omniture

Servion Global Solutions Capai Tahap 3 Kematangan CMMI Penilaian Berbilang Model

Servion Global Solutions
2017-01-18 11:43 813

LONDON, 18 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Servion Global Solutions, pakar dalam domain Pengurusan Pengalaman Pelanggan (CEM), mengumumkan pada hari ini Sistem Pembangunan Perisian dan perkhidmatan penyelenggaraan miliknya telah dinilai semula ke Tahap 3 Capability Maturity Model Integration (Integrasi Model Kematangan Kemampuan, CMMI)® Institut CMMI. Penilaian ini dikendali oleh KPMG, peneraju global dalam bidang ini. Pengesahan semula tahap 3 Kematangan CMMI untuk Pembangunan dan ditambah dengan Tahap 3 Kematangan CMMI untuk Perkhidmatan, akan mempertingkat visi Servion dengan lebih lanjut bagi membolehkan perusahaan untuk menukar titik sentuh pelanggan mereka menjadi suatu perjalanan dan menambah baik pengalaman pelanggan secara keseluruhan.

CMMI-DEV dan Perkhidmatan – Berbilang model, yang dibangunkan oleh Software Engineering Institute, Carnegie Mellon University ialah proses rangka kerja yang membantu organisasi mewujudkan dan meningkatkan kejuruteraan perisian, penyelenggaraan dan proses pengurusan projek.

Akreditasi CMMI® ini hanya dianugerahkan kepada organisasi yang boleh mendokumenkan piawaian organisasi tahap tinggi dan proses pengurusan projek yang berkesan. Terdapat bukti industri bahawa proses memperbaik menggunakan Suit Produk CMMI® (CMMI® Product Suite) menunjukkan kemajuan dalam pencapaian penjadualan dan kos, kualiti produk, pulangan pelaburan, dan pengukuran hasil pencapaian yang lain.

Ia menggambarkan komitmen organisasi terhadap pembaikan proses yang berterusan, komitmen terhadap kualiti dan penyampaian berkesan sistem dan perisian kejuruteraan; Servion sebelum ini mencapai tahap 3 Kematangan CMMI-Dev pada 2010. Set proses standard organisasi yang merupakan asas bagi kematangan tahap 3 telah diwujudkan dan diperbaik dari semasa ke semasa. Penarafan ini menunjukkan kebolehulangan dan ketekalan dalam prestasi dan penyampaian. 

"Kami amat bangga dengan pencapaian ini kerana ia jelas menunjukkan komitmen Servion yang teguh kepada piawaian global dan kepuasan pelanggan. Kami akan terus melaksanakan kecemerlangan ini untuk memberikan nilai jangka panjang kepada pelanggan kami," kata Sivakumar Natarajan, Ketua Pegawai Penyampaian Servion Global Solutions.

"Perjalanan kualiti Servion ialah manifestasi visi korporat kami. Pencapaian luar biasa ini ialah bukti kerja keras, kepintaran dan kejituan kumpulan kami," komen Subhashini M, Ketua Kualiti, Servion Global Solutions.

Latar Belakang Servion

Servion membolehkan transformasi perniagaan kepada perusahaan dalam bidang pengurusan pengalaman pelanggan. Servion ialah Pengintegrasi Sistem pacuan platform yang menumpu kepada mempertingkat pengalaman pelanggan dengan pengautomatan dan penyepaduan saluran interaksi pelanggan yang berbilang. Dengan lebih 10 bilion interaksi pelanggan tahunan yang diuruskan di 60 negara dan merentasi 6 benua, pakar Servion CX yang berpangkalan di AS, UK, UAE, Singapura dan India memberikan hasil yang boleh diukur melalui perundingan, teknologi maju, dan platform IP bagi industri tertentu.

Hubungan Media:
Vimal Abraham
Ketua, Pemasaran Global,
vimal.abraham@servion.com

Source: Servion Global Solutions
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards