GUANGZHOU, China, 25 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2017 (ISLE), salah satu pameran pengiklanan dan LED terbesar di China yang akan berlangsung di Kompleks Pameran Canton mulai 15 Februari hingga 18 Februari di Guangzhou, akan membawakan lebih daripada 20 forum profesional, sidang kemuncak industri, perlancaran produk terkini daripada syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Absen, dan menampilkan pertandingan-pertandingan terpilih dengan demonstrasi produk daripada lebih 1600 peneraju industri.
Berada di kedudukan teratas dalam pembangunan industri LED dan pengiklanan, pakar dan peneraju dari pelbagai bidang termasuk pengiklanan, teknologi dan seni, termasuk Profesor Chen Dan, pereka papan iklan terbaik dari China, dijangka menghadiri pameran ini untuk memberi ucapan dasar mengenai reka bentuk dan pembuatan papan iklan, reka bentuk dan penghasilan iklan, dan seni pencahayaan.
- Rekabentuk dan Pembuatan Papan Iklan
Majlis Anugerah dan Pameran Hasil Kerja Tukang Cemerlang yang pertama "Engraving in China" & Forum Kemuncak Trend Industri akan berlangsung pada 16 Februari, di mana para pengunjung boleh melihat teknologi reka bentuk papan iklan yang terkini dan pembuatan ukiran kayu, ukiran logam yang halus, ukiran PVC, ukiran kristal, ukiran 3-D,ukiran berlubang, ukiran resin, ukiran mini dan ukiran cahaya latar.
- Reka Bentuk Pengiklanan
ISLE juga akan memperkenalkan hasil-hasil kerja yang cemerlang daripada Industri Pengiklanan China pada 15 Februari. Hasil-hasil kerja ini dipilih daripada Pameran Hasil Kerja Cemerlang Guangdong dan Peraduan Iklan Cetak yang dianjurkan oleh Persatuan Pengiklanan Wilayah Guangdong yang telah berjaya diadakan selama 23 tahun.
- Seni Pencahayaan
Majlis anugerah untuk Peraduan Paparan Rekabentuk Ruang China yang pertama akan berlangsung di wilayah kecil China Selatan dan Forum Sidang Kemuncak Seni dan Teknologi Ketiga pada 15 Februari 2017, di samping itu, akan mengumpulkan bukan sahaja pesaing dari kolej-kolej sedunia tetapi juga wakil-wakil daripada perusahaan pencahayaan global terkenal dan agensi reka bentuk.
"ISLE telah menjadi acara yang berprestij dalam bidang papan iklan dan LED antarabangsa," kata Encik Lee Yingjie, pengarah ISLE, "Selama bertahun-tahun, kami komited untuk menyepadukan sumber industri untuk pempamer dan pembeli bertukar-tukar idea, mencari trend utama dan untuk mara ke masa hadapan. "
Latar Belakang ISLE
Pameran Papan Iklan dan LED (ISLE) Antarabangsa 2017 akan dianjurkan oleh Canton Fair Advertising Co., Ltd dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE). Ia adalah khusus untuk pembangunan platform penyelesaian rantaian industri LED yang bersepadu sepenuhnya yang menampilkan papan iklan yang profesional, berkarisma dan pintar.
Untuk keterangan lanjut, sila layari: http://www.isle.org.cn/en/
HUBUNGI:
Linda Chen
chenyanhui@cantonfairad.com
+86-20-8926-8256