omniture

The Ultimate Travelling Camp Diterima sebagai Ahli Rangkaian Virtuoso Eksklusif

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2017-01-30 22:12 703

MUMBAI, India, 30 Januari 2017 /PRNewswire/ --

The Ultimate Travelling Camp (TUTC), dikenali sebagai pelopor konsep 'Glamping' di India dengan kem mewah bergerak, telah tersenarai dalam senarai elit harta tanah mewah Virtuoso. Hubungan yang disegani ini akan memberi TUTC akses kepada rangkaian pengendali dan ejen pelancongan mewah terbaik, dengan lebih daripada 11,400 penasihat seluruh dunia.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160509/803072 )

Rajnish Sabharwal, Ketua Pegawai Operasi, TUTC berkata, "Kami sangat gembira mengetahui TUTC telah diterima masuk ke dalam portfolio Virtuoso yang kaya dengan pembekal kemewahan. Dengan hubungan berprestij ini, kami berhasrat untuk menggunakan pengaruh rangkaian meluas kumpulan dan mendekati para pengembara dari serata dunia, menawarkan pengalaman 'glamping' yang boleh ditempah."

Virtuoso ialah rangkaian pelancongan mewah kepada 'jemputan sahaja' yang mengkhusus kepada perhubungan pengembara terhebat dunia dengan destinasi percutian terhebat dunia – dalam cara terbaik sekali. Perhubungan ini dengan syarikat pelancongan terbaik, memberikan pelanggan mewah rangkaian dengan kemudahan eksklusif, pengalaman luar biasa dan keistimewaan akses.

Latar Belakang TUTC:

Kem mewah dan hebat nomad TUTC di Thiksey dan Diskit di Ladakh dan Kohima di Nagaland bukan saja memperkenalkan tetamu kepada pengembaraan yang berlatarbelakangkan lanskap yang memukau tetapi juga menawarkan pengalaman imersif yang meraikan budaya, perayaan, makanan, sukan dan identiti asli rantau ini. Kem Chamba di Ladakh memastikan kunjungan ke berbagai-bagai aspek cara hidup orang Ladakh dan Buddha. Sama seperti ini, kem di Kohima mempunyai matlamat untuk memulihkan, melindungi dan memelihara kekayaan dan keunikan 16 suku kaum orang tempatan Nagaland. Kunjungi kami di http://www.tutc.com untuk ketahui lebih lanjut.

Untuk pertanyaan lanjut tulis kepada kami di info@tutc.com atau chaitra.shetty@tutc.com

Sumber: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel