omniture

Ulmart Russia House 2.0 Bertindak sebagai Platform Perbincangan Berpusat di Davos 2017

Ulmart
2017-01-26 06:02 854

DAVOS, Switzerland, 26 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Russia House, kediaman rasmi komuniti perniagaan Rusia sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, berjaya menyempurnakan semua aktivitinya. Kebanyakan peserta WEF mengiktiraf tema Rusia sebagai salah satu tema utama untuk Davos tahun ini. Ulmart, syarikat e-dagang utama Rusia, dan Roscongress, yayasan terbesar yang menganjurkan forum-forum perniagaan di Rusia, mengalu-alukan sejumlah tetamu berprofil tinggi yang mencatat rekod selaku pihak-pihak penganjur Russia House dan mengadakan acara-acara yang mendapat tumpuan.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151015/277241LOGO
     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460584/RH17_Newspaper_1.jpg )
     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460585/RH17_Newspaper_2.jpg )
     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460586/RH17_Newspaper_3.jpg )
     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460587/RH17_Newspaper_4.jpg )
     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460588/RH17_Newspaper_5.jpg )
     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460589/RH17_Newspaper_6.jpg )
     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460590/RH17_Newspaper_7.jpg )
     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460591/RH17_Newspaper_8.jpg )
     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/460593/RH17_Newspaper_9.jpg )

Russia House bermatlamat untuk menunjukkan bahawa negara itu bersifat terbuka untuk mengadakan dialog dan menjalin kerjasama, selain menonjolkan kisah-kisah perniagaan yang berjaya dari Rusia, sebuah matlamat yang tercapai sepenuhnya, terbukti menerusi minat dan kehadiran peserta yang begitu tinggi.

Lebih 3,000 individu termasuk para pegawai kerajaan, ketua-ketua syarikat antarabangsa dan Rusia, wakil-wakil daripada komuniti pelaburan, pakar-pakar ekonomi ternama dan jurubank-jurubank telah menyertai acara-acara Russia House. Antara barisan tetamu yang hadir termasuk: Rustam Minnikhanov, Presiden Republik Tatarstan; Kirill Dmitriev, Ketua Pegawai Eksekutif Russian Direct Investment Fund; Alexey Mordashov, Pengerusi Lembaga Pengarah Severstal; Dmitry Konov, Pengerusi Lembaga Pengurusan SIBUR; Dr. Joerg Reinhardt, Ph.D., Pengerusi Lembaga Pengarah Novartis; Sir Suma Chakrabarti, Presiden EBRD; Shahar Waiser, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gett; Pavel Durov, Pengasas Vkontakte; Carmine DiSibio, Rakan Pengurusan Global EY; Shiv Khemka, Naib Pengerusi SUN Group; Cees 't Hart, Ketua Pegawai Eksekutif Carlsberg Group; Christian Sewing, ahli Lembaga Pengurusan Deutsche Bank AG; Gary Coombe, Presiden, Operasi Jualan & Pasaran Eropah Procter & Gamble; Ramon Laguarta, Ketua Pegawai Eksekutif, Afrika Sub-Sahara Eropah, PepsiCo; Alanna Abrahamson, Naib Presiden Kanan ABB.

Kerajaan Rusia pula diwakili di Russia House oleh Maxim Oreshkin, Menteri Pembangunan Ekonomi Persekutuan Rusia.

"WEF adalah amat penting buat kami memandangkan ia membolehkan kami bertemu rakan-rakan antarabangsa dan syarikat-syarikat asing yang melabur di Rusia," kata Maxim Oreshkin.

Pada 19 Januari 2017 di Russia House, menteri tersebut mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli Majlis Penasihat Pelaburan Asing Rusia, yang dihadiri oleh ketua-ketua syarikat-syarikat Rusia dan antarabangsa serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Alexander Ivlev, Rakan Pengurusan EY di Rusia, berkata bahawa para peserta mencadangkan FIAC perlu membantu meningkatkan usaha-usaha Rusia untuk mengharumkan lagi imejnya di luar negara memandangkan banyak pelabur antabangsa yang masih tidak menyedari potensi negara tersebut. "Russia House menjadi platform sempurna dari segi format dan kandungan untuk mengadakan perbincangan sedemikian," kata beliau.

Mengulas tentang hasil kegiatan aktiviti Russia House, Dmitry Kostygin, Pengerusi Ulmart berkata: "Kami mendapati terdapatnya minat yang tinggi terhadap Rusia dan potensi pasarannya, selain ketersediaannya mengadakan dialog bagi pihak komuniti perniagaan antarabangsa. Ulmart dan rakan kongsi kami – Roscongress serta syarikat-syarikat inovatif yang besar – mampu menunjukkan bahawa Rusia mengambil bahagian secara aktif dalam kemajuan teknologi global dan membuka prospek-prospek baharu bagi menjalin kerjasama global."

Alexander Stuglev, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Roscongress, berkata bahawa objektif kesemua acara itu adalah untuk menarik perhatian terhadap Rusia sebagai destinasi pelaburan. "Panel perniagaan dan mesyuarat membantu menyediakan akses kepada maklumat berhubung peluang-peluang perniagaan di negara kami untuk rakan-rakan antarabangsa serta tetamu-tetamu kami. Kami berhasrat untuk menunjukkan bahawa Rusia bersifat terbuka untuk mengadakan dialog dan mengadakan projek-projek seperti Russia House bersama rakan kerjasama kami, Ulmart."

Andrey Kuzyaev, Presiden ER-Telecom, berkata: "Penyertaan dalam WEF memberi kami peluang untuk memahami trend ekonomi global, mengkaji amalan terbaik industri dan membincangkannya dengan rakan-rakan sejawat kami. Projek-projek seperti Russia House membantu menyediakan platform komunikasi bagi membincangkan trend ekonomi utama dan peluang-peluang strategik baharu."

Pada 17 Januari 2017, hari pertama WEF, Russia House menjadi tumpuan dialog antarabangsa. Sarapan Revolusi Digital yang diadakan oleh Ulmart menghimpunkan para pemimpin dari industri teknologi bagi membincangkan penyertaan syarikat-syarikat utama dalam kemajuan teknologi dan perkembangan ekonomi digital. "Rusia-AS: Dialog Pasca Pilihan Raya" ialah salah satu panel dengan kehadiran terbaik di Russia House. Lebih 120 orang mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai prospek perkembangan ekonomi dan peluang-peluang perniagaan antara dua negara.

Hari 2 dibuka dengan panel perbincangan "Disrupsi Digital – 10 Tahun Akan Datang" anjuran EM, pakar perunding komunikasi kewangan dan korporat. Para peserta membincangkan tentang perubahan dalam budaya, media, perbankan dan bidang-bidang lain, yang akan dipacu oleh teknologi pada masa depan. Tom Blackwell, Ketua Pegawai Eksekutif EM, mempengerusikan perbincangan yang menghimpunkan Brian Pallas, Pengasas Opportunity Network; Hanna Aase, Pengasas Wonderloop; Tatiana Lysova, Ketua Sidang Pengarang Vedomosti; Michael Hecker, Pengarah Urusan Redline Capital; Andrey Kuzyaev, Presiden ER-Telecom, Egor Yakovlev, Pengasas Tvigle; dan Fekla Tolstoy, Pengarah Pembangunan, Muzium Leo Tolstoy.

Hari 3 WEF adalah penting untuk delegasi Rusia di Davos. Dmitry Kostygin, Pengerusi Lembaga Pengarah Ulmart, memperjuangkan kepentingan komuniti perniagaan Rusia menerusi debat secara langsung bertajuk "Peranan Rusia di Dunia", yang menampilkan penceramah utamanya, Igor Shuvalov, Timbalan Perdana Menteri Pertama Persekutuan Rusia.

"Saya telah menjadi pelabur selama bertahun-tahun dan saya percaya pada masa kini Rusia diberikan nilai yang rendah daripada sepatutnya. Saya yakin tahun 2017 akan melakar kejayaan untuk perniagaan dan begitu juga untuk sektor ekonomi," kata Dmitry Kostygin semasa debat itu.

Sepanjang berlangsungnya acara itu, para tetamu kediaman rasmi Rusia berpeluang mengikuti jelajah maya tempat berlangsungnya Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) yang bakal bermula pada 1-3 Jun 2017. Lebih 400 tetamu Rusia dan antarabangsa telah menonton persembahan canggih SPIEF itu.

Acara-acara tidak rasmi Russia House termasuk resepsi rasmi dan pertandingan hoki tradisional yang menampilkan ahli-ahli politik ternama, para pemimpin korporat dan para pemain hoki profesional termasuk bintang-bintang Piala Stanley.

Latar Belakang ULMART  

Ulmart ialah syarikat Internet milik persendirian terbesar di Rusia yang mengkhusus dalam e-dagang. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008, dan ibu pejabatnya terletak di St. Petersburg. Sebagai penyelaras Russia House, Ulmart mengambil bahagian dalam Forum Ekonomi Dunia sejak tahun 2014.

Ulmart mempunyai lebih 400 pejabat perwakilan (pusat pelaksanaan dan pusat pengumpulan) di lebih 240 bandar dan pekan di seluruh Rusia. Ulmart.ru ialah platform perdagangan dalam talian pelbagai fungsi untuk seluruh negara yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Rangkaian produknya melibatkan barangan untuk seisi keluarga: bermula daripada barangan buat sendiri (DIY) dan kelengkapan rumah, kepada produk kanak-kanak, automotif serta barangan sukan, e-buku, khidmat penerbangan dan banyak lagi. Dua belas juta SKU tersedia sepanjang masa di lokasi yang sesuai.

http://www.ulmart.ru

Latar Belakang Yayasan Roscongress

Yayasan Roscongress ditubuhkan pada tahun 2007 dengan matlamat untuk membantu membangunkan potensi ekonomi Rusia dan mengukuhkan imej negara dengan menganjurkan kongres serta pameran dengan tumpuan terhadap bidang ekonomi dan sosial. Yayasan ini membangunkan kandungan substantif untuk acara-acara ini, dan memberi nasihat, maklumat dan bimbingan pakar kepada syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi, selain menawarkan aspek penilaian, analisis dan liputan komprehensif berhubung agenda ekonomi Rusia dan juga dunia.

Hari ini, agenda tahunannya membabitkan acara-acara yang diadakan di lokasi-lokasi bermula di Montevideo hingga Vladivostok, yang menghimpunkan para pemimpin perniagaan global, pakar-pakar, rakan-rakan media serta para pegawai kerajaan demi mewujudkan keadaan yang sesuai untuk mengadakan dialog serta mempromosi idea-idea dan projek-projek baharu, selain membantu pewujudan perusahaan-perusahaan sosial dan juga projek-projek amal.

http://roscongress.org/en/

Alamat Russia House 2017: Promenade 72 (KaffeeKlatsch), Davos, Switzerland.

http://www.rh2017.com

Rakan-rakan Kongsi Russia House 2017: ER-Telecom, EM Communications, Tenzor Consulting Group, Simple, dan Persatuan E-Dagang Kebangsaan.

Source: Ulmart
Keywords: Banking/Financial Service