omniture

Unilever Foundry dan Padang & Co Lancar LEVEL3

Ruang kerja kolaboratif takrif semula model inovasi korporat

Unilever
Padang & Co
2017-02-16 15:30 810

SINGAPURA, 16 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Unilever Foundry dan Padang & Co hari ini melancarkan LEVEL3, ruang untuk bekerja bersama yang meluaskan sempadan kolaborasi dan inovasi korporat. Menakrifkan semula konsep tradisional ruang kerja, LEVEL3 menghimpunkan Unilever, syarikat-syarikat baharu dan para usahawan bagi menggalakkan usaha inovasi dan menjalin kerjasama baharu yang dapat membawakan impak perniagaan sebenar dan juga bermakna.

"LEVEL3 bermula daripada misi kami untuk menjadikan kehidupan lestari suatu kebiasaan. Ia menawarkan perniagaan kami dengan hubungan terus menerusi teknologi disruptif dan pencetus perubahan demi mencorakkan cara kami bekerja – yang akhirnya memberi kesan terhadap kehidupan orang ramai," kata Pier Luigi Sigismondi, Presiden, Asia Tenggara dan Australasia. "LEVEL3 ialah batu loncatan untuk syarikat-syarikat baharu berkembang dan membangunkan perniagaan yang membuahkan kejayaan."

Dibangunkan di dalam ibu pejabat serantau Unilever di Singapura, ruang kerja seluas 22,000 kaki persegi memberi jarak yang berdekatan dengan jenama-jenama dan fungsi-fungsi Unilever, serta akses terhadap program-program sedia ada Unilever Foundry. Setakat ini, 15 syarikat baharu dari dalam dan luar negara telahpun mengukuhkan kedudukan masing-masing di LEVEL3, termasuk Adludio, ConnectedLife, Datacraft, EcoHub, GetCRAFT, Next Billion, Olapic, Snapcart, TaskSpotting dan Try and Review.

"Penubuhan LEVEL3 di Singapura – yang pertama di dunia untuk Unilever – ialah bukti kukuh terhadap kerancakan perkembangan ekosistem syarikat baharu Singapura," kata Dr Beh Swan Gin, Pengerusi, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura. "LEVEL3 menonjolkan model inovasi korporat baharu yang selari dengan usaha EDB untuk menggalakkan kolaborasi antara syarikat-syarikat multinasional dan perusahaan-perusahaan lain seperti syarikat-syarikat baharu."

Model kolaborasi baharu

LEVEL3 adalah lebih daripada sekadar ruang kerja bersama: Ia merupakan satu komuniti inovasi kolaboratif. Syarikat-syarikat baharu berpeluang berinteraksi dan bekerjasama dengan Unilever dan rakan-rakan ekosistem lain untuk menangani cabaran perniagaan bermula dengan pemasaran hingga kepada kewangan, logistik, rantaian bekalan dan pembangunan pelanggan.

Bagi Unilever, LEVEL3 menawarkan titik hubungan unik kepada para penginovasi dan seluruh komuniti syarikat baharu bagi mewujudkan pernyataan masalah kehidupan sebenar, dan akhirnya menjadi pemangkin inovasi yang didorong permintaan.

"Ditubuhkan menerusi misi Unilever Foundry sendiri untuk berkolaborasi, bereksperimen dan menjadi pelopor demi masa depan yang lestari, LEVEL3 ialah manifestasi fizikal etos ini," kata Jonathan Hammond, Ketua Unilever Foundry.

Di LEVEL3, terdapat peluang-peluang pembelajaran dan perangkaian, seperti sembang tepi, sesi perkongsian, program bimbingan dan akses kepada latihan dan sumber yang ditawarkan oleh rakan-rakan teknologi.

"Kami membayangkan LEVEL3 sebagai satu ruang kerja bertenaga yang menawarkan peluang-peluang global untuk para usahawan. Kami bersemangat untuk menghubungkan ahli-ahli dalam ekosistem syarikat baharu untuk mencetuskan kolaborasi dan inovasi," ulas Derrick Chiang, Ketua Pegawai Eksekutif, Padang & Co. 

LEVEL3 menumpu pada segmen-segmen berikut: Teknologi Pemasaran & Teknologi Pengiklanan, Teknologi Perusahaan, Produk & Bahan, Inovasi Model Perniagaan Baharu dan Impak Sosial.

Untuk maklumat lanjut tentang LEVEL3, sila rujuk: L3.work

Untuk melihat imej majlis pelancaran, sila rujuk: https://edelmanftp.boxcn.net/s/dsozpbvnm8t9rggm8jyh4si0al4gv4yk

LATAR BELAKANG LEVEL3

LEVEL3 ialah satu ruang kerja, ciptaan Unilever Foundry dan Padang & Co, yang menghimpunkan Unilever, syarikat-syarikat baharu dan para usahawan bagi menggalakkan usaha inovasi dan menjalin kerjasama baharu yang dapat membawakan impak perniagaan sebenar. Dilancarkan pada 14 Februari 2017, LEVEL3 ditempatkan di dalam ibu pejabat serantau Unilever di Asia – Singapura. Syarikat-syarikat baharu akan mendapat akses terhadap program-program sedia ada Unilever Foundry, dan peluang untuk menyelesaikan masalah perniagaan tertentu yang dihadapi oleh pasukan Unilever. LEVEL3 menawarkan jaringan usahawan yang akan berkongsi kepakaran industri mereka menerusi sembang tepi, acara dan bimbingan.

LATAR BELAKANG UNILEVER FOUNDRY 

Unilever Foundry menyediakan titik kemasukan tunggal untuk syarikat-syarikat baharu inovatif yang ingin bekerjasama dengan Unilever, membolehkan jenama-jenama bertaraf global daripada syarikat mencuba dan merintis teknologi baharu dengan lebih cekap, berkesan dan pantas. Ia menyediakan peluang kepada syarikat-syarikat baharu dan para usahawan untuk membangunkan dan mengusahakan projek-projek global, mendapat bimbingan daripada golongan profesional pemasaran, dan memanfaatkan pembiayaan menerusi Unilever Ventures. Syarikat-syarikat baharu diundang untuk membuat permohonan untuk menjadi sebahagian daripada Unilever Foundry dengan melayari http://foundry.unilever.com/projects/. Butiran lanjut tentang Pelan Kehidupan Lestari Unilever boleh didapati di sini: http://www.unilever.com/sustainable-living-2014/.

Unilever Foundry (Unilever.com/foundry) bekerjasama rapat dengan Unilever Ventures, cabang modal teroka Unilever. Unilever Ventures melabur dalam syarikat-syarikat peringkat awal yang dapat menjadi relevan secara strategik kepada Unilever dan mampu memperoleh manfaat menerusi akses terhadap aset dan keupayaan Unilever. Salah satu bidang pelaburan utama untuk Unilever Ventures ialah Pemasaran Digital, merangkumi perniagaan perkhidmatan pemasaran dengan tumpuan terhadap pemasaran mudah alih, media dan video digital, media sosial, penciptaan kandungan, eDagang, pemasaran pembeli dan juga data besar. Portfolio Unilever Ventures boleh dilihat di sini.

LATAR BELAKANG PADANG & CO 

Padang & Co ialah pemangkin inovasi untuk agensi-agensi korporat dan kerajaan, yang membantu syarikat-syarikat baharu dan syarikat-syarikat korporat seperti Unilever berhubung dan mencipta peluang-peluang baharu untuk inovasi.

Padang & Co merupakan pembangun LEVEL3 dan akan mencipta program-program serta mengurus ruang kerja tersebut. Kami percaya LEVEL3 ialah satu peluang unik untuk mencetus inovasi dan akhirnya menjana aktiviti perniagaan untuk semua.

LAMPIRAN A

Adludio:

"Adludio bekerjasama dengan Unilever secara meluas di Eropah, menggunakan teknologi pengiklanan deria proprietari kami. Kehadiran kami di sini pada hari ini menandakan permulaan baharu untuk perkongsian kami. Kami percaya LEVEL3 ialah ruang kerja sempurna untuk Adludio tatkala kami mengusahakan perluasan dan pembangunan perniagaan pengiklanan deria kami di seluruh Asia Tenggara." - Paul Coggins, Ketua Pegawai Eksekutif di Adludio

EcoHub:

"Nilai dan aspirasi Unilever untuk pertumbuhan terangkum dan pewujudan masa depan yang lestari bertepatan dengan misi kami. Kami percaya segala yang kami lakukan dapat memberi impak positif terhadap rantaian bekalan dan ekosistem Unilever, seterusnya mencapai audiens yang lebih luas. Kami melihat LEVEL3 lebih daripada sekadar satu ruang kerja. Ia merupakan sebuah platform untuk kami membangunkan dan mengukuhkan hubungan kami bersama individu-individu sehaluan." - KK Han, Rakan Kongsi, EcoHub

GetCRAFT:

"Saya berpendapat ia merupakan satu kemudahan yang menyenangkan kerana apabila kami berkembang pantas ke seluruh Asia Tenggara, kami turut diberi peluang untuk bekerjasama dengan Unilever dalam pasaran-pasaran seperti Indonesia dan Filipina. Dengan itu, penyertaan kami dalam LEVEL3 menjadi langkah logik seterusnya buat kami memandangkan ia membolehkan kami bersama-sama menginovasi dengan erat dalam jarak yang berdekatan dengan ibu pejabat serantau mereka, yang mengukuhkan kerjasama kami." - Patrick Searle, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, GetCRAFT

Next Billion:

"LEVEL3 menawarkan kami dengan peluang unik untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem yang dinamik dan meninjau peluang kolaborasi berpotensi dengan Unilever dan rakan-rakan komplementari. Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan jenama-jenama bertaraf global dan syarikat-syarikat baharu yang berkongsi komitmen kami untuk mencetuskan impak komersial dan sosial yang lestari di seluruh rantau ini." - Oliver Gilbert, Pengarah Urusan, Next Billion

Olapic:

"Olapic amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada LEVEL3 di Singapura dan percaya penyertaan kami memberi kami sebuah platform untuk terus mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan kami di Asia. Sebagai syarikat yang mengambil bahagian dalam Unilever Foundry dan pelaburan Unilever Ventures seterusnya dalam Olapic, kami menjadi sebuah syarikat bertaraf global yang bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka di Asia, membantu mereka meningkatkan keterlibatan pengguna menerusi kandungan yang dihasilkan pengguna." - Jose de Cabo, Pengasas Bersama, Olapic

Snapcart:

"LEVEL3 menyediakan ekosistem yang sesuai untuk syarikat-syarikat baharu seperti Snapcart, yang mana kami bukan sahaja mampu berhubung dengan para usahawan lain, tetapi juga dengan syarikat-syarikat korporat besar seperti Unilever. Kami berasa amat berbesar hati dapat menjadi antara syarikat terawal menubuhkan pejabat Singapura kami di LEVEL3. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Unilever Foundry dan Padang & Co sewaktu kami berkembang ke seluruh rantau ini." - Reynazran Royono, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Snapcart

TaskSpotting:

"Selaku ahli Unilever Foundry, ia merupakan keputusan yang logik buat kami untuk menubuhkan hab kami sehampir mungkin dengan ibu pejabat Unilever. Bahagian penting dalam fasa pertumbuhan kami yang seterusnya adalah untuk benar-benar memberi tumpuan terhadap rantau ini dan kami berharap pusat kami di LEVEL3 akan menjadi batu loncatan ke Asia Pasifik secara keseluruhannya. Kami benar-benar teruja untuk melihat komuniti berkembang menerusi LEVEL3. Ia dilihat akan menjadi tempat tumpuan para usahawan dan akan menjadi peluang yang hebat untuk berkolaborasi antara satu sama lain." - Karim Aly, Ketua Pegawai Eksekutif, TaskSpotting

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170214/8521700839LOGO

Source:
Unilever
Padang & Co
Keywords: Commercial Real Estate Computer/Electronics Internet Technology Corporate Expansion New products/services