JACKSONVILLE, Florida, 23 Disember 2016 /PRNewswire/ -- APR Energy, peneraju global bagi penyelesaian kuasa pantas, hari ini mengumumkan bahawa projek 102MW di Myanmar dilanjutkan hingga suku keempat tahun 2017. Kontrak asal untuk loji itu, yang ditandatangani pada Februari 2014 merupakan perjanjian pertama yang dimeterai antara sebuah syarikat yang berpangkalan di A.S. dengan kerajaan Myanmar untuk tujuan penjanaan kuasa sejak sekatan ditarik balik.
Loji kuasa Kyaukse terletak di bahagian selatan Mandalay, iaitu bandar kedua terbesar di negara itu dengan kadar pengelektrikan negara mencapai kira-kira 30 peratus. Kemudahan siap guna itu dibangunkan hanya dalam tempoh 90 hari dan merupakan loji terma terbesar di negara itu yang menyediakan kuasa elektrik yang mencukupi untuk lebih 6 juta penduduk.
"Kami teruja dengan peluang yang dilanjutkan ini untuk membantu membangunkan kuasa elektrik salah satu ekonomi paling pesat berkembang di Asia Tenggara, dan kami mendapati pengalaman kami di Myanmar sangat memuaskan," kata John Campion, Pengerusi Eksekutif. "Kami bertuah kerana mempunyai rakan niaga yang luar biasa daripada Electric Power Generation Enterprise serta kerajaan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi. Kedua-duanya mempunyai visi yang jelas terhadap pertumbuhan ekonomi, dan kami berbangga kerana dapat memainkan peranan penting menerusi rancangan mereka yang bercita-cita tinggi untuk menyediakan kuasa elektrik kepada kawasan pedalaman negara selain mencapai kadar pengelektrikan negara menjelang tahun 2030."
Loji Kyaukse APR Energy telah beroperasi sejak April 2014 dan dikuasakan oleh gas asli Myanmar. Loji itu telah diperluas sebanyak 20MW pada suku pertama tahun 2015 demi membantu memenuhi keperluan kuasa elektrik negara itu yang terus meningkat.
Latar Belakang APR Energy
APR Energy ialah penyedia terulung dunia bagi kuasa turbin mudah alih pantas. Penyelesaian kuasa yang pantas, fleksibel dan lengkap daripada kami menyediakan pelanggan kami dengan akses pantas kepada tenaga elektrik yang andal pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, selagi mereka memerlukannya. Hasil gabungan teknologi canggih yang menjimatkan bahan api dengan kepakaran yang terhebat dalam industri, loji pasang siap yang boleh diskala kami membantu mengurus bandar, negara, dan industri di seluruh dunia bagi kedua-dua pasaran maju serta pasaran membangun. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Syarikat di www.aprenergy.com.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO