omniture

Parallel Wireless Kembang Ekosistem Penyelesaian vRAN Dalaman

Parallel Wireless
2017-02-09 22:00 721

Kerjasama dengan Node-H dan Arcadyan Technology Corporation Jimat Kos Tangani Cabaran Penggunaan Selular Dalaman

NASHUA, New Hampshire, 9 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless Inc., perintis dalam membuat penggunaan rangkaian selular yang mudah dan menjimatkan seperti Wi-Fi, hari ini mengumumkan pengembangan strategik bagi ekosistem selular dalaman mereka. Gabungan maya (vRAN) penyelesaian mematuhi piawaian 3GPP menggabungkan Parallel Wireless HetNet Gateway (HNG) dengan perancangan masa sebenar berkos rendah, sel perusahaan dua mod (UMTS & LTE) dari Arcadyan Technology Corporation (TPE:3596) dan perisian sel kecil Node-H yang utama. Kerjasama ini memberikan penyelesaian selular teknologi berbilang dalaman konfigurasi diri dan pengoptimum diri yang sangat menjimatkan dengan pelaksanaan yang mudah untuk perusahaan berbagai saiz, persendirian atau awam.

Forum 'Small Cell' (Sel Kecil) melaporkan antara 39% dan 61% perusahaan menghadapi liputan dalaman yang lemah. Untuk menangani keperluan ini, kerjasama baharu dengan Arcadyan dan Node-H akan menawarkan pelanggan dengan ekosistem dalaman menyeluruh yang terbaik: 3G/4G/Wi-Fi, pengehosan neutral, LTE persendirian, Kualiti Perkhidmatan (QoS) bagi suara dan data, keanjalan untuk menukar band pengendali, awan, mobiliti yang lancar, pengurusan dan kawalan – semuanya pada harga yang terendah untuk dilaksanakan, dikekalkan dan dikembangkan.

Sorotan Penting:

  • Pemasangan Pasang dan pakai (plug-n-play) yang Laju dan Menjimatkan, disesuai kepada SEBARANG Saiz Perusahaan:

Dengan Parallel Wireless HetNet Gateway, pelaksanaan dikurangkan daripada beberapa hari kepada hanya beberapa jam, sambil menghapuskan keperluan perancangan RF dan penyepaduan sistem yang meluas. HNG membolehkan perusahaan vRAN dalam sebarang saiz konfigurasi kendiri menjadikan kos penggunaan hanya beberapa sen bagi setiap kaki persegi.

  • Teknologi Berbilang, Pembawa Berbilang (3G/4G) + Wi-Fi:

Penyelesaian vRAN menggunakan Parallel Wireless HNG untuk memberikan fungsi get laluan 3G dan 4G digabungkan dengan SON masa sebenar pada satu platform tunggal COTS untuk mengurangkan penggunaan awal CAPEX dan penggunaan berterusan OPEX pada masa yang sama memberikan perkhidmatan teknologi berbilang.

  • Pengalaman pengguna akhir yang lancar dan selamat untuk suara, perkhidmatan kecemasan dan data 3G/4G/Wi-Fi.

HNG membolehkan perkhidmatan suara yang pelbagai termasuklah VoLTE, 3G voice, VoWiFi, PTT untuk memberikan perusahaan keanjalan dalam jenis perkhidmatan suara yang boleh dipilih hari ini dan di masa hadapan. HNG membolehkan pengurangan gangguan masa sebenar bagi mempertingkat QoS dan memberikan handoff yang lancar di luar dan di dalam.

  • Penyelenggaraan atau perkembangan rangkaian berkos rendah dan bebas tangan

Teknologi berbilang masa sebenar SON dalam HNG memberikan pengautomatan rangkaian dan kebolehan memprogram sambil membolehkan penyelenggaraan berterusan bebas tangan yang mengurangkan kos OPEX sambil mempertingkat prestasi rangkaian.

  • Ciptaan perkhidmatan baharu (LTE persendirian, IoT, bangunan pintar) dan sedia 5G

Penyelesaian perusahaan yang diubah semula ini bukan hanya meningkatkan liputan dalaman dengan kos yang berkurangan, tetapi juga memberikan tawaran perkhidmatan baharu kepada kedua-dua pengendali dan pemilik perniagaan seperti Bangunan Pintar dan Internet Komunikasi Benda (IoT). Dengan keupayaan Rangkaian Teras Pengendali Berbilang 'Multi-Operator Core Network' (MOCN) dalam HNG, pengendali boleh menawarkan keupayaan LTE Persendirian dengan laluan trafik yang selamat bergantung kepada prestasi rangkaian atau profil pengguna. Ia juga menyediakan platform untuk analitik memberikan pandangan pengendalian atau untuk pengewangan pengalaman pengguna.

Pengumuman hari ini disokong oleh pelbagai ujian pelanggan di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dan Asia Pasifik (APAC).

Petikan Sokongan

Wakil peringkat pentadbiran dari Arcadyan berkata, "Arcadyan membangunkan produk untuk pengguna akhir. Kami berdedikasi dalam mengejar teknologi berkualiti tinggi. Keputusan kami untuk menjadi rakan kongsi Parallel Wireless didorong oleh keyakinan kami terhadap inovasi syarikat dan tahap komitmen pasukan itu untuk kejayaan pelanggan mereka. Perkongsian ini memperkukuh kepimpinan kami dalam pasaran selular dan membuka lebih peluang global untuk penyelesaian selular dalaman teknologi berbilang."

Ketua Pegawai Eksekutif, Node-H, Mike Cronin berkata, "Dunia perniagaan semakin bergantung kepada mobiliti yang ada di mana-mana, lancar, berdaya pemprosesan tinggi dan selamat. Perkhidmatan mudah alih berkualiti tinggi di pejabat kini menjadi keperluan dengan rangkaian dalaman yang memerlukan pelbagai teknologi, pemasangan pasang dan pakai, keanjalan konfigurasi dan ujian masa depan bagi 5G. Dengan mengembangkan portfolionya, Parallel Wireless menangani segmen perusahaan dengan seni bina maya yang boleh diskala, terbuka dan anjal yang digunakan oleh perusahaan di seluruh teknologi rangkaian heterogen, dari Wi-Fi hingga selular 3G dan 4G."

Rajesh Mishra, pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi, Parallel Wireless, berkata, "Kerjasama strategik bersama Node-H dan Arcadyan menawarkan inovasi dari hujung ke hujung seluruh seni bina rangkaian dalaman termasuklah perusahaan, IoT, dan 5G dengan kecekapan perisian yang lebih kecil, yang paling padat - mentakrifkan sepenuhnya sel kecil berbilang teknologi yang memberikan liputan dan kapasiti QoS dengan kos yang jauh lebih murah."

Latar Belakang Wireless

Parallel Wireless sedang mengubah semula pasaran infrastruktur tanpa wayar, membolehkan pembekal menggunakan mana-mana rangkaian selular G dengan mudah dan menjimatkan seperti perusahaan Wi-Fi sama ada untuk luar bandar, perusahaan, keselamatan awam, M2M, Bandar Pintar, atau bandar yang padat. Pada masa ini, syarikat dalam penggunaan pengeluaran atau dalam percubaan dengan pengendali terkemuka utama di enam benua. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam teknologi berbilang 'virtualized RAN' (vRAN) telah diiktiraf dengan 27 anugerah industri. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.parallelwireless.com

Source: Parallel Wireless
Keywords: Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications New products/services