omniture

Thuraya SeaStar Sediakan Capaian Penuh Komunikasi Satelit Maritim

Terminal pintu masuk perkenal komunikasi mampu milik untuk pasaran maritim saiz kecil dan serantau
Thuraya Telecommunications Company
2017-01-10 10:00 531

DUBAI, UAE, 10 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Thuraya Telecommunications Company hari ini mengumumkan pelancaran Thuraya SeaStar, terminal suara bersuis litar baharu yang memberikan capaian penuh dan mampu milik untuk komunikasi maritim.

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/454274/Thuraya_SeaStar.jpg )

Thuraya SeaStar memenuhi keperluan yang sentiasa berubah dalam pasaran perikanan moden, memperkenalkan kuasa keupayaan komunikasi satelit moden kepada pengendali bersaiz kecil. Terminal baharu Thuraya ini amat sesuai untuk kapal-kapal perikanan pengendali pemilik bersaiz kecil dan serantau, walaupun ia turut menjadi tarikan buat pengendali lain yang menginginkan sistem sokongan.

Dengan tahap kemampuan menjadi faktor pendorong dalam sektor pasaran maritim utama, Thuraya SeaStar akan dijual pada kos pemilikan yang dapat mengurangkan halangan dalam usaha menyediakan komunikasi satelit atas kapal.

Bilal Hamoui, Ketua Pegawai Komersial Thuraya berkata: "Memandangkan pasaran maritim itu sendiri melibatkan pengendali dengan saiz dan keperluan yang pelbagai, Thuraya perlu menawarkan portfolio produk yang menyeluruh pada titik harga yang jelas dan tersendiri. Komunikasi satelit maritim seharusnya dapat diakses oleh semua orang yang berada di lautan, dan Thuraya SeaStar merupakan terminal suara yang berkualiti tinggi, mudah diperoleh dan mampu milik yang memenuhi segala keperluan dalam pasaran moden yang berkembang pesat ini. Jangkaan kini berubah, dan perundangan baharu serta keperluan keselamatan diperkenalkan di seluruh dunia, namun kami telah membolehkan pengendali bersaiz kecil memenuhi permintaan yang terus berubah ini."

Terminal baharu Thuraya ini menawarkan perkhidmatan suara, SMS, data dan pengesanan, menerusi antara muka mudah serta intuitif yang menggunakan sistem pengendalian Android. Pengguna boleh membuat panggilan suara satelit kepada telefon PSTN biasa, telefon bimbit dan telefon satelit lain melalui rangkaian satelit Thuraya.

Keupayaan Thuraya SeaStar menghubungkan telefon analog biasa atau ibu sawat swacawangan (PBX) memberikan keanjalan tambahan untuk menjawab panggilan di atas kapal. Telefon tanpa wayar standard boleh disambungkan, dan ini dapat memberi kebebasan kepada pengguna untuk membuat panggilan walaupun jauh dari gagang, dan Thuraya SeaStar turut menyediakan pembesar suara luar.

Sambungan data GmPRS turut disertakan, untuk menghantar e-mel ringkas, ramalan cuaca dan akses kepada laman sesawang mudah alih serta media sosial. Pengguna dapat menentukan fungsi geo pagar yang membolehkan pengesanan kapal secara automatik untuk menjamin pengurusan kapal yang dipertingkat, boleh ditetapkan dan dikunci untuk lokasi-lokasi tertentu sebelum penghantaran. Butang amaran menawarkan jaminan tambahan, sekiranya berlaku sebarang masalah di atas kapal yang mungkin memerlukan hubungan kecemasan bagi mendapatkan sokongan luar.

Dengan adanya peningkatan keperluan terhadap keselamatan dan perundangan, pasaran perikanan memerlukan tahap ketersambungan yang lebih maju. Thuraya SeaStar menawarkan penyelesaian berkesan untuk laporan tangkapan; dan panggilan kecemasan yang boleh diakses serta keupayaan pemberitahuan. Ia memenuhi keperluan kebajikan anak kapal, sejajar dengan MLC 2006, dan sedia dipasang sebagai telefon khas anak kapal di dalam mes. Bagi kapal dagang yang lebih besar, Thuraya SeaStar juga boleh berfungsi sebagai pelengkap kepada terminal Orion dan Atlas IP sedia ada.

Tatkala Thuraya SeaStar akan menjadi tarikan besar kepada kapal perikanan pengendali pemilik bersaiz kecil dan serantau, capaian rangkaian Thuraya yang disediakan adalah luas. Berdasarkan data daripada Suruhanjaya Perikanan Pasifik Barat & Tengah (WCPFC), 80% daripada kawasan tangkapan ikan dunia berada dalam kawasan rangkaian Thuraya.

Sumber: Thuraya Telecommunications Company

Source: Thuraya Telecommunications Company
Keywords: Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Telecommunications New products/services