Pemimpin Perisian Veteran Membawa Rekod Cemerlang Kejayaan di Firma Teknologi Utama
SAN FRANCISCO, 11 Januari, 2017 /PRNewswire/ -- Anaplan, peneraju utama platform pengurusan perancangan dan prestasi, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Frank Calderoni veteran dalam industri teknologi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 23 Januari 2017. Calderoni, seorang eksekutif kanan perisian yang berpengalaman , akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan pesat yang berterusan, untuk meneraju Anaplan ke fasa pembangunan yang seterusnya.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan Frank Calderoni sebagai Presiden dan CEO Anaplan yang baharu. Frank merupakan seorang pemimpin yang telah menyumbang kepada kejayaan beberapa syarikat yang paling dihormati dalam industri teknologi ini. Sepanjang kerjayanya, Frank telah memperoleh reputasi sebagai eksekutif yang berpengaruh dan strategik, dan kami mempunyai keyakinan besar Frank akan menjadi seorang pemimpin yang cemerlang untuk pelanggan, pekerja dan rakan kongsi Anaplan," kata Standish O'Grady, ahli lembaga Anaplan.
Calderoni berhijrah ke Anaplan dari Red Hat, Inc., di mana beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif Operasi dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO). Beliau pernah berkhidmat selama 11 tahun di Cisco Systems, Inc., termasuk tujuh tahun sebagai Naib Presiden Eksekutif dan CFO. Di sepanjang tempoh ini, perolehan Cisco meningkat daripada kira-kira $ 22 bilion kepada $ 47 bilion dan pendapatan tahunan sesahamnya berganda. Jawatan lain Calderoni dalam industri teknologi merangkumi Naib Presiden Kanan dan CFO di kedua-dua QLogic dan SanDisk, dan Naib Presiden di IBM.
"Saya berbesar hati untuk menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Anaplan, kerana kami berada di barisan hadapan dalam industri yang mengujakan dan pesat berkembang. Saya percaya Anaplan akan segera muncul sebagai salah satu nama yang paling terkenal dalam perisian perniagaan, kerana terdapat potensi pertumbuhan yang besar dalam platform pengurusan prestasi," kata Calderoni. "Saya teruja untuk bekerja bersama-sama dengan para pekerja yang berbakat dalam memberi khidmat kepada pelanggan kami untuk membantu mereka berinovasi sebagai perniagaan pintar."
Latar Belakang Anaplan
Anaplan merupakan peneraju utama platform perancangan dan pengurusan prestasi untuk perniagaan pintar. Anaplan menghasilkan enjin perancangan dan pemodelan yang tiada tandingan, analitik ramalan, kolaborasi dalam awan, dan antara muka yang mudah untuk pengguna akhir. Anaplan adalah sebuah syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di San Francisco, CA, dengan pejabat-pejabat di 16 buah negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari anaplan.com. Ikuti kami di: Twitter, LinkedIn, YouTube, dan Facebook.
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/428852/Anaplan_Logo.jpg