omniture

Insentif Lebih Tinggi pada 2017 untuk Ahli Rakan Kongsi Saluran Bitdefender bagi Rangkaian Kelebihan Rakan Kongsi

Bitdefender
2017-01-11 12:01 823

BUCHAREST, Romania, 11 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Mulai Januari 2017, program pendaftaran perjanjian dipertingkat akan membolehkan rakan kongsi saluran Bitdefender memperoleh margin tambahan, sehingga sekali ganda pelan sedia ada, tertakluk kepada status mereka.

Bitdefender, penyedia penyelesaian perisian keselamatan inovatif, mengumumkan maklumat terbaharu mengenai Rangkaian Kelebihan Rakan Kongsi 2017 yang mengukuhkan kedudukan daya saing dengan meningkatkan skim margin untuk semua rakan kongsi di seluruh dunia.

Setakat 3 Januari, rakan-rakan kongsi Bitdefender boleh mengakses program rakan kongsi lima-bintang baharu yang dapat mengukuhkan prestasi dan meningkatkan faedah untuk semua rakan kongsi bagi memajukan lagi keuntungan pantas yang dijana oleh Bitdefender dan kehadiran salurannya sejak beberapa tahun ini.

"Set kemahiran padu rakan kongsi kami digabungkan dengan program baharu, akan membentuk satu pakatan kukuh, yang memberi faedah besar kepada kedua-dua pihak," kata Pengurus Program Rakan Kongsi Seluruh Dunia Bitdefender, Raluca Cosciug. "Keahlian rangkaian rakan kongsi meningkat lebih sekali ganda sejak dua tahun lalu, manakala anugerah terkini yang diraih daripada juruaudit saluran bebas mengesahkan tahap kepuasan tinggi rakan kongsi terhadap program kami."

Pada tahun 2016 sahaja, Bitdefender mengembangkan rangkaian rakan kongsi saluran sebanyak 40 peratus dan meraih penarafan 5-Bintang menerusi CRN® Partner Program Guide (Panduan Program Rakan Kongsi CRN®), satu jenama The Channel Company.

"Falsafah utama Bitdefender ialah kejayaan berterusan tercipta apabila hasil diganjari secara langsung dan dengan murah hati," tambah Cosciug. "Kami turut terhutang budi kepada rakan kongsi kami atas pertumbuhan pesat kami dan dengan menambah baik program pendaftaran perjanjian, program Pendaftaran Peluang Baharu, kami ingin mengeratkan lagi hubungan kami dan membantu mereka menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran yang mencabar."

Tawaran perlindungan titik akhir Perusahaan Bitdefender merangkumi Bitdefender GravityZone, satu penyelesaian utama untuk melindungi walaupun infrastruktur hibrid paling kompleks. Sama ada bentuk fizikal atau maya, kombinasi di premis dan awan persendirian mahupun awam, GravityZone menawarkan organisasi-organisasi pengurusan risiko lebih pantas dan lebih cekap yang ketara.

Panduan Program Rakan Kongsi 2017 disediakan secara dalam talian di sini.

Latar Belakang Bitdefender    

Bitdefender ialah syarikat teknologi keselamatan global yang menyediakan penyelesaian keselamatan siber hujung-ke-hujung canggih dan perlindungan ancaman maju kepada lebih 500 juta pengguna di lebih 150 negara. Sejak tahun 2001, Bitdefender tekal menghasilkan teknologi keselamatan perniagaan dan pengguna yang meraih anugerah, dan merupakan penyedia pilihan bagi kedua-dua segmen keselamatan infrastruktur hibrid dan perlindungan titik akhir. Melalui usaha penyelidikan & pembangunan (R&D), pakatan dan perkongsian, Bitdefender mendapat kepercayaan untuk menerajui dan menyediakan keselamatan mantap yang boleh anda harapkan. Maklumat lanjut disediakan di http://www.bitdefender.com.

Source: Bitdefender
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology