omniture

Ulmart Russia House 2.0 Sebagai Kediaman Rusia di Davos

Ulmart
2017-01-12 13:13 1011

DAVOS, Switzerland, 12 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Ulmart, syarikat e-dagang utama Rusia, dan Yayasan Roscongress, penganjur forum perniagaan utama di Rusia, dengan sukacitanya memperkenalkan Russia House, kediaman rasmi untuk komuniti perniagaan negara itu sempena Forum Ekonomi Dunia di Davos (17-20 Januari 2017). Russia House akan menganjurkan siri acara perniagaan dan acara tidak rasmi menerusi tema bersifat menyeluruh iaitu revolusi industri global keempat dan perkembangan ekonomi Rusia dalam konteks transformasi digital. Ia akan bertindak sebagai platform untuk mengadakan dialog demi menggalakkan inovasi dan memajukan kejayaan perniagaan Rusia di peringkat global.   

Russia House akan ditempatkan di KaffeeKlatsch di Promenade 72, terletak hanya sejauh 200 meter dari Pusat Kongres dan 120 meter dari Grandhotel Belvédère.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151015/277241LOGO )

Russia House akan mengalu-alukan ketua-ketua syarikat-syarikat digital global utama, e-dagang, dan teknologi maklumat (IT), ahli-ahli politik terkenal, pakar-pakar ekonomi, dan para pemimpin perniagaan, selain individu-individu terkemuka daripada bidang akademik dan seni untuk membincangkan cara-cara untuk merangsang ekonomi Rusia, menarik pelaburan ke dalam negara serta menggalakkan usaha inovasi.

Mengulas tentang Russia House, Dmitry Kostygin, Pengerusi Lembaga Pengarah Ulmart, berkata, "Ulmart berbesar hati kerana mendapat peluang untuk menganjurkan bersama Russia House di Davos bersama rakan-rakan kongsi kami, dan untuk menyumbang terhadap peluasan dialog bersama masyarakat antarabangsa dalam usaha meningkatkan iklim pelaburan Rusia dan memupuk transformasi digitalnya. Saya berharap kejayaan Ulmart selaku pengusaha utama dalam sektor teknologi yang berkembang di Rusia, kejayaan yang dicapai oleh beberapa syarikat utama Rusia dan antarabangsa, selain usaha bersama kami yang berterusan untuk memajukan ekonomi dan menggalakkan inovasi akan menonjolkan peluang-peluang menarik yang terdapat dalam pasaran Rusia kepada masyarakat antarabangsa. Kami menjadi tuan rumah untuk Russia House kerana kami percaya Rusia perlu mengetengahkan kisah-kisah kejayaan komersial dan kurang memberi tumpuan terhadap geopolitik. Kami juga yakin dunia akan berasa kagum dengan apa yang bakal mereka pelajari tentang negara kami di Davos."

"Russia House ialah satu lagi contoh pembabitan konstruktif antara Rusia dan Barat. Lokasi yang moden dan mesra di Swiss Alps ini akan membolehkan kami menonjolkan peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Rusia kepada rakan-rakan antarabangsa serta rakan-rakan kongsi kami, dan untuk membincangkan tentang iklim pelaburan kami. Dengan memanfaatkan teknologi inovatif, pembentangan tentang Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg dan projek-projek Yayasan Roscongress akan membolehkan kami menunjukkan dengan jelas potensi Rusia moden melalui prisma dalam menganjurkan acara-acara utama bertaraf antarabangsa," kata Sergey Vyazalov, Pengerusi Lembaga Yayasan Roscongress.

Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) akan dibawakan di Russia House buat pertama kalinya. Sepanjang tempoh acara itu, para tetamu kediaman rasmi Rusia akan berpeluang mengadakan jelajah maya di lokasi SPEIF itu, mengunjungi dewan sesi plenari serta pelbagai reruai dan astaka pameran Forum itu.

Agenda Russia House

Selasa, 17 Januari 2017 

7:30-9:00: Sarapan Pagi Revolusi Digital Ulmart

Dipengerusikan oleh Nik Gowing, bekas penyampai BBC World News, sesi ini akan menumpu pada revolusi digital Rusia dan akan menampilkan ketua-ketua syarikat yang mendepani sektor teknologi maklumat Rusia.

Para penceramah akan melibatkan Dmitry Kostygin Pengerusi Lembaga Pengarah, Ulmart; Eugene Kaspersky, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kaspersky Lab; Anatoly Karachinsky, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, IBS Group; dan Andrey Kuzyaev, Presiden, ER-Telecom. Perbincangan ini akan diadakan dalam bahasa Inggeris.

13:00-14:00: Hubungan Rusia-AS: Dialog Pasca Pilihan Raya  

Sesi ini akan menghimpunkan pakar-pakar utama dari AS dan Rusia, yang akan berkongsi pandangan mereka tentang prospek perkembangan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara serta mengemukakan ramalan mereka terhadap pelaburan Amerika di Rusia pada tahun 2017. Perbincangan ini akan diadakan dalam bahasa Inggeris

19:30-22.30: Resepsi Malam Russia House

Resepsi malam rasmi ini akan dianjurkan bagi pihak rakan-rakan kongsi Russian House. Ia akan menampilkan tetamu muzikal Lawrence.

Rabu, 18 Januari 2017 

15:30-17:00: Disrupsi Digital - 10 Tahun Akan Datang  

Tom Blackwell, Ketua Pegawai Eksekutif EM Communications akan menjadi moderator bagi sesi mengenai perubahan dalam era teknologi digital. Perbincangan ini, yang akan turut distrim dalam talian, akan menampilkan ahli-ahli panel seperti Brian Pallas, Pengasas, Opportunity Network; Fekla Tolstoy, Pengarah Pembangunan, Muzium Leo Tolstoy; dan Hanna Aase, Pengasas, Wonderloop.

Selain program rasmi itu, Russia House akan mengadakan siri mesyuarat kerja dan persidangan. Tingkat bawah KaffeeKlatsch akan menyediakan ruang terbuka untuk mengadakan pelbagai acara dan mesyuarat pelbagai pihak, manakala tingkat satu akan menyediakan bilik-bilik mesyuarat peribadi berkelengkapan khusus serta ruang media dengan teres dan juga pemandangan Pusat Kongres.

Program kebudayaan Russia House akan menyediakan troika kuda Rusia yang disediakan untuk tunggangan singkat serta peluang mengambil gambar dan video.

Jam 18:00 pada 18 Januari 2017, Russia House akan meneruskan tradisi penganjuran perlawanan hoki ais antara pemimpin perniagaan dan pemimpin politik global, yang akan disertai oleh pemain hoki terkenal, termasuk bintang-bintang Piala Stanley di gelanggang Davos.

Latar Belakang ULMART 

Ulmart ialah syarikat Internet milik persendirian terbesar di Rusia yang mengkhusus dalam e-dagang. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008, dan ibu pejabatnya terletak di St. Petersburg. Sebagai penyelaras Russia House, Ulmart mengambil bahagian dalam Forum Ekonomi Dunia sejak tahun 2014.

Ulmart mempunyai lebih 400 pejabat perwakilan (pusat pelaksanaan dan pusat pengumpulan) di lebih 240 bandar dan pekan di seluruh Rusia. Ulmart.ru ialah platform perdagangan dalam talian pelbagai fungsi untuk seluruh negara yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Rangkaian produknya melibatkan barangan untuk seisi keluarga: bermula daripada barangan buat sendiri (DIY) dan kelengkapan rumah, kepada produk untuk kanak-kanak, automotif serta barangan sukan, e-buku, khidmat penerbangan dan banyak lagi. Dua belas juta SKU tersedia sepanjang masa di lokasi yang sesuai.

http://www.ulmart.ru

Latar Belakang Yayasan Roscongress

Yayasan Roscongress ditubuhkan dengan matlamat untuk membantu membangunkan potensi ekonomi Rusia dan mengukuhkan imej negara dengan menganjurkan kongres serta pameran dengan tumpuan terhadap bidang ekonomi dan sosial. Yayasan ini membangunkan kandungan substantif untuk acara-acara ini, dan memberi nasihat, maklumat dan bimbingan pakar kepada syarikat-syarikat, selain menawarkan aspek penilaian, analisis dan liputan komprehensif berhubung agenda ekonomi Rusia dan juga dunia.

Hari ini, agenda tahunannya membabitkan acara-acara yang diadakan di lokasi-lokasi bermula di Montevideo hingga Vladivostok, yang menghimpunkan para pemimpin perniagaan global, pakar-pakar, rakan-rakan media serta para pegawai kerajaan demi mewujudkan keadaan yang sesuai untuk mengadakan dialog serta menggalakkan idea-idea dan projek-projek baharu, selain membantu pewujudan perusahaan-perusahaan sosial dan juga projek-projek amal.

http://www.roscongress.org

Alamat Russia House 2017: Promenade 72 (KaffeeKlatsch), Davos, Switzerland.

http://www.rh2017.com

Rakan-rakan Kongsi Russia House 2017: ER-Telecom, EM Communications, Tenzor Consulting Group, Simple, dan National E-Trade Association.

Sumber: Ulmart

Source: Ulmart
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce