omniture

70% Pengunjung Taman Tema di China Jangkakan Pengalaman VR dalam Tiga Tahun Akan Datang

Omnico Group
2017-01-25 02:14 597

BASINGSTOKE, England, 25 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Kajian dapati penggemar aktiviti lasak di China jangkakan realiti maya atau tambahan dan robot

70% pengunjung taman tema di China menjangkakan pengalaman dan panduan realiti maya di pusat peranginan dalam tempoh tiga tahun. Menurut kajian yang dijalankan Omnico, hampir separuh (49%) berharap untuk menikmati permainan realiti tambahan atau yang dibantu secara peribadi oleh robot.

Dapatan kajian ini ditampilkan dalam Barometer Taman Tema Cina Omnico pertama yang meneroka harapan 670 pelawat di taman-taman tema Cina.

"Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengunjung celik teknologi kini inginkan teknologi yang lebih merangsangkan lagi keseronokan mereka tanpa sebarang kerumitan semasa berkunjung ke taman tema," kata Mel Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Omnico. "Realiti maya, realiti tambahan dan robot-robot Al adalah teknologi yang sudah semakin dikenali para pengunjung yang mencari keseronokan dan ia dijangka dapat dimanfaatkan tidak lama lagi.  Jangkaan pengunjung sangat tinggi -hampir satu pertiga (32%) percaya mereka akan dapat melihat pembantu -pembantu hologram di taman-taman dalam tempoh tiga tahun. "

Hangzhou mempunyai bilangan pengunjung tertinggi mengharapkan pengalaman VR (83%), berbanding dengan 76% di kedua-dua Shenzhen dan Nanjing, dan 71% di Beijing. Lebih daripada separuh pelawat di Canton (55%) berpendapat bahawa mereka menjangkakan bantuan peribadi daripada robot dalam masa tiga tahun, manakala pelawat di Shenzhen adalah yang paling optimistik di kalangan mereka yang ditinjau mengenai pembantu digital peribadi seakan Siri untuk menjadi realiti (48%). Di Chengdu, 47% menjangkakan pengaktifan suara pada aplikasi mudah alih dapat disediakan.

91% daripada responden berkata mereka ingin membayar segala-galanya di taman tema dengan menggunakan aplikasi jalur gelang tangan atau telefon pintar. 86% inginkan aplikasi bagi membuat tempahan sekaligus untuk semua yang diperlukan untuk lawatan mereka, dengan menggunakan laman sesawang atau aplikasi mudah alih pusat peranginan.  Ia termasuk hotel, makanan, barang dagangan, tiket, pas-pas laluan segera, jadual permainan, jalur gelang tangan tanpa tunai dan tempahan tempat duduk.

Para tetamu juga mahukan pembelian yang lebih mudah, dengan 84%, sebagai contoh, mahu memesan dari mana-mana sahaja di taman dan menerima penghantaran tiket atau barangan setibanya mereka di bilik hotel, restoran atau kediaman.

"Keputusan barometer kami menunjukkan bahawa taman tema di China perlu mengambil tindakan segera untuk memenuhi jangkaan pengguna," kata Taylor.

"Merealisasikan perkara ini tidak memerlukan pelaburan besar dalam penyelesaian yang benar-benar baharu, tetapi harus penyepaduan pintar bagi keseluruhan idea, bermula dengan sistem Titik Jualan kepada CRM dan kesetiaan yang diperibadikan."

Latar Belakang Omnico:

Omnico merupakan syarikat perisian dan perkhidmatan saluran-omni yang inovatif dan tangkas yang sesuai dengan jenama utama dalam peruncitan, hiburan dan destinasi.

http://themeparkch.omnicogroup.com/

Source: Omnico Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Internet Technology Travel Survey, Polls & Research