NEW YORK, 27 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Tahun ini, para pemuzik bereksperimen, memecah halangan dan berhubung dengan peminat mereka dengan lebih dekat. Industri muzik lebih meningkat maju pada tahun 2016 berbanding sebelum ini, dan platform muzik serta hiburan dunia, TIDAL menerajuinya. TIDAL menyediakan sebuah platform kepada barisan artis untuk mempersembahkan daya kreativiti dan hasil seni mereka tanpa halangan.
Alami Hebahan Berita Multimedia yang interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/8011251-tidal-2016-year-of-exclusives
Untuk menjadi relevan kepada pelanggan TIDAL bukan sekadar mengeluarkan album-album secara eksklusif seperti Lemonade, ANTI dan The Life Of Pablo, tetapi turut menstrim secara langsung beberapa acara paling mendapat perhatian termasuk tayangan perdana pertunjukan fesyen Musim Ketiga Yeezy Kanye West di Madison Square Garden, Bandar Raya New York serta pertunjukan fesyen Fenty X Puma Rihanna secara langsung dari Paris, Perancis.
TIDAL membawakan persembahan ikonik terus kepada pelanggan dan peminat menerusi strim langsung dan hadiah tiket percuma daripada Demi Lovato & Nick Jonas, Bon Jovi, Rick Ross, Cik Lauryn Hill dan ramai lagi. Pelanggan berpeluang mendengar dan menonton 39 strim langsung serta menyertai banyak acara dan juga pesta di serata dunia. Lebih 180,000 tiket diedarkan melalui TIDAL, termasuk peluang pelanggan bergaul mesra dengan barisan artis seperti Blood Orange, Usher, Juicy J, CNCO serta ramai lagi.
Menerusi 32 album eksklusif yang tersedia melalui platform itu sepanjang tahun 2016, TIDAL ialah satu-satunya platform penstriman yang mengumpulkan album-album daripada ikon-ikon seperti Prince, JAY Z dan Beyonce. Artis-artis tertarik dengan komitmen platform ini yang menyokong para artis dan menyediakan perkongsian muzik kepada peminat seperti yang dirancang. TIP, The Dead Weather, Damian Marley, Fat Joe, Vic Mensa dan Artis Baharu TIDAL Tabi Bonney menyumbang sebanyak lebih 45 video muzik yang disiarkan secara eksklusif sepanjang tahun itu.
Bagi menghubungkan para artis dengan peminat mereka dengan cara yang melangkaui pelancaran dan jelajah muzik yang biasa, TIDAL menyokong usaha penerbitan dokumentari dan kandungan belakang tabir yang memberikan sedikit gambaran tentang pembikinan album, video muzik, jelajah konsert, dsb. Bermula dengan Rick Ross, Nick Jonas hinggalah 21 Savage, TIDAL telah menyiarkan lebih 90 video. Selain itu, para artis, selebriti, atlet dan pelopor aliran seperti JAY Z, Jeremy Scott, June Ambrose, Angie Martinez, Enrique Iglesias, Justise Winslow, Brett Eldredge, Solange, Rae Sremmurd dan ramai lagi menghasilkan lebih 150 senarai audio video secara eksklusif untuk TIDAL.
TIDAL juga kekal komited dalam menyokong usaha-usaha amal para artisnya dan sepanjang tahun ini turut bekerjasama dengan TIP, Lil Wayne serta ramai lagi demi meningkatkan kesedaran untuk organisasi-organisasi. Menerusi konsert-konsert amal seperti TIDAL X 1015, TIDAL membantu para artis menjelaskan tentang usaha dan gerakan yang amat penting buat mereka. Ia mempunyai keupayaan tersendiri dalam mencetuskan kesan sosial pada peringkat global.
LATAR BELAKANG TIDAL
TIDAL ialah sebuah platform hiburan berunsurkan pengalaman bertaraf global yang dibangunkan untuk peminat, terus daripada para artis dari serata dunia. Ahli-ahli TIDAL dapat menikmati kandungan yang dipilih dsn disusun secara eksklusif yang menghubungkan terus artis dengan peminatnya menerusi pelbagai cara. Perkhidmatan ini menawarkan fideliti tinggi, muzik berkualiti bunyi CD, video beresolusi tinggi, peluang untuk mengenali artis baharu melalui TIDAL Rising serta pengalaman unik menerusi TIDAL X. TIDAL tersedia di lebih 52 negara, selain mempunyai lebih 42.5 juta katalog lagu serta 140,000 video berkualiti tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tidal.com.
Ikuti TIDAL di http://facebook.com/tidal, http://twitter.com/tidalhifi dan https://instagram.com/tidal/
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150904/263788LOGO