PASADENA, Texas, 4 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Ekoran kenaikan berterusan bahan-bahan mentah utama, Kaneka North America, LLC akan menaikkan harga jualan aditif khusus MBS Kane Ace® bawah harga senaraian berkuat kuasa pada 9 Januari 2017 atau seperti mana yang dibenarkan oleh kontrak atau perjanjian:
Produk:
Pengubah suai hentaman MBS Kane Ace® $0.08/lb.
Para pengurus akaun akan menghubungi para pelanggan bagi mengkaji semula situasi ini dengan lebih terperinci. Kaneka North America, LLC mementingkan setiap hubungan perniagaan dan menghargai sokongan berterusan yang diberikan.
Latar Belakang Syarikat
Kaneka Corporation ialah sebuah syarikat pengeluaran pelbagai global yang mengilang dan/atau mengedar bahan-bahan pengantara farmaseutikal, gentian sintetik, bahan-bahan kimia halus, filem poliimida, bahan-bahan makanan, peralatan perubatan serta beberapa produk-produk khusus yang lain. Kaneka North America, LLC ialah anak syarikat milik Kaneka Americas Holding, Inc.
Produk-produk Kane Ace® merupakan pengubah suai resin yang diperbuat berdasarkan reka bentuk zarah polimer berstruktur berbilang lapisan (teknologi petala-teras). Produk-produk ini disebar secara seragam menerusi seluruh resin asas dan turut menambah pelbagai fungsi. Kaneka mengeluarkan dan menjual produk-produk yang mengubah suai rintangan hentaman, rintangan haba dan rencat api, selain produk-produk yang menambah ciri penyebaran cahaya dan juga sifat-sifat lain.
Maklumat Perhubungan Media:
Craig Bastian
+1-281-291-3139
craig.bastian@kaneka.com