omniture

Jelas Berbeza. Pastinya BlackBerry. TCL Communication Lancar BlackBerry(R) KEYone Serba Baharu kepada Dunia di MWC 2017

TCL Communication Technology Holdings Limited
2017-02-27 08:41 678

BARCELONA, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, TCL Communication, pengeluar telefon pintar bertaraf global yang terkemuka, memperkenalkan telefon pintar BlackBerry baharu kepada dunia -- BlackBerry KEYone. Pelancaran ini menonjolkan telefon pintar BlackBerry pertama yang dikeluarkan oleh TCL Communication menurut perjanjian pelesenan jenama baharu yang ditandatangani pada Disember 2016 bersama BlackBerry Limited. Menawarkan pengguna dengan kesemua ciri hebat telefon pintar yang anda harapkan – seperti kamera, paparan dan reka bentuk yang hebat – menerusi pengalaman yang jelas berbeza, KEYone menggandingkan perisian dan ciri keselamatan BlackBerry Limited terbaik dengan komitmen TCL Communication untuk membawakan telefon pintar yang berkualiti tinggi serta andal kepada pelanggan di seluruh dunia. BlackBerry KEYone akan tersedia di serata dunia[i] bermula pada April dan dijual dengan harga atau kurang daripada 599 EUR/ 499 GBP/ 549 USD.

BlackBerry KEYone
BlackBerry KEYone

 

"Direka begitu menarik agar jelas berbeza, BlackBerry KEYone menafsir semula cara kita berkomunikasi dengan menawarkan produktiviti tiada tandingan dan pengalaman telefon pintar Android paling selamat di dunia," kata Nicolas Zibell, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Communication. "Kami berasa rendah hati kerana dapat dapat memainkan peranan yang begitu penting untuk masa depan telefon pintar BlackBerry, yang amat ikonik dalam industri kami, dan kami tidak sabar-sabar untuk membuktikan kepada komuniti BlackBerry bahawa keterujaan mereka terhadap telefon pintar BlackBerry baharu ini adalah sesuatu yang juga boleh dibanggakan."

"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada TCL Communications atas pelancaran KEYone," kata Alex Thurber, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Penyelesaian Mobiliti untuk BlackBerry. "Kami bekerjasama erat dengan TCL untuk menyediakan tahap keselamatan dan pengalaman Blackberry kepada setiap lapisan KEYone, agar elemen utama Blackberry terus kekal. Kami berasa amat teruja dapat membantu membawakannya ke pasaran dan memperkenalkannya kepada para peminat Blackberry."

JELAS BERBEZA

Disisip ke dalam bingkai aluminium beranod dan bahagian belakang bertekstur sentuhan lembut, telefon pintar BlackBerry baharu ini dibangunkan bagi menawarkan ciri ketahanan terbaik, sambil terus mengekalkan ciri yang ringkas apabila dipandang. Menampilkan paparan 4.5-inci (resolusi 1620x1080 / nisbah aspek 434 PPI 3:2) dengan Corning® Gorilla® Glass 4 yang menawarkan impak lebih hebat dan sifat kalis calar, KEYone menggabungkan paparan sentuhan dengan papan kekunci fizikal bagi memberikan pengguna lebih banyak ruang yang boleh digunakan untuk menaip berbanding telefon pintar sentuhan penuh 5.5-inci biasa.

Dengan BlackBerry KEYone, anda boleh melupakan segala yang anda tahu tentang papan kekunci. Papan Kekunci Pintar peranti tersebut bertindak balas terhadap gerak isyarat sentuhan menyerupai warisan pad jejak BlackBerry, menjadikan pelayaran web, membaca emel dan menulis pesanan dengan penaipan kuis suatu pengalaman yang lebih lancar dan intuitif. Papan Kekunci Pintar ini juga boleh diprogram dengan mudah untuk melancarkan sehingga 52 pintasan boleh disesuaikan, seperti menekan "I" untuk peti masuk anda atau "M" untuk mengakses peta; memberikan ciri kemudahan penggunaan yang lebih hebat. Selain itu, KEYone ialah telefon pintar pertama yang menyediakan ciri keselamatan sensor cap jari yang dibina terus pada bar ruang papan kekunci, demi menyediakan fungsi dan keselamatan tambahan.

PASTINYA BLACKBERRY

Selain reka bentuk ikonik BlackBerry yang telah dipilih susun untuk pengguna moden, BlackBerry KEYone didatangkan dengan beberapa ciri dan peningkatan keselamatan, menjadikan telefon pintar ini sudah semestinya BlackBerry. Luar biasa sekali, peranti ini beroperasi dengan Android 7.1 – memberikan pengguna akses kepada seluruh kedai dan aplikasi Google Play – dan akan menerima kemas kini tampung keselamatan Google. Ia turut dimuatkan dengan BlackBerry Hub®, membawakan kesemua mesej anda ke dalam satu ruang yang disatukan; termasuk emel, teks dan mesej daripada mana-mana akaun media sosial. Satu lagi kelebihan BlackBerry Hub ialah kebolehan mengurus beberapa akaun emel tanpa perlu beralih antara aplikasi, dengan ciri sokongan untuk akaun Gmail, Yahoo Mail, Outlook, Microsoft Exchange, serta banyak lagi penyedia emel IMAP dan POP3 yang lain.

Apa yang benar-benar membezakan telefon pintar BlackBerry berbanding mana-mana peranti Android yang lain ialah ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, dibina dalam setiap peranti sedari awal. Bermula dengan sistem operasi yang mantap kepada teknik proprietari BlackBerry Limited untuk menyediakan set fungsi perkakasan dengan menambah kunci keselamatan kepada pemproses, BlackBerry KEYone sengaja direka untuk menawarkan pengalaman telefon pintar Android yang paling selamat sebaik mungkin. Peranti ini dipasang siap dengan DTEK™ oleh BlackBerry, menawarkan pengawasan dan perlindungan keselamatan yang berterusan kepada sistem operasi dan aplikasi anda dengan memaklumkan kepada anda apabila privasi anda mungkin terdedah kepada risiko dan bagaimana untuk anda bertindak bagi membetulkannya. Imbasan sepintas lalu membolehkan anda melihat tahap keselamatan keseluruhan peranti anda dan memberikan akses ringkas bagi membolehkan anda menambah baik status keselamatan anda dengan mudah. Aplikasi keselamatan BlackBerry ini memantau aplikasi anda yang lain, memberi amaran kepada anda sekiranya seseorang mengakses kamera anda untuk mengambil gambar atau video, menghidupkan mikrofon anda, menghantar pesanan ringkas atau mengakses maklumat kenalan mahupun lokasi anda.

PENGALAMAN BLACKBERRY KEYONE

Selain reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan yang menjadikan BlackBerry KEYone begitu berbeza, ciri-ciri tambahan ini benar-benar mencipta semula komunikasi mudah alih untuk pengguna perniagaan dan perusahaan. Elemen teras telefon pintar BlackBerry baharu ini ialah platform mudah alih Qualcomm® Snapdragon™ 625 dengan Qualcomm® Adreno™ 506 GPU. Ini bermakna pengguna BlackBerry KEYone akan dapat menikmati hayat bateri yang panjang hasil daripada penggunaan bateri yang lebih cekap dan kelajuan LTE yang pantas untuk perkongsian fail yang amat pantas. Ini termasuk teknologi Qualcomm® Quick Charge™ 3.0, memungkinkan bateri mAh 3505 untuk KEYone – paling besar setakat ini dalam peranti Blackberry, untuk menerima sehingga 50 peratus pengecasan dalam kira-kira 36 minit. Ketika anda tiada masa yang cukup untuk membuat pengecasan pantas, Boost BlackBerry boleh mengecas turbo bateri anda bagi memberikan anda cas paling banyak dalam waktu singkat yang anda ada.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan TCL untuk BlackBerry KEYone," kata Enrico Salvatori, naib presiden kanan dan presiden Qualcomm EMEA. "Platform mudah alih Snapdragon 625 dengan X9 LTE dan Adreno 506 GPU dibangunkan khas untuk pengguna yang menginginkan prestasi dan fungsi ketersambungan terunggul, berserta hayat bateri yang mengagumkan."

Pengalaman BlackBerry KEYone tidak lengkap tanpa kehadiran kamera yang hebat. Inilah sebabnya ia menyediakan kamera belakang 12MP dengan sensor kamera Sony IMX378 yang terkemuka dalam industri. Dengan saiz piksel yang besar (1.55μm) dan Fokus Automatik Mengesan Fasa, detik-detik yang dirakam menggunakan BlackBerry KEYone adalah ultra tajam dan jelas. Sekiranya anda perlu menjawab sidang video di mana-mana sahaja, ia menyediakan kamera hadapan 8MP dengan fokus tetap dan kanta bersudut selebar 84 darjah.

Untuk maklumat lanjut tentang BlackBerry KEYone dan untuk mendaftar bagi mendapatkan maklumat terkini pratempahan, sila layari www.BlackBerryMobile.com.  

Latar Belakang TCL Communication  

TCL Communication Technology Holdings Limited (TCL Communication) mereka bentuk, mengeluarkan dan memasar portfolio yang sedang berkembang bagi produk mudah alih dan internet serta perkhidmatan seluruh dunia menerusi tiga jenama utama – TCL, Alcatel dan BlackBerry. Portfolio produk syarikat kini dijual di lebih 160 negara di seluruh Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. TCL Communication tersenarai sebagai 10 pengeluar telefon pintar global terbaik oleh IDC. Beribu pejabat di Hong Kong, TCL Communication mengendalikan sembilan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di seluruh dunia, menggaji lebih 13,500 kakitangan di serata dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tclcom.com .  

TCL ialah tanda dagangan berdaftar TCL Corporation. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing. Alcatel ialah tanda dagangan Alcatel-Lucent yang digunakan di bawah lesen TCL Communication. 

Tanda dagangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada BLACKBERRY dan EMBLEM Design ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar BlackBerry Limited, digunakan di bawah lesen, dan hak eksklusif tanda dagangan ini jelas terpelihara. Kesemua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing. BlackBerry tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan pihak ketiga. 

Qualcomm, Snapdragon dan Adreno ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Quick Charge ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated. Qualcomm Snapdragon, Qualcomm Adreno dan Qualcomm Quick Charge merupakan produk-produk Qualcomm Technologies, Inc.

Hubungan Media:

Jason Gerdon - Amerika Utara
Emel: jason.gerdon@tctusa.com

Camille Gere - EMEA
Emel: camille.gere@tcl.com

Linna Yi - Hong Kong
Emel: linna.yi@tcl.com

[i]

TCL Communication ialah pengeluar dan pengedar bertaraf global yang eksklusif untuk semua telefon pintar berjenama BlackBerry kecuali untuk negara-negara berikut: India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh dan Indonesia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170224/8521701159 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170224/8521701159LOGO

 

Source: TCL Communication Technology Holdings Limited
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news