omniture

Bill dan Melinda Gates Siar Surat Tahunan 2017: "Pelaburan Terbaik Warren Buffett"

Bill & Melinda Gates Foundation
2017-02-14 18:00 826

SEATTLE, 14 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, Bill dan Melinda Gates berkongsi Surat Tahunan 2017 mereka, "Pelaburan Terbaik Warren Buffett." Pada tahun 2006, Buffet mendermakan sejumlah besar harta kekayaan beliau kepada Yayasan Bill & Melinda Gates bagi tujuan membasmi penyakit dan mengurangkan masalah ketidaksamaan. Surat tersebut menyatakan kemajuan dunia sejak 25 tahun lalu dari segi isu-isu kesihatan dan pembangunan global, termasuk mengurangkan separuh masalah kemiskinan tegar serta mengurangkan separuh kadar kematian kanak-kanak. Bill dan Melinda Gates menekankan harapan mereka terhadap kemajuan berterusan dan menggariskan bidang penglibatan yayasan ini, yang bekerjasama erat dengan kerajaan-kerajaan, agensi-agensi kesihatan, pertubuhan-pertubuhan bukan untung dan entiti-entiti serta individu-individu lain yang membuat kerja amal.

Baca surat ini untuk mengetahui lebih lanjut di https://www.gatesnotes.com/2017-Annual-Letter.

Latar Belakang Yayasan Bill & Melinda Gates
Yayasan Bill & Melinda Gates berusaha membantu semua orang menjalani kehidupan yang sihat dan produktif. Di negara-negara sedang membangun, ia menumpu pada peningkatan kesihatan orang ramai dan memberi mereka peluang untuk membebaskan diri daripada kelaparan dan belenggu kemiskinan tegar. Di Amerika Syarikat, ia berusaha memastikan semua orang—khususnya mereka yang memiliki sumber paling sedikit—mendapat akses terhadap peluang-peluang yang mereka perlukan untuk berjaya di sekolah dan dalam kehidupan. Berpangkalan di Seattle, Washington, yayasan ini dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Desmond-Hellmann dan Pengerusi Bersama William H. Gates Sr., di bawah arahan Bill dan Melinda Gates serta Warren Buffett.

Source: Bill & Melinda Gates Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis Not for profit Survey, Polls & Research