omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) 2017 bakal Lancar Astaka Eksport Istimewa

Pameran Perabot Antarabangsa Cina
2017-02-09 20:49 1108

GUANGZHOU, China, 9 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Pameran perabot utama dunia, Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) kali ke-39 bakal membuka tirainya di Kompleks Pameran Import dan Eksport China dan Ekspo Pusat Dagangan Dunia Poly pada 18 Mac 2017 di Guangzhou, China, bagi mempamerkan rangkaian menyeluruh perabot rumah, hiasan rumah dan peralatan rumah, tekstil rumah selain produk-produk aktiviti luar dan santai.

CIFF 2017 di Guangzhou akan menumpu pada topik "Kehidupan Lebih Baik, Kerja Lebih Baik", meliputi kawasan pameran seluas 750,000 meter persegi dengan susun atur baharu bagi menampung 3,868 pempamer dari lebih 30 negara dan rantau serta dijangka menerima 168,881 pengunjung profesional. Fasa pertama pameran untuk perabot rumah akan berlangsung mulai 18 hingga 21 Mac manakala fasa kedua untuk perabot pejabat berlangsung mulai 28 hingga 31 Mac.

Jawatankuasa CIFF menyatakan bahawa susun atur pameran baharu akan membolehkan syarikat-syarikat mendekati lebih ramai pengunjung profesional, di samping meningkatkan tahap kecekapan perdagangan dengan membuka saluran pengedaran yang lebih tepat.

Kemuncak bagi CIFF 2017 (Guangzhou) merupakan dua astaka eksport baharu. Kawasan eksport perabot ruang tamu dan ruang makan akan memperkenalkan syarikat-syarikat seperti Landbond, Donghong Furniture (DHF) dan E&S, manakala kawasan lain dikhususkan untuk eksport sofa dengan syarikat-syarikat seperti Asiama, Green P's Furniture dan Desheng bagi mempamerkan produk-produk terkenal mereka.

CIFF 2017 di Guangzhou akan turut mengoptimumkan persekitaran kawasan pameran dengan menggabungkan sektor perabot vintaj dengan sektor perabot moden sebagai astaka perabot rumah, menambah astaka pameran butik sofa di dewan 11.2 semasa fasa pertama.

Penaiktarafan lain yang disediakan sempena CIFF (Guangzhou) akan datang termasuk penambahan keluasan pameran peralatan pembuatan. Astaka peralatan pembuatan sokongan pada fasa kedua akan turut dipertingkatkan bagi menonjolkan aksesori tilam dan pemotong serta peralatan, menampilkan jenama-jenama terkemuka seperti Shanghai Tianye Tools, AiDeFu Latex dan Peak.

"CIFF berkembang lebih kukuh tahun demi tahun sebagai pilihan utama dalam industri perabot. Sebagai platform profesional yang menyediakan peluang kepada pempamer dan pembeli, CIFF dikhususkan untuk disesuaikan dengan perubahan landskap dalam pasaran perabot global sambil meningkatkan pengalaman pelanggan," kata jawatankuasa tersebut.

Latar Belakang CIFF

Sebagai pameran perabot pertama dan terbesar di China, CIFF (Guangzhou) kali ke-39 akan dianjurkan oleh China National Furniture Association, China Foreign Trade Center (Group), Guangdong Furniture Association, Hong Kong Furniture & Decoration Trade Association serta dihoskan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp. http://www.ciff-gz.com/

 

Source: Pameran Perabot Antarabangsa Cina
Related Links:
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news