omniture

Hertz Global Jadi Penyedia Khidmat Sewa Kereta Eksklusif Cathay Pacific dan Rai Perjanjian dengan Promosi Istimewa

- Syarikat sewa kereta lancar laman sesawang tempahan khusus untuk sediakan keupayaan mudah kepada penumpang Cathay Pacific untuk tempah kereta sewa Hertz, Dollar dan Thrifty
- Penumpang Cathay Pacific yang menempah menerusi Hertz sebelum 31 Januari 2017 berpeluang nikmati diskaun sehingga 20% untuk perkhidmatan sewa kereta biasa di lokasi-lokasi yang mengambil bahagian di seluruh dunia
Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2016-12-22 19:10 790

LONDON, 22 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Hertz Global (NYSE:HTZ), memeterai perjanjian selama dua tahun dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong, Cathay Pacific untuk menjadi penyedia perkhidmatan sewa kereta eksklusif syarikat penerbangan ini. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, syarikat sewa kereta ini melancarkan laman sesawang Hertz, Dollar dan Thrifty yang direka khas bagi memberikan akses mudah kepada penumpang Cathay Pacific dalam pelbagai pilihan kenderaan dan tawaran yang disediakan di sekitar 10,000 lokasi seluruh dunia. Selain itu, kini penumpang Cathay Pacific berpeluang menerima potongan automatik sebanyak 5% untuk perkhidmatan sewa kereta biasa Hertz Rent a Car di seluruh dunia.

Hertz Global Jadi Penyedia Khidmat Sewa Kereta Eksklusif Cathay Pacific dan Rai Perjanjian dengan Promosi Istimewa
Hertz Global Jadi Penyedia Khidmat Sewa Kereta Eksklusif Cathay Pacific dan Rai Perjanjian dengan Promosi Istimewa

"Menjadi penyedia sewa kereta dalam talian eksklusif Cathay Pacific ialah suatu pencapaian penting dalam perkongsian kami yang telah lama terjalin dengan syarikat penerbangan tersebut," kata Eoin MacNeill, Naib Presiden, Hertz Asia Pasifik. "Laman sesawang pelbagai jenama baharu dan eksklusif yang kami lancarkan untuk penumpang Cathay Pacific akan membolehkan mereka mencari perkhidmatan sewa kereta yang memenuhi keperluan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja. Ia adalah suatu penghormatan buat kami kerana dapat terus memperkukuh hubungan kami bersama syarikat penerbangan yang begitu terkenal, yang sama seperti kami, amat komited terhadap mutu kecemerlangan dalam khidmat pelanggan yang disediakan. Kami berharap dapat terus menawarkan faedah eksklusif kepada ahli-ahli Asia Miles dan menyediakan perkhidmatan kepada semua penumpang Cathay Pacific yang inginkan kemudahan serta pilihan andal apabila menyewa kereta."

Roberto Abbondio, Pengarah Urusan, Cathay Pacific Holidays, berkata: "Di Cathay Pacific, kami mengambil berat tentang pengalaman penumpang kami pada setiap peringkat perjalanan mereka – bermula dari saat mereka melayari laman sesawang kami untuk membuat tempahan, sehingga mereka tiba ke destinasi mereka dan seterusnya – dan perkongsian baharu yang menarik bersama Hertz Global menonjolkan komitmen kami terhadap 'Hidup Kembara Sebaiknya'. Penyediaan lebih banyak pilihan dan kemudahan kepada pelanggan kami selain pengalaman penerbangan kami yang memenangi anugerah adalah amat penting buat kami dan kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Hertz Global, sebuah syarikat yang telah membangunkan reputasi yang layak diterima kerana pengalaman pelanggan bertaraf dunia."

Bagi meraikan pemeteraian perjanjian baharu ini, Hertz Global memperkenalkan diskaun sehingga 20% pada tempoh masa terhad untuk sewa kereta biasa kepada penumpang Cathay Pacific yang menyewa dengan Hertz menerusi lokasi-lokasi yang mengambil bahagian di A.S., Kanada, Eropah, Australia, New Zealand dan Asia. Bagi memanfaatkan tawaran promosi yang disediakan, penumpang perlu menempah kenderaan Hertz mereka sebelum 31 Januari 2017 dan mengambil kenderaan tersebut antara 1 Januari 2017 dan 31 Mac 2017. Selain itu, ahli-ahli Asia Miles, program pengguna penerbangan kerap Cathay Pacific, akan turut menerima sehingga 2,000 batu tambahan untuk setiap sewaan yang layak. Tertakluk terma-terma dan syarat-syarat tertentu*.

Perjanjian baharu ini adalah lanjutan daripada kerjasama yang telah lama terjalin antara Hertz dan Cathay Pacific untuk program pengguna penerbangan kerap Asia Miles. Ahli-ahli Asia Miles akan terus menerima sehingga 500 Asia Miles dan mendapat diskaun sebanyak 10% bagi sewa kereta biasa apabila menyewa dengan Hertz.

Di samping itu, selain menikmati diskaun sebanyak 10% dan kelebihan ganjaran Asia Miles apabila menyewa dengan Hertz, ahli-ahli Hijau dan Perak daripada Marco Polo Club syarikat penerbangan itu akan menerima penambahbaikan kelas sebuah kereta secara percuma. Ahli-ahli Emas dan Berlian Marco Polo Club juga layak menerima diskaun sebanyak 10% daripada harga asal sewa kereta biasa untuk Koleksi Prestige and Fun Hertz selain dua penambahbaikan kelas kereta tanpa caj tambahan, bergantung kepada ketersediaan. Tertakluk terma-terma dan syara-syarat tertentu**.

*Terma-terma & Syarat-syarat promosi yang dilancar

  • Tawaran adalah sah untuk jenama Hertz Rent a Car sahaja.
  • Tawaran adalah sah menurut kadar runcit senggang bagi tempahan yang dibuat secara dalam talian di http://www.hertzmultibrand.com/cathaypacific/specialoffers.aspx mulai sekarang hingga 31 Januari 2017 untuk diambil di lokasi-lokasi yang mengambil bahagian bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac 2017.
  • Lokasi-lokasi yang mengambil bahagian di Eropah: Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Luxembourg, Belanda, Tanah Besar Sepanyol dan UK.
  • Lokasi-lokasi yang mengambil bahagian di Asia: Brunei, Hong Kong, Korea, Malaysia, Pakistan, Filipina, Singapura dan Thailand.
  • Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa pungutan tempahan (48 jam untuk khidmat sewa di Asia).
  • CDP# 2116572 (untuk diskaun) dan/atau PC# 203317 dan nombor ahli Asia Miles/ Marco Polo Club (untuk bonus batuan) perlu dinyatakan apabila membuat tempahan.
  • Tawaran tertakluk kepada minimum sewa 3 hari.
  • Tawaran adalah sah untuk semua kumpulan kereta di AS, Kanada dan Asia; kumpulan kereta kompak dan bersaiz lebih besar di Eropah; serta kumpulan kereta pertengahan dan lebih besar di Australia dan New Zealand.
  • Diskaun adalah untuk caj masa dan perbatuan sahaja dan tidak sah untuk cukai, bayaran, surcaj dan perkhidmatan pilihan.
  • Tawaran adalah tidak sah untuk lawatan/prabayar, industri pelancongan, kakitangan atau apa-apa kadar istimewa yang lain.
  • Tawaran tidak boleh digunakan bersama mana-mana tawaran lain, diskaun atau promosi.
  • Tarikh-tarikh tanpa tawaran standard boleh dikenakan.
  • Asia Miles akan dikreditkan kepada akaun ahli 6 hingga 8 minggu setelah selesai setiap sewaan.
  • Semua sewaan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sewaan biasa oleh Hertz.
  • Hertz berhak mengubah atau menamatkan promosi ini pada bila-bila masa.
  • Tertakluk terma-terma dan syarat-syarat Asia Miles yang lain.

Terma-terma dan syarat-syarat lengkap promosi dalam tempoh masa terhad ini disediakan melalui (dalam Bahasa Inggeris): http://www.hertzmultibrand.com/cathaypacific/specialoffers.aspx

**Terma-terma dan syarat-syarat lengkap berhubung faedah istimewa yang ditawarkan untuk ahli-ahli Asia Miles dan Marco Polo Club disediakan melalui (dalam Bahasa Inggeris):
http://www.hertzmultibrand.com/cathaypacific/membership-benefits.aspx

Latar Belakang Hertz Global

Hertz Global mengendalikan jenama-jenama sewa kenderaan Hertz, Dollar dan Thrifty menerusi syarikat induknya, The Hertz Corporation, di kira-kira 10,000 lokasi korporat dan penerima francais di serata Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah, Asia, Australia dan juga New Zealand. Hertz Global ialah salah sebuah syarikat sewa kenderaan kegunaan am lapangan terbang terbesar di dunia, dan jenama Hertz juga ialah salah satu jenama paling diiktiraf di dunia. Inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Ganjaran Tambahan Emas Hertz, Carfirmations, Wi-Fi Mudah Alih dan kenderaan unik yang ditawarkan menerusi Koleksi Adrenalin, Impian, Hijau dan Prestij membezakan Hertz Global daripada pesaingnya. Selain itu, Hertz Global memiliki peneraju pajakan kenderaan dan pengurusan armada Donlen Corporation, mengendalikan perniagaan sewa kenderaan Hertz 24/7 pada setiap jam dalam pasaran antarabangsa selain turut menjual kenderaan menerusi program Rent2Buy miliknya. Sebarang maklumat lanjut tentang Hertz Global, layari: www.hertz.com.  

Latar Belakang Cathay Pacific

Cathay Pacific Airways ialah sebuah syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong, menawarkan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual menuju kira-kira 200 destinasi di seluruh dunia, selain turut mempunyai armada kapal terbang sekitar 140 pesawat badan lebar. Syarikat penerbangan ini terus melabur dalam produk dan perkhidmatannya, di darat serta di udara demi membantu memudahkan perjalanan penumpangnya. Cathay Pacific juga membuat pelaburan yang cukup besar bagi membangunkan Hong Kong sebagai salah satu hab pengangkutan bertaraf global yang utama di dunia. Syarikat penerbangan ini juga merupakan ahli pengasas persekutuan global satu dunia.

Maklumat Perhubungan Media:

Hubungan Media Hertz Media Relations
No. Telefon: (844) 845-2180 (talian bebas tol dari A.S.) dan (+1) 239-301-6300
E-mel: mediarelations@hertz.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161220/8521608296
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161220/8521608296LOGO

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Auto Internet Technology Passenger Aviation Web Site Licensing/marketing agreements New products/services