omniture

Jualan auto global yang mencatat rekod dijangka pada 2017: Scotiabank

Scotiabank
2017-01-20 11:13 637

TORONTO, 20 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Jualan kereta global meningkat secara mendadak pada bulan-bulan terakhir tahun 2016, dengan jualan disokong oleh pertumbuhan ekonomi global yang lebih kukuh. Keuntungan dijangka berterusan, walaupun lebih perlahan pada tahun akan datang dengan pembelian yang meningkat kepada catatan rekod tahunan selama lapan tahun berturut-turut. Peningkatan permintaan penggantian di A.S. akan ditampung oleh peningkatan semula jualan dalam pasaran-pasaran paling baru muncul; walau bagaimanapun, China terkecuali, kerana dijangka berlaku kelembapan.

"Di Amerika Syarikat, kami menyaksikan peningkatan permintaan penggantian, keyakinan pengguna yang semakin meningkat dan pilihan pembiayaan yang menarik, meningkatkan jualan yang mencatat rekod selama tiga tahun berturut-turut," kata Carlos Gomes, Pakar Ekonomi Kanan dan Pakar Industri Auto di Scotiabank. "Walaupun pembelian dijangka menurun di China buat pertama kali sejak tahun 2008, jualan dalam pasaran baru muncul yang lain bakal menerajui keuntungan jualan pada tahun 2017 dan memulihkan penurunan jualan selama empat tahun berturut-turut."

Sebaliknya, setelah beberapa tahun jualan kenderaan yang mencatat rekod di Kanada dan Mexico, pembelian dijangka menurun lebih rendah pada tahun 2017. Di Kanada, jumlah penjualan bakal berkurang disebabkan kenaikan harga yang berlaku baru-baru ini terhadap kereta baharu dan trak ringan, selain permintaan penggantian yang lebih rendah berbanding di Amerika Syarikat. Sementara itu, pertumbuhan ekonomi yang perlahan berserta kekangan fiskal, peningkatan kadar faedah dan mata wang yang lemah dijangka mengurangkan jualan kereta di Mexico. Lebih 40% kenderaan dijual di Mexico adalah kenderaan import manakala kejatuhan nilai peso Mexico berbanding dolar AS semasa separuh pertama tahun 2016 mungkin akan memberi sedikit kejutan kepada kebanyakan bakal pembeli kereta.

Jualan dalam pasaran-pasaran baru muncul dilihat telah ketinggalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun dijangka akan meningkat naik pada tahun 2017, peningkatan pertama sejak tahun 2012. Keuntungan perlu diagihkan secara meluas, manakala pertumbuhan pula dijangkakan di setiap rantau buat pertama kali sejak lima tahun lamanya. Eropah Timur bakal menerajui keuntungan jualan dalam kalangan pasaran baru muncul, walaupun pembelian juga akan meningkat lebih tinggi di Asia, meskipun dengan jumlah yang lebih rendah di China. Aktiviti di Amerika Selatan juga akan mula memulihkan hampir 40% kemelesetan yang berlaku sejak tiga tahun lalu, apabila kemerosotan dua digit berakhir di Brazil manakala pembelian pula mula meningkat lebih tinggi dalam pasaran-pasaran lain di rantau tersebut. Peru menjadi pasaran auto paling stabil di Amerika Selatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hasil daripada pengurangan kesan yang diperoleh menerusi pengembangan sektor perlombongan.   

Baca Laporan Auto Global Scotiabank lengkap secara dalam talian di: http://www.scotiabank.com/ca/en/0,,3112,00.html.

Scotiabank menyediakan pelanggan dengan penyelidikan mendalam mengenai faktor-faktor yang membentuk Kanada dan ekonomi dunia, termasuk perkembangan ekonomi makro, mata wang dan trend pasaran modal, komoditi dan prestasi industri, selain isu-isu dasar monetari, fiskal dan juga awam.

Latar Belakang Scotiabank
Scotiabank ialah sebuah bank bertaraf antarabangsa Kanada dan merupakan penyedia perkhidmatan kewangan utama di Amerika Utara, Amerika Latin, Kepulauan Caribbean dan Amerika Tengah serta Asia Pasifik. Kami berdedikasi untuk membantu 23 juta pelanggan kami menjadi lebih baik menerusi pelbagai khidmat nasihat, produk dan perkhidmatan, termasuk perbankan peribadi dan komersial, pengurusan kekayaan dan perbankan persendirian, perbankan korporat dan pelaburan serta pasaran modal. Bersama pasukan yang terdiri daripada lebih 88,000 kakitangan dan memiliki aset bernilai $896 bilion (setakat 31 Oktober 2016), Scotiabank berdagang dalam Bursa Saham Toronto (TSX: BNS) dan New York (NYSE: BNS). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.scotiabank.com atau ikuti kami melalui Twitter @ScotiabankViews.

Carlos Gomes, Scotiabank Economics, (416) 866-4735, carlos.gomes@scotiabank.com; Untuk pertanyaan media sahaja: Sierra Catalfamo, Hal Ehwal Awam, Korporat dan Kerajaan, Scotiabank, (416) 933-1171, sierra.catalfamo@scotiabank.com

Source: Scotiabank
Related Stocks:
Mexico:BNS NYSE:BNS Toronto:BNS
Keywords: Auto Banking/Financial Service