omniture

Kisah Di Sebalik Campari Red Diaries & Filem Pendek "Killer in Red" Diperkenal

Gruppo Campari
2017-01-24 20:00 399

ROM, 24 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Clive Owen dan Paolo Sorrentino Terajui (R)evolusi Filem untuk Campari Red Diaries 2017

Hari ini, Campari secara rasminya memperkenalkan kempen penuh dan banyak kisah yang membentuk Campari Red Diaries; (r)evolusi holistik terhadap Kalendar Campari terdahulu.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/8025351-campari-red-diaries-2017-killer-in-red

Mencerminkan langkah perubahan dalam komunikasi jenama, Campari Red Diaries ialah kempen berbilang lapisan yang menghidupkan etos berkuasa bahawa "setiap koktel menceritakan sebuah kisah", meraikan koktel sebagai wadah untuk mengekspresi dengan mempertontonkan pengaruh yang memberi inspirasi kepada pelayan bar untuk berkongsi kemahiran mereka. Killer in Red, hasil penting daripada projek itu, ialah filem pendek yang dihasilkan begitu sempurna, diarahkan oleh pemenang anugerah dari Itali yang terkenal di peringkat antarabangsa Paolo Sorrentino dan dibintangi oleh pelakon Hollywood, Clive Owen.

Killer in Red ialah pencetus kempen yang hebat, namun kisah perjalanan Campari Red Diaries adalah mengenai penghidupan kesenian pelayan bar dalam cara yang asli. 12 kisah koktel dihasilkan oleh beberapa pelayan bar utama dari serata dunia, yang setiap satu kisah itu membuahkan hasilnya melalui medium video oleh pengarah muda baru muncul Itali, Ivan Olita.

Dengan mengekalkan tradisi Kalendar Campari bagi hari-hari yang berlalu, selain untuk memastikan Campari Red Diaries ialah (r)evolusi sebenar, protagonis Killer in Red dan pelayan bar di sebalik 12 kisah koktel itu, akan diabadikan dengan penghasilan Buku Kalendar Campari Red Diaries, yang dirakam oleh jurugambar Argentina terkenal, Ale Burset. Seperti tahun-tahun sebelumnya, hanya 9,999 salinan telah dicetak dan tidak akan dijual tetapi akan diedarkan di peringkat antarabangsa kepada rakan-rakan Campari di serata dunia sebagai sebuah memoir.

Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari mengulas, "Kempen tahun ini memanfaatkan medium baharu tanpa memutuskan hubungan dengan Kalendar Campari kami yang terdahulu. Ia merupakan pendekatan sebenar kami terhadap jenama ini – untuk menginovasi tanpa pernah melupakan warisan kami. Saya amat berbangga dengan hasil yang saya akui merupakan sumbangan daripada barisan profesional yang memberikan kami peluang untuk bersama-sama mereka, bermula daripada Paolo Sorrentino kepada Clive Owen, Ale Burset dan Ivan Olita, kesemuanya telah meninggalkan kesan istimewa mereka bukan sahaja kepada kempen ini, malah kepada sejarah Campari."

http://www.campari.com

#Campari #RedDiaries

Untuk maklumat lanjut, layari:

http://www.campari.com 
https://www.youtube.com/EnjoyCampari 
https://www.facebook.com/Campari  
https://instagram.com/campariofficial  
https://twitter.com/campari

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/459558/Campari_Red_Diaries.jpg )

Source: Gruppo Campari
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Film & Motion Picture New products/services