omniture

Supermodel Global Alessandra Ambrosio X CIROC Siap Sedia Kongsi Tahun Sambutan 'Ketibaan' yang Memukau dan Sensasi

CIROC Ultra-Premium Vodka
2017-02-13 20:26 669

LONDON, 13 Februari 2017 /PRNewswire/ --

Model Terkemuka Tawarkan Peminat Pas-Akses-Semua Kehidupan Beliau di Lokasi Paling Eksklusif, Bersama Golongan Paling Sensasi di Parti Terbesar Dunia, Bermula dengan Imej Kempen Mario Testino #ONARRIVAL yang Belum Pernah Disiar

Sebagai salah seorang bakat yang paling mendapat permintaan di dunia, ikon gaya Brazil, pereka fesyen dan pelakon Alessandra Ambrosio ialah lambing yang merangkumi maksud 'hidup seperti yang diimpi' dan 'mencapai matlamat kegemilangan'.

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/467050/CIROC_Alessandra_Ambrosio_1.jpg )

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/467051/CIROC_Alessandra_Ambrosio_2.jpg )

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/467052/CIROC_Alessandra_Ambrosio_3.jpg )

Sebagai vodka mewah yang menjadi minuman penting dalam sambutan dan acara paling hangat di dunia, CÎROC bekerjasama dengan Alessandra untuk kempen # ONARRIVAL, bagi mengikuti 'ketibaan' beliau yang mengujakan di sepanjang tahun dalam acara-acara fesyen terbesar dan destinasi-destinasi parti yang hebat dan terkini.

Bermula dengan peragaan untuk pertunjukan fesyen Victoria's Secret yang terkenal di dunia kepada kolaborasi bersama jenama-jenama mewah termasuk Dolce and Gabbana, Christian Dior, Giorgio Armani, Rolex dan Calvin Klein, kerjaya yang pantas berkembang dan gaya hidup penuh glamor Alessandra ialah sambutan sebenar segala yang sensasi. Keanggunan beliau dan wataknya yang ceria menjadikan beliau sebagai salah seorang model paling sensasi dalam industri fesyen, dan merupakan rangkuman sempurna gaya riang dan mewah CIROC.

Berparti bersama ikon elit fesyen mengikut rentak CIROC yang rancak bertenaga, detik-detik eksklusif bersama Alessandra akan dikongsi merentasi platform media sosial CÎROC sepanjang tahun, memberikan peminat dengan akses 'wajib tonton' dan 'wajib dilihat di' destinasi-destinasi parti dan acara-acara kebudayaan ikonik -- bermula dengan tempat-tempat tumpuan musim panas hingga sambutan Tahun Baru.

Bagi meraikan kolaborasi #ONARRIVAL CIROC, Alessandra akan turut membintangi kempen fotografi terkini jenama ini, dirakam oleh pakar fotografi fesyen yang tiada tandingan dan rakan kreatif global CÎROC, Mario Testino. Satu siri daripada tiga imej ikonik yang belum pernah dilihat akan disiarkan sepanjang tahun, mengasyikkan peminat dengan gaya hidup Alessandra yang begitu terkenal. Imej-imej ini akan disokong oleh kandungan belakang tabir eksklusif, memberikan pandangan sekilas yang luar biasa terhadap apa yang berlaku di sebalik lensa paling terkenal dunia fesyen. Imej pertama, disiarkan hari ini, menonjolkan persediaan belakang pentas penuh glamor Alessandra menerusi 'Hair and Make-up' sewaktu beliau bersiap sedia untuk berparti di salah satu parti paling sensasi di dunia.

Alessandra Ambrosio berkata, "Saya berasa amat gembira dapat bekerjasama dengan CIROC untuk kempen 'On Arrival' mereka. Ia suatu yang hebat kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha yang membawa kejayaan dan menjadi elemen penting dalam detik-detik sambutan terbesar di seluruh dunia -- saya sungguh bertuah kerana dapat bersama mereka! Saya benar-benar percaya untuk meraikan kehidupan pada setiap ketika, dan saya benar-benar berharap dapat membawakan CIROC serta peminat saya bersama-sama saya dalam perjalanan ini dan memberi mereka akses belakang tabir kepada detik-detik terhebat saya sepanjang tahun."

Mario Testino berkata, "Kempen 'On Arrival' adalah tentang merayakan detik-detik terhebat dalam hidup anda dan rakaman fotografi untuk kempen ini bersama Alessandra adalah suatu yang hebat. Beliau memiliki ciri-ciri berkualiti yang mampu menawan setiap orang apabila beliau datang ke sesuatu majlis. Alessandra ialah individu yang menggambarkan gaya dan seri CIROC."

Samantha Reader, Pengarah Pemasaran Global untuk Diageo Reserve menambah, "Kempen 'On Arrival' CIROC semuanya tentang merayakan detik-detik kejayaan dan mendepani segala yang sensasi, dengan itu kami benar-benar teruja dapat bekerjasama dengan Alessandra sebagai salah seorang bakat terhebat masa kini dan sekali lagi berkolaborasi dengan Mario Testino untuk memperlihatkan kerancakan perkongsian tersebut. CIROC adalah untuk mereka yang mempunyai impian besar, beraspirasi meraih kehebatan dan mengiktiraf kepentingan meraikan kejayaan apabila ia dicapai. Alessandra memanifestasi aspek ini dalam segala yang beliau lakukan, dan kami berharap dapat meraikan kejayaan bersama beliau tahun ini."

Ikuti sambutan ini di:

#ONARRIVAL

CIROC
Instagram: cirocvodka
Twitter: @CirocVodka
Facebook: http://www.facebook.com/CirocVodkaOfficial

Kandungan Belakang Tabir Eksklusif disediakan melalui YouTube: http://www.youtube.com/CirocVodka

Alessandra Ambrosio
Instagram: alessandraambrosio
Twitter: @angelalessandra
Facebook: http://www.facebook.com/Alessandra/

Mario Testino
Instagram: mariotestino
Twitter: @mariotestino
Facebook: http://www.facebook.com/mariotestino/

Source: CIROC Ultra-Premium Vodka
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Fashion Social Media