omniture

Parallel Wireless Perluas Tawaran Suara dalam Penyelesaian vRAN

Parallel Wireless
2017-02-23 22:00 513

Kolaborasi dengan NetNumber Bawakan Keupayaan VoLTE 

NASHUA, New Hampshire, 24 Februari, 2017 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., perintis yang menjadikan pelaksanaan rangkaian selular mudah dan menjimatkan seperti Wi-Fi, hari ini mengumumkan satu perkongsian strategik dengan NetNumber, Inc., peneraju bagi platform Kawalan Isyarat dan Penghalaan Berpusat untuk pasaran Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) global.  Gabungan penyelesaian ini memudahkan seni bina IMS yang rumit, mengurangkan kos pelaksanaan VoLTE dan tempoh pembangunan produk selain membolehkan pengendali mudah alih menyediakan perkhidmatan suara berkualiti kepada rangkaian dalam pelbagai saiz, persendirian atau awam.

Pemindahan kepada VoLTE adalah rumit dan mencabar dan para pengendali memerlukan seni bina yang anjal dan berkeupayaan demi melaksanakan teras IMA sambil mengekalkan kualiti dan keandalan perkhidmatan. Hal ini memerlukan visi seni bina yang menyokong fungsi suara menggunakan rangkaian sedia ada dan menyediakan laluan tanpa halangan kepada fungsi suara 5G.

Parallel Wireless menyepadukan Pelayan Pelanggan Kediaman (HSS) NetNumber, Fungsi Peraturan Dasar dan Pengecasan (PCFR), HLR (Daftar Lokasi Kediaman), Teras IMS (P/S/ICSCF), dan AAA, yang tersedia sebagai aplikasi virtualisasi dalam platform TITAN NetNumber, kepada penyelesaian vRAN swakonfigurasi dan swaoptimum berbilang teknologi.

TITAN NetNumber ialah infrastruktur virtualisasi sejagat untuk penguatkuasaan dasar penghalaan, kawalan isyarat dan perkhidmatan pangkalan data pelanggan dalam rangkaian. Kini, TITAN NetNumber digunakan dalam lebih 350 pelayan merentasi lima benua. Keupayaan pengurusan data pelanggan yang mantap mampu menyokong lebih 200 bilion transaksi setiap bulan.

Pendekatan virtualisasi bersepadu Parallel Wireless dan NetNumber menyediakan:

  • Penyelesaian rangkaian virtualisasi lengkap, termasuk semua pilihan suara bermula daripada Jatuh Balik Suis Litar (CSFB), Suara melalui LTE (VoLTE), Suara melalui Wi-Fi (VoWiFi,), Tekan untuk Cakap (PPT) kepada suara 'Over the Top' (OTT) dengan QoS terunggul didayakan oleh kawalan sesi dan keutamaan trafik suara melalui Get Laluan HetNet Parallel Wireless (HNG).
  • Kesesuaian piawaian 3GPP dan kesinambungan perkhidmatan dalam IMS, Wi-Fi, dan domain litar didayakan oleh fungsi get laluan ePDG/TWG dan LTE/3G terhadap HNG. Ini membolehkan pengendali melaksanakan sambungan bebas akses dan mobiliti lancar untuk pelbagai teknologi, seperti 3G, 4G, Wi-Fi, dan 5G pada masa depan. Menerusi prestasi dioptimumkan kos yang terunggul dan pertukaran lancar antara teknologi berlesen dan tidak berlesen, ia memberikan pengalaman berkualiti yang diharapkan oleh pengguna mudah alih.
  • Perkhidmatan dasar yang membantu mengurus isyarat dan impak satah kawalan gelombang pasang surut trafik Internet mudah alih terhadap rangkaian CSP.
  • Pengesahan pengguna masa sebenar dengan kebolehan mengurus dan mengenakan caj perkhidmatan.
  • Sokongan perkhidmatan pengawalseliaan dalam domain IMS.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian virtualisasi inovatif ini, sila kunjungi reruai NetNumber#7F80 di MWC 2017, Barcelona, Sepanyol mulai 27 Februari 2017 – 2 Mac 2017 atau reruai Parallel Wireless #1572 di IWCE, Las Vegas 27 Mac – 31 Mac.

Kata-kata sokongan

Steve Legge, naib presiden Pembangunan Korporat dan Pengurusan Produk, NetNumber berkata, "Penyepaduan fungsi-fungsi IMS utama ke dalam elemen-elemen rangkaian virtualisasi sedia ada daripada vRAN inovatif Parallel Wireless sebagai satu perisian ialah satu pendekatan yang munasabah. Matlamat kolaborasi kami adalah untuk membolehkan penyedia perkhidmatan tanpa wayar melaksanakan perkhidmatan VoLTE pada masa kini, sambil mempersiapkan rangkaian mudah alih terhadap 5G dan dengan kos yang lebih rendah berbanding penyelesaian IMS terdahulu. CSP mampu menggunakannya dengan cara yang lebih fokus dengan bantuan perkhidmatan tertentu, seperti VoLTE dan diperluas mengikut kadar peningkatan permintaan."

Rajesh Mishra, pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi, Parallel Wireless berkata, "Matlamat kami adalah untuk terus beralih kepada RAN virtualisasi (vRAN) untuk digunakan oleh CSP melalui cara yang menjimatkan, ringkas dan mudah dengan menganalisis kos dan halangan rumit yang dikenakan oleh infrastruktur legasi. Kolaborasi strategik dengan NetNumber berhubung seni bina IMS maya ini memberikan penjimatan TCO dan penyederhanaan pengendalian sambil diperluas demi memenuhi keperluan yang diberikan oleh 4G, 5G dan IoT."

Latar Belakang Parallel Wireless

Parallel Wireless membawa konsep baharu ke dalam pasaran infrastruktur tanpa wayar, bagi membolehkan syarikat-syarikat telekomunikasi menggunakan sebarang rangkaian selular G dengan mudah dan menjimatkan seperti Wi-Fi perusahaan, sama ada untuk kawasan luar bandar, syarikat perusahaan, keselamatan awam, M2M, Bandar Pintar, mahupun bandar yang padat penduduknya. Kini, syarikat ini berada dalam peringkat pelaksanaan pengeluaran atau dalam proses percubaan dengan pengendali terkemuka yang utama di enam benua. Hasil inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam RAN virtualisasi (vRAN) teknologi berbilang diiktiraf menerusi penerimaan 27 anugerah industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.parallelwireless.com

Latar Belakang NetNumber

NetNumber, Inc. membawakan pengalaman selama 16 tahun dalam menyediakan penyelesaian kawalan isyarat inovatif yang membolehkan syarikat-syarikat telekomunikasi mempercepatkan usaha pelaksanaan perkhidmatan baharu merentasi berbilang generasi rangkaian, sambil memudahkan rangkaian teras secara mendadak dan mengurangkan kos pengendalian. Kini, kami merupakan penyedia utama bagi penyelesaian Kawalan Isyarat dan Penghalaan Berpusat (CSRC) untuk industri komunikasi global. Layari www.netnumber.com untuk maklumat lanjut. Berhubung dengan kami melalui Twitter, LinkedIn, Google+ dan Facebook.

Source: Parallel Wireless
Keywords: Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications New products/services Trade show news