omniture

HTC VIVE Lancar Program "VR For Impact" $10 Juta Di Forum Ekonomi Dunia 2017

HTC VIVE
2017-01-19 15:00 369

Program $10 Juta Dikhusus untuk Tunjukkan Sejauh Mana Realiti Maya Dapat Membawa Impak Positif bagi Menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  

DAVOS, Switzerland, 19 Januari 2017 /PRNewswire/ -- HTC VIVE™, peneraju bagi Realiti Maya (VR) bersaiz bilik, hari ini memperkenalkan VR For Impact, satu program bernilai $10 Juta bagi mendorong penciptaan kandungan dan teknologi VR yang akan membawa impak serta perubahan positif bagi menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjelang tahun 2030. Realiti Maya menyediakan peluang besar untuk membangunkan dan berkongsi idea-idea dengan cara yang berkesan yang membawa kepada perubahan, dan menerusi VR for Impact, HTC Vive akan membiaya dan menyokong penciptaan kandungan serta teknologi yang dapat mencipta pengalaman paling ampuh untuk mengubah dunia kita.

Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan seruan tindakan sejagat bagi membanteras kemiskinan, melindungi bumi dan memastikan semua orang dapat menikmati keamanan dan kemakmuran. Kebolehan Realiti Maya untuk membuatkan orang ramai menyelami suatu pengalaman adalah tiada tandingan, dan VR dapat mendorong dunia untuk bertindak terhadap isu-isu global yang dihadapi oleh umat manusia. Menerusi VR for Impact, HTC Vive menyumbang sebanyak $10 juta dolar kepada rakan-rakan industri dan para pembangun kandungan bagi mencipta pengalaman yang dapat meningkatkan kesedaran, pendidikan, dan membawa kepada tindakan.

"Potensi Realiti Maya untuk membantu kita belajar, memahami dan mengubah dunia tidak terbatas. VR for Impact ialah suatu cabaran untuk komuniti VR dan pembangun kandungan di seluruh dunia membantu mendorong kesedaran dan menangani cabaran manusia yang terbesar," kata Cher Wang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, HTC. "HTC Vive akan menyumbang idea-idea terbaik menggunakan Realiti Maya yang benar-benar dapat mendorong kesedaran dan membawa perubahan positif kepada dunia kita. Kami menggalakkan semua pemain dalam ekosistem VR untuk turut serta kerana hanya dengan bersatu, kita dapat memacu impak sebenar."

"HTC ialah perintis yang mengiktiraf segala usaha yang dibuat oleh PBB untuk menggalakkan perubahan sosial menerusi realiti maya," kata Gabo Arora, Pencipta Inisiatif VR PBB dan Penasihat Kreatif Program Makanan Sedunia. "Keupayaan VR bersaiz bilik daripada Vive boleh menjadi instrumen berkuasa bagi menyediakan penceritaan, pendidikan dan latihan yang imersif; sokongan mereka akan memperkasa lebih ramai orang untuk membawa perubahan global, memberi hak bersuara kepada mereka yang paling lemah dan memberi akses kepada kemungkinan baharu untuk mereka yang paling terpinggir."

"Terdapat berjuta-juta kisah yang belum diceritakan dalam setiap krisis, khususnya kisah-kisah di barisan hadapan di mana kebanyakan usaha kami dilaksanakan," kata Corinne Woods, Pengarah Komunikasi untuk Program Makanan Sedunia. "Sokongan HTC bagi memberikan cara baharu untuk menceritakan kisah-kisah penting dan membantu membentuk inovasi demi agenda pembangunan lestari PBB, bakal meneruskan impak usaha kami dan membawanya ke arah hala tuju yang baharu dan menarik."

Mulai hari ini, VR for Impact menjemput percambahan idea-idea melalui laman sesawangnya: https://www.vr4impact.com. Projek pertama yang berjaya akan diumumkan pada "Hari Bumi" bersamaan dengan 22 April 2017.  

Pada hari Khamis, 19 Januari, di Khemah WFP Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vive akan mendemonstrasikan pengalaman VR istimewa yang membolehkan peserta merasai sendiri pengalaman orang lain ketika mereka berhadapan dengan beberapa cabaran terbesar manusia selain menginspirasikan anda untuk menyaksikan sejauh mana penceritaan, pendidikan dan daya kreativiti manusia mampu digambarkan semula.

Latar Belakang VIVE
HTC VIVE™ ialah produk realiti maya (VR) baharu yang menetapkan standard untuk diikuti oleh industri. Menerusi kerjasama erat bersama rakan strategik Valve®, HTC telah menghasilkan sistem realiti maya paling lengkap dan paling imersif dalam VIVE, serta menjadi satu-satunya sistem realiti maya pengguna dalam pasaran yang mendayakan pergerakan sebesar bilik menerusi pengesanan ketepatan, membolehkan pengguna mengalami alam realiti maya menggunakan deria penglihatan, pendengaran dan fizikal mereka. Sejak memperkenalkan Vive, HTC dan Valve bekerjasama dengan ribuan pembangun dan rakan kongsi bagi menghasilkan kandungan VR merentasi spektrum sektor yang luas, bermula daripada permainan video dan hiburan kepada kesihatan, automotif, peruncitan dan juga pendidikan. Rakan-rakan kongsi Vive turut mempamerkan aplikasi-aplikasi VR di seluruh dunia, memperlihatkan potensi dunia imaginasi tanpa batasan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vive.com

Latar Belakang HTC
HTC Corporation bermatlamat untuk menghidupkan kecemerlangan. Sebagai penginovasi global bagi peranti dan teknologi mudah alih pintar, HTC telah menghasilkan produk-produk yang meraih anugerah dan terkemuka dalam industri sejak ditubuhkan pada tahun 1997, termasuk rangkaian telefon pintar HTC One dan HTC Desire yang mendapat pujian pengkritik. Usaha mencapai kecemerlangan menjadi keutamaan dalam segala yang kami lakukan, menginspirasikan reka bentuk yang terbaik dalam kategori dan pengalaman mudah alih dan realiti maya yang mengubah industri buat para pengguna di seluruh dunia. HTC turut tersenarai dalam Bursa Saham Taiwan (TWSE: 2498). www.htc.com

HTC dan logo HTC ialah tanda dagangan HTC Corporation. Semua nama lain syarikat dan produk yang dinyatakan dalam siaran ini mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.  

 

 

Source: HTC VIVE
Related Stocks:
OTC:HTCKF Taiwan:2498
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet Corporate Social Responsibility New products/services Trade show news