pengeluaran biologik di Eropah, A.S. dan juga Asia. AGC ialah sebuah syarikat bertaraf dunia yang berdedikasi terhadap kecemerlangan dan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi," kata David Kauffmann, Pengerusi CMC Biologics. "Komitmen AGC terhadap penyelesaian teknologi terbaik dan perkongsian dalam tempoh lama bersama pelanggan begitu sejajar dengan matlamat CMC Biologics bagi menjadi rakan perkhidmatan CDMO biologik pilihan untuk syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi terunggul di dunia."

 "Selari dengan kejayaan serta strategi perniagaan jangka panjang AGC, CMC Biologics berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada segmen Perniagaan Sains Hayat AGC. Kami berharap dapat memanfaatkan kepakaran pengeluaran AGC serta pengaruh CMO sedia ada, sambil terus menyediakan penyelesaian yang inovatif kepada pelanggan kami," kata Gustavo Mahler, Ketua Pegawai Eksekutif CMC Biologics. "Transaksi ini memberikan hak pemilikan yang ideal untuk CMC, ketika AGC berusaha sepenuhnya mencapai matlamat dari segi kepuasan pelanggan, pertumbuhan yang kukuh dan pengembangan ke seluruh dunia yang menakrifkan strategi kami."

CMC Biologics akan mengekalkan keunikan jenama dan kebebasannya. Tiada sebarang perubahan dijangkakan terhadap operasi dalam CMC, pasukan kepimpinan sedia ada mahupun kumpulan pekerjanya. CMC Biologics terus memberikan komitmen penuh dalam usaha memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggannya.

Latar Belakang CMC Biologics
CMC Biologics menerajui industri dalam kalangan CDMO dari segi kepuasan pelanggan, kecemerlangan teknikal dan kualiti – Betul dan Tepat Pada Masanya. Dengan adanya tiga kemudahan di A.S. dan Eropah, Syarikat ini menyediakan penyelesaian pembangunan dan pembuatan untuk biofarmaseutikal secara bersepadu kepada pelanggan di seluruh dunia. Syarikat ini memiliki kepakaran terbukti dalam menyediakan penyelesaian tersuai untuk peningkatan kuantiti dan pembuatan cGMP bagi terapeutik berasaskan protein untuk ujian praklinikal, ujian klinikal serta pengeluaran komersial. Pelbagai perkhidmatan bersepadu disediakan oleh CMC Biologics termasuk pembangunan titisan sel, pembangunan proses bio, formulasi serta ujian analisis yang komprehensif. Para pelanggan juga boleh memanfaatkan Sistem Ekspresi CHEF1® proprietari daripada CMC Biologics untuk penghasilan sel mamalia. Maklumat yang lebih terperinci disediakan di www.cmcbio.com

Penasihat
William Blair dan Shearman & Sterling, masing-masing, berperanan sebagai penasihat kewangan dan undang-undang untuk CMC Biologics.

Maklumat Perhubungan Media
Cik Kim Yang
Pengarah, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Global
CMC ICOS Biologics, Inc.
E-mel: kyang@cmcbio.com
No. Pejabat: +1 425 415 5438

Source: CMC Biologics
Related Links:
Keywords: Biotechnology Chemical Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers