omniture

RTA Dubai Anugerah Avaya Kontrak Strategik

Avaya
2016-12-27 23:54 707

DUBAI, UAE, 27 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Avaya dianugerahkan kontrak tiga tahun untuk sokong Pusat Hubungan 800-9090 RTA  

Pihak Berkuasa Jalan Raya dan Pengangkutan (RTA) Dubai hari ini telah mengumumkan bahawa Avaya, sebuah peneraju dunia dalam perisian, sistem dan perkhidmatan komunikasi perniagaan, telah memenangi kontrak strategik tiga tahun untuk menyokong operasi Pusat Hubungan 8009090 RTA di bawah perjanjian perkhidmatan terurus. Kontrak tiga tahun ini akan menyaksikan Avaya bekerjasama dengan RTA untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih beraneka kepada penduduk dan pengunjung Dubai.

Pusat Hubungan RTA yang pernah memenangi anugerah ini merupakan antara yang termaju di Timur Tengah, menyepadukan aplikasi mudah alih dan aplikasi berasaskan web untuk membolehkan orang ramai memilih platform pilihan mereka daripada suara, khidmat pesanan ringkas, pesanan segera dan banyak lagi, dengan tindak balas suara bersepadu (IVR) yang membolehkan sebarang persoalan pemanggil dijawab tanpa perlu bercakap dengan ejen khidmat pelanggan.

RTA bertanggung jawab dalam merancang dan menyediakan syarat pengangkutan, jalan raya dan lalu lintas di Dubai dan, di antara Dubai dan beberapa Emiriah dalam Emiriah Arab Bersatu, supaya dapat menyediakan satu sistem pengangkutan yang efektif dan bersepadu yang mampu mencapai matlamat Dubai. Memastikan kepuasan pelanggan ialah strategi utama yang ingin dicapai oleh RTA, sejajar dengan objektif Bandar Pintar Dubai.

"Sebagai sebuah organisasi yang berfikiran maju, RTA memahami betapa pentingnya untuk mencipta pengalaman pelanggan yang tepat, dan bekerja dengan rakan kongsi yang tepat untuk mencapai transformasi digital. Dengan memanfaatkan kekuatan Avaya dari segi perkhidmatan profesional dan kepakaran rundingan, RTA berupaya memberi lebih tumpuan kepada matlamat strategik dan objektif pentingnya," kata Mohammed Areff, Naib Presiden Avaya Timur Tengah, Afrika dan Turki.

Ahmed Hasan Mahboub, Pengarah Perkhidmatan Pelanggan RTA, berkata, "Pasukan Perkhidmatan Profesional Avaya telah memainkan peranan penting dalam pembangunan operasi Pusat Hubungan kami ini. AVAYA telah bekerja dengan RTA sejak peringkat awal lagi untuk memahami objektif perniagaan kami, dengan menggunakan teknologi untuk memenuhi objektif tersebut, dan membantu mencipta pengalaman pelanggan yang beraneka untuk memberikan kepuasan yang lebih kepada semua orang yang berinteraksi dengan RTA. Kami berbesar hati untuk terus menyambung dan memperkukuhkan kerjasama ini dan kami juga tidak sabar untuk membawa iltizam pelanggan kami ke tahap yang seterusnya."

Untuk maklumat selanjutnya,sila lawati www.avaya.com/MEA

Hubungi:
Peter Branton
Avaya
+971-4-404-8315
pbranton@avaya.com

Sumber: Avaya

Source: Avaya
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Transportation Awards Contracts