omniture

Pemasar dan Usahawan Veteran Neeraj Bhagchandani Ketuai Pejabat Singapura GlassView dan Peluasan Asia

GlassView
2017-02-01 14:00 724

NEW YORK, 1 Februari 2017 /PRNewswire/ -- GlassView, platform pengedaran video sosial utama, hari ini mengumumkan Neeraj Bhagchandani, pemasar dan usahawan veteran, akan mengetuai pejabat Singapura syarikat dan usaha peluasan Asia.

Dalam peranan baharu beliau, Neeraj akan berkhidmat sebagai Naib Presiden, Akaun, memacu perniagaan baharu dan membantu jenama-jenama mencapai objektif kempen video sosial mereka. Beliau akan melapor diri kepada Patrick Kirby, Naib Presiden, Akaun & Jualan, di pejabat New York syarikat.

"Neeraj mempunyai pengalaman selama satu dekad dalam membantu jenama-jenama mencapai objektif pemasaran digital mereka di Asia," kata James G. Brooks, Jr., Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, GlassView. "Dengan pengalaman beliau, Neeraj jelas sekali layak memimpin pejabat Singapura dalam usaha meluaskan pengaruh kami di Asia."

"Saya berasa teruja untuk memacu perniagaan baharu untuk GlassView di Asia sambil membantu jenama-jenama kembali menguasai semula matlamat kempen video mereka menerusi platform video sosial yang tiada tandingan daripada GlassView," kata Neeraj.

Sebelum menyertai GlassView, Neeraj memantau perniagaan beliau sendiri dan merupakan Naib Presiden Paparan, Gabungan dan Kesetiaan di ensogo di mana beliau turut memacu Perniagaan Baharu di samping mengurus program-program pemasaran Gabungan dan Kesetiaan yang kompleks untuk syarikat gergasi eDagang di seluruh Asia.

Bhagchandani turut menyertai pasukan pemimpin industri yang dihormati, termasuk Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Pengasas & Penyunting Beauty and Well Being Clémence von Mueffling; mantan Pengerusi LVMH Amerika Utara Renaud Dutreil, yang dahulunya pernah menyandang beberapa jawatan menteri peringkat tertinggi dalam Kerajaan Perancis; Jim Porcarelli, Pengasas Bersama MediaCom North America; mantan eksekutif Conde Nast Stephanie Newhouse; Pengarah Eksekutif Hasil & Operasi CBS Dennis Colon; mantan Pengarah Kreatif Vogue.com Candy Pratts Price; dan Gregory Baker, mantan Menteri Tenaga & Perubahan Iklim UK serta ahli semasa House of Lords.

Latar Belakang GlassView
Misi GlassView adalah untuk memastikan video-video pelanggan terpapar dalam laman-laman terkenal bagi mencapai audiens paling aktif yang berpengaruh. Amat dikenali dalam memberikan tahap prestasi tertinggi, platform video sosial GlassView menawarkan akses kepada lebih 1.2 bilion pengguna unik di seluruh dunia, dan lebih 250 juta pengguna unik di Amerika Syarikat (comscore Nov 2016), mencapai 98% daripada negara terhubung. Pasukan dan Lembaga Pengarah GlassView merangkumi para eksekutif daripada Conde Nast, MediaCom, dan LVMH. Dilancarkan pada tahun 2015, GlassView beribu pejabat di Bandar Raya New York dan mempunyai pejabat-pejabat di serata dunia, termasuk Jepun, London, Eropah dan Timur Tengah. Untuk maklumat lanjut tentang GlassView, sila layari www.glassview.com.

GlassView Singapore
Six Battery Road
Tingkat 30
Singapura 049909
+65 9430 0330

Source: GlassView
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Corporate Expansion Personnel announcements