omniture

Associated Luxury Hotels Ambil Alih Worldhotels Berpangkalan Eropah

Associated Luxury Hotels
2017-02-07 21:04 529

Pengambilalihan Strategik Perhebatkan Kehadiran Global dan Perkhidmatan dalam kedua-dua Jualan, Pemasaran Global & Organisasi Hospitaliti

ORLANDO, Florida, 7 Februari  2017 / PRNewswire / -- Associated Luxury Hotels telah memperhebatkan kehadirannya di peringkat global, keanggotaan hotel dan pusat peranginannya, serta jualan, pemasaran dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh dunia dengan pengambilalihan Worldhotels yang berpangkalan di Frankfurt, Jerman . Beribu pejabat di Orlando, Florida, Associated Luxury Hotels memiliki dan mengendalikan  Associated Luxury Hotels International (ALHI),  satu Organisasi Jualan Global bebas yang terkemuka bagi menguruskan pasaran mesyuarat dan insentif di Amerika Utara selama 30 tahun. ALHI dan Worldhotels kedua-duanya sangat dihormati, merupakan kumpulan global terdiri dari pusat peranginan terkemuka kelas atasan yang berdiri bebas dan hotel dan pusat peranginan yang bertaraf mewah serta hotel berjenama bebas di serata dunia.

Pengambilalihan ini memperhebatkan pencapaian geografi setiap organisasi, penembusan pasaran, penawaran perkhidmatan, profil dan daya saing, menjadikan gabungan strategik ini memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi dan keanggotaan mereka. Kedua-dua organisasi membolehkan hotel dan pusat peranginan bebas dalam keanggotaan mereka untuk mengekalkan identiti bebas di samping bersaing dengan efektif dalam landskap hospitaliti global yang sentiasa berubah.

Worldhotels kekal fokus dalam memberi khidmat kepada pelawat bisnes individu, pelancong, kumpulan mesyuarat dan menyediakan penyelesaian kesetiaan untuk 350 hotel dan pusat peranginan dalam keanggotaannya, menawarkan 75,000 bilik di 65 buah negara di seluruh dunia. ALHI akan terus menumpukan perhatian pada perjumpaan di Amerika Utara , insentif dan pasaran konvensyen  untuk keanggotaannya yang melebihi  250 hotel dan pusat peranginan bebas bertaraf mewah di seluruh dunia dengan jumlah bilik sebanyak 138,500; berserta , perkongsian Global Alliance termasuk 23 kapal pelayaran mewah, dan Syarikat Pengurusan Destinasi di lebih 100 lokasi di seluruh dunia. ALHI mempunyai 20 pejabat Jualan Global di seluruh Amerika Utara, dianggotai oleh 65 Jurujual  Global profesional, dan akan menambah pejabat jualan ALHI GSO di Eropah pada tahun 2017. Worldhotels mempunyai 35 pejabat jualan di seluruh dunia, dalam satu organisasi yang terdiri daripada 140 jurujual profesional dan kakitangan yang mahir.

Pengerusi Associated Luxury Hotels David Gabri berkata syarikat itu akan mengendalikan ALHI dan Worldhotels sebagai bahagian yang berasingan. Kedua-dua portfolio menampilkan hotel perniagaan kelas atasan dan bertaraf mewah, pusat peranginan yang mengagumkan, hotel mercu tanda hebat sejarah, hotel gaya hidup dan hotel butik di seluruh dunia.

"Mengumpulkan kedua-dua syarikat yang sangat dihormati ini membolehkan kami menjadi penyelesaian perkhidmatan penuh mewah 'berjenama lembut' yang penting bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berkembang yang dituntut oleh pelanggan kami yang dihargai, dan keanggotaan yang luar biasa daripada hotel bebas, pusat peranginan dan jenama bebas, berserta pengurusan dan kumpulan pemilikan, "kata Gabri.

Ketua Pegawai Komersial Associated Luxury Hotels, Tom Santora, yang juga selaku Pengerusi Eksekutif Worldhotels, dan Geoff Andrew  masih kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Worldhotels di Frankfurt.

Layari  www.alhworld.com/alh-acquires-worldhotels, www.alhi.com, www.alhworld.com, dan  www.worldhotels.com.

Hubungi: Karen Lamonica, 1-407-7887070, klamonica@78madison.com

Source: Associated Luxury Hotels
Keywords: Hotels and Resorts Travel Acquisitions, mergers, takeovers