omniture

emoji company Umum Pemerolehan Hak

emoji Company GmbH
2017-01-31 11:00 966

HAMBURG, Jerman, 31 Januari 2017 /PRNewswire/ --

emoji company GmbH hari ini mengumumkan mereka telah membeli tanda dagangan SABAN BRANDS "emojiville" termasuklah segala aset dan hak domain yang berkaitan.

(Logo: http://mma.prnewswire.com/media/462220/emoji_company_Logo.jpg )
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/462221/Marco_Huesges.jpg )

emoji company, pemilik tanda dagangan emoji® berdaftar dan pemilik lebih daripada 450 tanda dagangan global mempunyai lebih daripada 230 hubungan aktif dengan rakan kongsi berlesen yang dihormati dari serata dunia.  Syarikat ini memberi tumpuan utama kepada dagangan, promosi dan program kesetiaan ketika banyak perbadanan global menggunakan ikon dan aksara emoji company untuk iklan TV mereka dan juga kempen iklan umum.

Pada minggu lepas, emoji company mengumumkan perjanjian pelesenan dengan Sony Pictures Animation (SPA) yang membenarkan Sony Pictures Animation (SPA) menggunakan istilah "emoji" yang berkaitan dengan program dagangan serata dunia SPA untuk cetera komedi SPA akan datang 'The Emoji Movie'yang akan datang ke pawagam 11 Ogos 2017. 

"Pemerolehan tanda dagangan 'emojiville' adalah langkah yang lojik bagi kami untuk memperkukuh dan memperluas strategi jenama global kami"kata Marco Huesges, Ketua Pegawai Eksekutif emoji company, dan beliau menambah: "Berdasarkan kepelbagaian tanda dagangan dan IP, kami proaktif dalam membangunkan konsep jenama baharu untuk menumpukan perhatian kepada audiens sasaran berbeza dan untuk menyokong rakan kongsi global kami dengan konsep pemasaran yang baharu dan berkesan."

Untuk maklumat lanjut kunjungi: http://www.emoji-company.com atau hubungi: licensing@emoji-company.com

Hubungi:
emoji Company GmbH
Herr Jose Eiroa Santiago
Telefon: +49(0)2132-6719983
E-Mel:jose@emoji-company.com

Source: emoji Company GmbH
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Social Media Acquisitions, mergers, takeovers