omniture

Airbus Senarai Pendek 50 Pasukan Pertandingan Global Fly Your Ideas Kelima

Penyertaan luar BIASA Oleh pelajar dari seluruh dunia dalam menginovasi cara PENERBANGAN
Airbus
2016-12-23 19:45 666

TOULOUSE, Perancis, 23 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Seramai 5,499 pelajar dari seluruh dunia telah direkodkan untuk mengambil bahagian dalam edisi kelima Fly Your Ideas oleh Airbus, satu pertandingan bagi pelajar seluruh dunia dianjurkan dengan kerjasama UNESCO. (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/451109/Airbus_Fly_Your_Ideas_2017_Infographic.jpg )

Sekumpulan 60 pakar dan penginovasi Airbus telah menilai idea-idea yang dihantar oleh 356 pasukan dari 89 negara. Penilaian yang rapi dilaksanakan di empat lokasi Airbus yang berbeza iaitu di Perancis, Jerman, Sepanyol dan UK, dengan 50 pasukan pelajar terpilih untuk mara ke Pusingan Kedua pertandingan, bermula pada Januari 2017.

Pertandingan itu didahului oleh pasukan-pasukan yang berdaftar di rantau Asia Pasifik.

Sejumlah 50 pasukan terdiri daripada 202 pelajar yang diwakili oleh 38 warganegara yang berbeza. Dengan 52% pasukan yang terdiri daripada campuran diantara pelajar lelaki dan perempuan, dua pertiga daripada kesemua pasukan ditubuhkan dalam beberapa cara, sebagai contoh, ahli-ahli yang datang dari negara berbeza mahupun mempelajari mata pelajaran berlainan. Ini mencerminkan komitmen Airbus terhadap elemen kepelbagaian yang dilihat sebagai pemacu penting ke arah inovasi dan juga kejayaan.

Idea-idea inovatif daripada 50 pasukan telah dipilih termasuk troli bagasi robotik, tempat duduk penumpang yang boleh diduduki di luar pesawat, penyelesaian baharu untuk penuaian tenaga serta aplikasi realiti maya.

"Fly Your Ideas bersifat unik dan kami berbangga dengan penglibatan kakitangan Airbus dari seluruh syarikat yang menyokong pertandingan ini, sama ada berperanan sebagai penilai, mentor mahupun pakar," kata Charles Champion, Naib Presiden Eksekutif Kejuruteraan Airbus.

"Kami menawarkan peluang yang jarang diberikan kepada pelajar untuk berinteraksi terus dengan pakar-pakar kanan kami dari seluruh perniagaan. Di samping itu, pakar-pakar kanan kami juga akan mendapat manfaat daripada interaksi secara langsung dengan bakat-bakat dari seluruh dunia, yang semuanya berkongsi minat yang sama terhadap salah satu industri paling menarik di dunia ini."

Setiap pasukan mempunyai masa selama 100 hari untuk menyempurnakan dan merealisasikan idea-idea mereka. Lima pasukan terbaik yang mara ke Pusingan Ketiga akan meluangkan masa selama seminggu di "ProtoSpace" yang bertempat di Ibu Pejabat Airbus di Toulouse untuk prototaip, menguji dan menggambarkan idea-idea mereka menggunakan peralatan canggih dengan bimbingan peribadi daripada Airbus.

Pasukan yang berjaya akan menerima hadiah bernilai EUR30,000 manakala pasukan yang mendapat tempat kedua akan menerima hadiah bernilai EUR15,000, yang bakal disampaikan dalam sebuah majlis penyampaian hadiah secara langsung pada bulan Mei 2017. 

Bermula pada Januari 2017, 50 pasukan ini akan mula menzahirkan idea-idea mereka dan berkongsi perkembangan terkini berhubung tahap kemajuan mereka menerusi gambar, lakaran serta kisah yang dipaparkan melalui http://www.airbus-fyi.com .

Nota untuk Editor  

Angka-angka penting untuk Fly Your Ideas 2017:

  • Jumlah idea yang dihantar: 356
    • Jumlah negara terlibat: 89 (85 warganegara berbeza)
    • Jumlah universiti terlibat: 348
    • 5 negara teratas: India - 64 pasukan, China & HK - 44 pasukan, Sepanyol - 29 pasukan, Indonesia - 24 pasukan, United Kingdom - 20 pasukan
    • Campuran jantina: 51% daripada pasukan ialah pasukan campuran jantina
  • Jumlah idea terpilih: 50 
    • Jumlah negara terlibat: 41 (38 warganegara berbeza)
    • Jumlah universiti terlibat: 57
    • 5 negara teratas: China & HK -  9 pasukan, Singapura - 5 pasukan, United Kingdom - 4 pasukan, Australia - 3 pasukan, Indonesia - 3 pasukan
    • Campuran jantina: 52% daripada pasukan ialah pasukan campuran jantina

Pertandingan Fly Your Ideas - sejak dilancar pada tahun 2008: 

  • 5 pertandingan pada tahun 2009, 2011, 2013, 2015, 2017
  • Bekerjasama dengan UNESCO sejak tahun 2012
  • Perwakilan dari lebih 100 negara
  • Sokongan dari lebih 650 universiti
  • Lebih 20,000 pelajar mendaftar
  • Lebih 400 kakitangan Airbus terlibat
  • Lebih 1,900 idea dihantar
Source: Airbus
Keywords: Airlines/Aviation Education Transportation