omniture

SDCmaterials Terima Pesanan Belian untuk Bahan-bahan Pemangkin Automotif Lanjutan

SDCmaterials, Inc.
2017-02-08 21:02 645

TEMPE, Arizona, 8 Februari 2017 / PRNewswire / -- SDCmaterials hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima pesanan belian awal daripada CarSound, pembekal sistem ekzos pasaran selepas jualan yang terkemuka. Pesanan belian, serta penghantaran bermula pada suku pertama tahun 2017, adalah untuk bahan-bahan pemangkin automotif berasaskan Nano-on-Nano™ SDC, yang akan disepadukan ke dalam pemangkin CarSound.

"Membekal bahan-bahan kritikal untuk CarSound bagi sistem ekzos pasaran selepas jualan mereka yang sangat disegani adalah satu pencapaian besar untuk SDC dan kami mengalu-alukan hubungan bersama yang berpanjangan dan saling menguntungkan," kata Pengerusi Eksekutif SDC Bill Staron.

"Setelah lulus pengesahan dalaman yang rapi, dan proses pensijilan kerajaan, kami akan memasarkan dengan penuh keyakinan bahawa  produk CarSound berasaskan Nano-on-Nano™ akan dapat memberi manfaat sebenar kepada syarikat serta pelanggan kami," kata Ketua Pegawai Strategi CarSound  Peter Nitoglia.

Formulasi Nano-on-Nano™ SDC, digunakan untuk rawatan pemangkin ekzos, memerlukan serendah 40 hingga 60 peratus daripada logam kumpulan platinum dalam pemangkin tradisional, pada dasarnya menggandakan kecekapan komposisi logam berharga itu.

Latar Belakang SDCmaterials
SDCmaterials membangunkan dan mengkomersilkan produk pemangkin lanjutan berasaskan fabrikasi bahan baharu dan platform integrasi. Ditubuhkan pada tahun 2004, ibu pejabat syarikat dan pusat R & D bertempat di Tempe, Arizona. Ia juga memiliki dan mengendalikan kemudahan pengeluaran di Schwarzheide, Jerman. Pelabur termasuk bahagian modal teroka General Motors, Volvo Group, dan SAIC Motor Corp., pengeluar kereta terbesar di China, serta BASF Capital Venture; Emerald Technology Partners, sebuah peneraju dalam modal teroka teknologi-bersih; dan Invus Financial Advisors. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.sdcmaterials.com.

Latar Belakang Car Sound Exhaust System 
Beribu pejabat di Oceanside, Calif., Car Sound Exhaust System mereka bentuk, mengesahkan dan mengeluarkan pemangkin pasaran selepas jualan dan pemangkin tempahan yang mematuhi standard kualiti ISO 9001. Ia memasarkan jenama utama dalam kawalan pelepasan karbon automotif, termasuk konverter pemangkin MagnaFlow. Untuk maklumat lanjut, layari www.ect-catalyst.com dan www.magnaflow.com

Hubungi (untuk SDC):
info@sdcmaterials.com

Hubungi (untuk Car Sound):
Kathryn Reinhardt
949-858-5900
kreinhardt@magnaflow.com

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/147665/sdcmaterials_inc_logo.jpg

 

Source: SDCmaterials, Inc.
Keywords: Auto Transportation Licensing/marketing agreements