omniture

EyeLock Demonstrasi Keupayaan Biometrik Iris Selamat pada Platform Mudah Alih Qualcomm Snapdragon 835 sempena Kongres Dunia Mudah Alih 2017

EyeLock
2017-02-26 02:22 481

BARCELONA, Sepanyol, 25 Februari 2017 /PRNewswire/ -- EyeLock LLC, peneraju bagi penyelesaian pengesahan identiti berdasarkan iris, akan mempersembahkan penyelesaian biometrik iris elitnya pada platform mudah alih Qualcomm® Snapdragon™ 835 terkini dengan X16 LTE di Kongres Dunia Mudah Alih 2017 (27 Februari – 2 Mac 2017) di Reruai Qualcomm, Dewan 3, Gerai Pameran 3E10.

Pemproses Snapdragon 835 mengandungi platform keselamatan Qualcomm Haven™—kombinasi antara teknologi perkakasan, perisian dan biometrik yang dapat membantu menyediakan ciri-ciri keselamatan tambahan untuk kemudahan perbankan dan pembayaran dalam talian. Ia juga mengandungi pengesahan pengguna berasaskan perkakasan, pembuktian peranti dan keselamatan peranti untuk use case seperti pembayaran mudah alih, akses perusahaan dan perlindungan data peribadi.

Selain pengenalpastian cap jari yang selamat, pemproses Snapdragon 835 direka untuk memberikan pengguna dengan tahap keselamatan tambahan dan kemudahan menggunakan Kamera Selamat—penyelesaian biometrik berasaskan kamera untuk pengecaman iris dan wajah, dicipta bagi membantu meningkatkan keselamatan peranti.

"Menjelang tahun 2018, kebanyakan telefon pintar baharu yang diperkenalkan di dunia akan menyertakan elemen biometrik. Ciri Kamera Selamat Qualcomm 835 Haven menyediakan tahap keselamatan tambahan untuk maklumat anda yang paling peribadi – templat iris biometrik anda, kunci kepada semua data anda, dengan perkakasan dan perisian khusus," kata Sy Choudhury, pengarah kanan pengurusan produk, Qualcomm Technologies, Inc. "Di samping itu, kami percaya pelaksanaan kamera keselamatan Snapdragon 835 dapat menyediakan asas kukuh untuk penyelesaian EyeLock."

Semakin banyak pengeluar telefon pintar menggunakan ciri pengecaman iris sebagai rujukan utama dalam kalangan penyelesaian biometrik disebabkan kepadatan maklumatnya yang beraneka. Teknologi pengesahan iris proprietari EyeLock meneliti lebih 240 ciri-ciri iris yang unik pada setiap mata dan memberikan pengalaman yang pantas serta mesra pengguna dengan jarak penderiaan semula jadi kira-kira 60 cm. Keupayaan prestasi algoritma bagi kelajuan dan ketepatan telah diuji dan disahkan oleh Novetta, peneraju bagi teknologi analisis termaju dan ujian biometrik bebas, yang didapati tidak dapat ditandingi dalam pasaran dengan kadar penerimaan palsu 1 dalam 1.5 juta bagi satu pengesahan mata dan kadar penolakan palsu adalah kurang daripada 1%.

"EyeLock dan Qualcomm Technologies berganding bahu untuk mencapai tahap pencapaian cemerlang bagi keselamatan peranti dan kebolehgunaan biometrik untuk telefon pintar dan segmen keseluruhan IoT," kata Jeff Carter, Ketua Pegawai Teknologi EyeLock. "Peranti yang akan kami demonstrasikan di Kongres Dunia Mudah Alih menampilkan pengecaman iris yang pantas pada jarak ukuran panjang lengan yang selesa. Memanfaatkan antara muka Kamera Selamat Qualcomm Haven dengan pemprosesan dan penyulitan khusus untuk mengesahkan, menyimpan dan melaksanakan pemadanan templat matematik untuk biometrik iris anda, kini kami mampu menawarkan salah satu teknik keselamatan paling maju yang terdapat di pasaran."

Kunjungi Qualcomm dan EyeLock di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona mulai 27 Februari – 2 Mac di Reruai Qualcomm, Dewan 3, Gerai Pameran 3E10

Latar Belakang EyeLock
EyeLock LLC, subsidiari milik majoriti Voxx International Corporation (NASDAQ: VOXX), ialah peneraju diperakui bagi pengesahan iris termaju untuk Internet Komunikasi Benda (IoT), menyediakan tahap keselamatan tertinggi menerusi teknologi EyeLock ID™. Pengesahan iris adalah amat selamat memandangkan tiada dua iris yang sama dan iris ialah pengenal pasti manusia yang paling tepat selain DNA. Portfolio IP penting syarikat, termasuk lebih 95 paten dan paten menunggu, serta teknologi proprietari membolehkan pengesahan yang mudah dan selamat dibuat terhadap individu dalam persekitaran fizikal dan logik. Penyelesaian EyeLock disepadukan dan dibenamkan ke dalam produk serta platform pengguna dan perusahaan, tanpa memerlukan PIN mahupun kata laluan. Syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 turut mengiktiraf tahap keselamatan yang disediakan oleh EyeLock sebahagiannya disebabkan oleh kadar penerimaan palsu yang rendah, kemudahan penggunaan, dan kebolehskalaan. Sebagai ahli penaja FIDO (Fast IDentity Online) Alliance, sebuah pertubuhan bukan untung yang dikhususkan untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan lebih terjamin kepada pengguna, EyeLock berdedikasi untuk memajukan ciri privasi digital dan keselamatan generasi seterusnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.eyelock.com.

Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagang Qualcomm Incorporated, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Qualcomm Haven ialah tanda dagang Qualcomm Incorporated.

Qualcomm Snapdragon dan Qualcomm Haven ialah produk-produk Qualcomm Technologies, Inc.

Hubungan EyeLock:
Anthony Antolino, Ketua Pegawai Pemasaran, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan
No. Telefon:  1-917-301-6295
Emel:  aantolino@eyelock.com

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/472026/EyeLock_Logo.jpg

 

Source: EyeLock
Related Stocks:
NASDAQ:VOXX
Related Links:
Keywords: Biometrics Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Trade show news