omniture

TRESemmé Jalin Kerjasama Dengan Pendandan Rambut Selebriti Justine Marjan Sebagai Pendandan Rambut Global

Unilever
2017-02-08 21:23 646

Pakar Rambut dan Individu Sensasi Media Sosial Sertai Pasukan Pendandan Rambut Utama Semua Wanita TRESemmé sempena Minggu Fesyen New York

NEW YORK, 8 Februari 2017 /PRNewswire/ -- TRESemmé mengambil pendirian dalam industri penjagaan rambut yang didominasi lelaki dengan menyediakan pasukan pendandan semua wanita, diketuai oleh pendandan rambut selebriti dan individu sensasi Instagram Justine Marjan. Justine serta merta menjadi pengajar dandanan rambut tumpuan untuk wanita di seluruh dunia dengan gaya tocang menggamit perhatian dan gaya rambut yang mengikut perkembangan. Terkenal dengan hasil kerja beliau menggayakan rambut beberapa selebriti paling terkenal di Hollywood, Justine sudah begitu biasa bekerjasama dengan sebilangan wanita paling berpengaruh di dunia. Menerusi peranan beliau sebagai duta global, Justine akan dipertanggungjawabkan untuk menghidupkan cita-cita jenama ini dan melengkapkan wanita seluruh dunia dengan panduan serta peralatan untuk menonjolkan gaya terbaik mereka.

"Saya berasa teruja untuk bekerjasama dengan TRESemmé, jenama yang dicipta oleh wanita untuk memberikan wanita seluruh dunia dengan keyakinan untuk menonjolkan gaya terbaik mereka," kata Justine Marjan, Pendandan Rambut Global TRESemmé. "Kini, lebih hebat berbanding sebelumnya, wanita perlu sama-sama berganding bahu dan saya tidak sabar-sabar untuk melihat keajaiban yang dapat saya hasilkan bersama pasukan TRESemmé."

TRESemmé akan merasmikan jalinan kerjasamanya dengan Justine pada Minggu Fesyen New York, bagi menandakan musim ke-18nya sebagai penaja penjagaan rambut rasmi. Justine akan disertai oleh beberapa individu berpengaruh paling bijak bersosial, termasuk Paulo Alberdi, Marianna Hewitt, Casey Holmes, Amy Lee, Natalia Cabezas dan Suzanne Bonaldi bagi memberikan wanita seluruh dunia dengan akses eksklusif untuk menyertai acara-acara pertunjukan pereka terkemuka dan panduan untuk mencipta semula gaya rambut di rumah.

"Setiap hari, TRESemmé mencari cara untuk mengilhamkan wanita di seluruh dunia. Inspirasi kami  lahir daripada pengasas kami, Edna Emme – yang merupakan pendandan terkenal dan ahli perniagaan yang hebat hampir 70 tahun lalu. Sama seperti Edna, Justine ialah salah seorang pendandan paling berpengaruh dalam industri penjagaan rambut, dan memperingati warisan sebagai pendandan rambut wanita berani yang merintis untuk maju ke hadapan," kata Heather Mitchell, Ketua Perhubungan Awam dan Penglibatan Digital Global untuk Unilever Hair. "Justine menyertai kami sebagai Pendandan Rambut Global dan akan memulakan Minggu Fesyen New York di samping barisan individu berpengaruh wanita terkemuka dari serata dunia. Wanita-wanita ini akan bersama-sama memberikan akses belakang pentas eksklusif dan tempat duduk hadapan untuk beberapa acara pertunjukan terbesar industri fesyen kepada hadirin."

TRESemmé akan melengkapkan pasukan pendandan rambut NYFWnya dengan para veteran minggu fesyen terkenal Odile Gilbert dan Holli Smith. Para pendandan tersebut akan mencipta gaya rambut yang memukau bersama-sama beberapa pereka terkemuka, termasuk: Altuzarra, Creatures of Comfort, Carolina Herrera, Naeem Khan, MONSE, Jenny Packham, Alice & Olivia, Jonathan Simkhai, Thakoon, dan Charles Youssef. Sertai perbualan ini dan ikuti individu berpengaruh TRESemmé dengan #TRESnyfw dan melalui Facebook, Twitter dan Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini secara langsung sepanjang musim.

Sila hubungi Allison Goldberg, Edelman, di talian +1 (917) 639-4923 untuk mendapatkan maklumat lanjut, imej atau temubual.

Latar Belakang Unilever United States, Inc.
Unilever ialah salah satu daripada pembekal utama dunia bagi produk-produk Makanan, Penjagaan Rumah, Penjagaan Peribadi dan Juadah Ringan dengan jualan di lebih 190 negara dan mencapai 2 bilion pengguna sehari. Di Amerika Syarikat, portfolio ini merangkumi ikon-ikon jenama seperti Axe, Ben & Jerry's, Breyers, Caress, Clear Scalp & Hair Therapy, Country Crock, Degree, Dollar Shave Club, Dove, Good Humor, Hellmann's, I Can't Believe It's Not Butter!, Klondike, Knorr, Lever 2000, Lipton, Magnum, Nexxus, Noxzema, Pond's, Popsicle, Promise, Q-tips, Seventh Generation, Simple, St. Ives, Suave, Talenti Gelato & Sorbetto, TIGI, TONI&GUY, TRESemmé dan Vaseline. Kesemua jenama yang disebutkan merupakan tanda dagang atau tanda dagang berdaftar Unilever Group of Companies.

Unilever menggaji kira-kira 8,000 kakitangan di Amerika Syarikat – menjana lebih $9 bilion jualan pada tahun 2016.

Pelan Kehidupan Lestari Unilever beriltizam untuk:

  • Membantu lebih satu bilion orang bertindak untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka menjelang tahun 2020.
  • Mengurangkan separuh daripada impak alam sekitar produk kami menjelang tahun 2030.
  • Meningkatkan punca pendapatan berjuta-juta orang menjelang tahun 2020.

Unilever menduduki tempat pertama dalam sektornya menurut Indeks Kemampanan Dow Jones 2016.
Untuk maklumat lanjut tentang Unilever A.S. dan jenama-jenamanya layari: www.unileverusa.com
Untuk berhubung dengan Unilever A.S. melalui Facebook layari: www.facebook.com/unileverusa
Untuk berhubung dengan Unilever A.S. melalui Twitter ikuti: @unileverusa

Hubungi:
Allison Goldberg/Edelman
+1 (917) 639-4923 / +1 (847) 971-4920 (m)
Allison.Goldberg@Edelman.com 

Source: Unilever
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Personnel announcements Trade show news Women-related news