omniture

Pameran Cenderamata & Kediaman Terbesar China Dilancar April 2017

Reed Huabo Exhibitions
2017-02-24 23:00 656

SHENZHEN, China, 24 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Antarabangsa Cendramata, Kraftangan, Jam Tangan & Peralatan Kediaman China (Shenzhen) ke-25 dirancang berlangsung dari 25-28 April 2017 di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Pameran perdagangan cenderamata terkemuka China dengan 5,000 gerai pameran di tapak pameran, anda boleh dapatkan sumber sekitar 500,000 jenis produk kreatif dan berkualiti tinggi terus daripada pembekal utama pada harga yang kompetitif. Acara ini dianjurkan oleh Reed Huabo Exhibitions.

Acara Terbesar Penyumberan Cenderamata di tanah besar China

Komuniti cenderamata domestik  dan para profesional  industri berkumpul di platform penyumberan unik ini untuk menyentuh, mengalami, merasai, membandingkan dan membeli terus daripada pelbagai rangkaian produk cenderamata, untuk perniagaan, korporat, promosi, reka bentuk asal, peribadi atau cenderamata bermusim. Dianggarkan lebih daripada 20 kategori pameran akan dipamerkan di seluruh kawasan pameran seluas 110,000mps di 9 dewan.

Bersemuka untuk  menjalin hubungan sebenar dengan 2,500 peserta pameran yang berbangga dengan keberupayaan pengeluaran dan mempamerkan trend baharu, inovasi, dan pelbagai produk khusus untuk perniagaan anda dan mengumpul risikan kompetitif untuk memacu perniagaan anda ke arah kejayaan.

Sorotan Pameran

  • Maker Gallery Pavilion untuk membantu pembeli mengenal pasti dengan serta merta  produk kreatif lagi unik. Pelbagai produk pintar yang inovatif dengan reka bentuk hebat dan berprestasi tinggi akan dipamerkan di acara ini.
  • 40% daripada pengeluar tempatan mempunyai keupayaan yang kukuh dalam pengeluaran OEM dan ODM, dan tempahan khusus produk.
  • Lebih 20 persatuan cenderamata dan perniagaan dari tanah besar China akan mempersembahkan produk tempatan istimewa mereka di lokasi.
  • 5 kategori produk elektronik terkini - Elektronik Konsumer, Elektronik Mudah Alih, Peralatan Kediaman, Digital 3C dan Kehidupan Pintar- akan dipersembahkan di pameran tersebut.

Perkhidmatan nilai tambah akan disediakan untuk memaksimumkan kecekapan penyertaan anda dalam acara perdagangan ini dan untuk memenuhi semua keperluan anda di bawah satu bumbung

Pembeli akan menikmati rangkaian lengkap perkhidmatan yang akan membawa lebih banyak peluang-peluang perdagangan dan sumber industri.

  • Perkhidmatan penterjemahan percuma di tapak untuk 1 jam bagi pembeli pra-daftar dari luar negara.
  • Perkhidmatan pemadanan profesional untuk  membantu pembeli mendapatkan produk dan pembekal yang bersesuaian.

Latar Belakang Reed Huabo

Reed Huabo, syarikat pameran yang paling berpengaruh di China, merupakan ahli syarikat kepada Reed Exhibitions - penganjur acara terulung di dunia, yang berpangkalan di UK. Ia komited untuk menerajui pembangunan industri ini dan terus mewujudkan nilai untuk pelanggan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut dan tiket percuma, lawati kami di: www.chinagiftsfair.com

Hubungan Media:

Tracy Liu
+85-755-3398-9311
tracy.liu@reedhuabo.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news