omniture

Norican Umum Pemerolehan Light Metal Casting Solutions Group

Norican Group
2017-02-22 22:33 593

TAASTRUP, Denmark, 22 Februari 2017 /PRNewswire/ --

Norican Global A/S ("Norican"), syarikat penambahbaikan komponen-komponen logam yang terkemuka di dunia (menurut pemilikan kedua-dua DISA dan Wheelabrator Group) dengan sukacitanya mengumumkan syarikat telah memeterai perjanjian pengikatan dengan Auctus Fund III GmbH & Co. KG, dan rakan-rakan pelaburnya (dirujuk bersama sebagai "Auctus") untuk membeli 100% sahama mereka dalam Light Metal Casting Solutions Group ("LMCS").

"Dua tahun lalu, kami telah memeterai satu perjanjian kerjasama strategik dengan Altor, sebuah firma ekuiti persendirian utama Scandinavia, bagi meninjau cara untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan kami," kata Robert E. Joyce Jr., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Hari ini, kami amat berbangga mengumumkan langkah umum pertama dalam perjalanan ini. Menerusi pemerolehan LMCS, dan portfolio produk bertaraf dunia mereka yang merangkumi produk-produk pembentukan komponen-komponen aluminium yang diwakili oleh StrikoWestofen, ItalPresse dan Gauss, kami meluaskan dengan ketara nilai yang dapat kami berikan kepada pelanggan global kami. Kami mengalu-alukan penyertaan para eksekutif LMCS bertaraf profesional dan berpengalaman ke dalam pasukan Norican, dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka dalam usaha membawakan gabungan nilai ini ke pasaran."

"Pelaburan asal kami dalam Norican sebahagian besarnya didorong oleh kualiti pasukan dan tawaran teknologi utama daripada Norican. Demikian juga, teknologi LMCS yang terunggul dan kualiti seluruh pasukan LMCS menjadikannya padanan sempurna untuk Norican. Kami berharap dapat memberi sokongan kepada gabungan entiti ini menuju perjalanannya pada masa depan," ulas Søren Johansen, Rakan Kongsi di Altor Equity Partners.

En. Joyce menyimpulkan: "Pesanan kami untuk pelanggan kami kekal sama: Kami terus melabur dalam kejayaan berterusan anda dengan membawakan anda penyelesaian teknikal terbaik dan paling inovatif di dunia. Penambahan StrikoWestofen, ItalPresse dan Gauss ke dalam portfolio sedia ada DISA dan Wheelabrator dapat meningkatkan lagi keupayaan kami dalam usaha menyediakan perkhidmatan kepada anda walau apapun cabaran pembentukan komponen-komponen yang anda hadapi, di mana-mana juga anda alami."

Latar Belakang Norican Group: http://www.noricangroup.com

Norican Group ialah penyedia utama dunia bagi pembentukan komponen-komponen (acuan mendatar, plat padanan (matchplate) & menegak) serta teknologi-teknologi persediaan permukaan (bagas udara, bagas roda (wheelblast) dan kemasan kelompok). Platform teknologi berjenama terasnya ialah DISA dan Wheelabrator.

Latar Belakang LMCS Group 

Light Metal Casting Solutions Group (LMCS) ialah sebuah kumpulan yang terdiri daripada pengeluar kelengkapan modal dan penyedia perkhidmatan terkemuka untuk industri penuangan logam ringan, yang memproses aloi Aluminium, Magnesium dan Zink. Platform teknologi global berjenama terasnya ialah StrikoWestofen, ItalPresse, dan Gauss.

Latar Belakang Altor 

Sejak ditubuhkan, keluarga dana Altor telah mengumpul dana berjumlah hampir EUR 5.8 bilion. Dana tersebut dilabur melebihi EUR 3.1 bilion dalam lebih 40 syarikat. Pelaburan turut dibuat dalam syarikat-syarikat Nordik bersaiz sederhana dengan tujuan untuk mewujudkan nilai melalui inisiatif pertumbuhan dan penambahbaikan operasi.

Sumber: Norican Group

Source: Norican Group
Keywords: Banking/Financial Service Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Publishing/Information Service Contracts Joint ventures