omniture

Laporan Tahunan Pasaran Seni Global 2016 Artprice: Alternatif Sebenar untuk Pasaran Kewangan, China di Kedudukan Pertama

Artprice.com
2017-02-27 14:00 734

PARIS, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Laporan Tahunan Pasaran Seni Global kali ke-16 sekali lagi dibuat hasil kerjasama antara Artprice, peneraju dunia bagi maklumat Pasaran Seni, diasaskan dan diketuai oleh  thierry Ehrmann, dan Artron, rakan institusi Cina yang hebat, diketuai oleh Wan Jie. Hasilnya ialah satu-satunya laporan pasaran seni yang benar-benar bersifat global, menyediakan maklumat andal tentang pasaran seni Barat dan Timur.

Kedua-dua entiti ini telah menghimpunkan sumber mereka bagi menganalisis Pasaran Seni global dengan perincian yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Tiada organisasi atau pasukan lain yang kini mampu memproses dan menafsir data besar makroekonomi dan mikroekonomi berkualiti tinggi sedemikian.

Laporan ini mengandungi kedudukan 500 seniman terbaik yang terkenal masa kini oleh Artprice, keputusan 100 terbaik dalam pasaran dan pelbagai analisis terperinci – setiap negara, setiap pasaran, setiap tempoh kreatif dan setiap medium seni – dalam 21 bab. Muat turun secara percuma di Artprice.com

http://zh.artprice.com/artprice-reports/zh-the-art-market-in-2016

  • China kembali menduduki tempat pertama dunia dengan pusing ganti perolehan sebanyak $4.8 bilion dan 91,400 lot dijual
  • AS menduduki tempat kedua dengan $3.5 bilion dan 72,500 lot dijual
  • United Kingdom menduduki tempat ketiga dengan pusing ganti perolehan lelongan global sebanyak 17%
  • Pusing ganti perolehan lelongan global berjumlah $12.45 bilion pada tahun 2016 dengan 675,500 lot dijual
  • Lot dijual di Barat meningkat melebihi 11% (AS +24%, UK +27%)
  • 96% lot yang dijual mendapat bayaran di bawah $50,000 seluruh dunia
  • New York ($3.2 bilion), Beijing ($2.3 bilion), London ($2.1 bilion) dan Hong Kong ($1.15 bilion)
  • Keputusan terbaik tahun ini ialah $81.5 juta bagi La Meule (1891) seniman Perancis Claude Monet
  • Seniman dengan jualan tertinggi di dunia bagi tahun 2016 ialah seniman Cina Zhang Daqian ($355 juta)
  • Jumlah karya seni ditawarkan untuk lelongan seluruh dunia meningkat melebihi 8%

Pemacu pertumbuhan pasaran ialah kemudahan akses kepada maklumat Pasaran Seni, jualan elektronik, pembiayaan sektor kewangan pasaran, populasi pelanggan seni muda sepanjang zaman yang semakin meningkat (daripada 500,000 pada tahun 1950an kepada 70 juta pada tahun 2016) di semua benua.

Terdapat juga peningkatan dalam industri muzium (700 muzium baharu setiap tahun), realiti ekonomi global pada abad ke-21. Lebih banyak muzim dibuka antara tahun 2000 dan 2014 berbanding dua abad terdahulu. Pasaran Seni kini merupakan pasaran yang matang dan cair, menawarkan 10% hingga 15% pulangan tahunan untuk hasil seni yang dibeli melebihi $100,000.

Pada tahun 2016, dalam persaingan pasaran penting antara China dan AS, China muncul semula sebagai kuasa utama pasaran yang mendahului dengan nilai yang tinggi sebanyak $1.3 bilion mengatasi AS.

Demikian juga, lebih 30% daripada para seniman dalam kedudukan 500 Terbaik tahun ini merupakan seniman-seniman Cina (berbanding 15% seniman Amerika).

Dengan kadar bank pusat negatif, Pasaran Seni menunjukkan ia berada dalam situasi yang amat baik menerusi segmen Kontemporarinya yang menunjukkan peningkatan sebanyak 1,490% bagi pusing ganti perolehan tahunan dalam tempoh 17 tahun dan perkembangan linear sebanyak 36% bagi nilai purata untuk karya seni.

Internet kini merupakan satu-satunya cara untuk maju ke hadapan bagi 6,300 Syarikat Lelongan di dunia (97% terhubung) di kesemua benua.

Pasaran Seni ialah pasaran yang cekap, bersejarah dan bersifat global dengan kekukuhannya bertahan dalam krisis ekonomi dan geopolitik tidak dapat disangkalkan lagi.

1987-2017 thierry Ehrmann

Latar Belakang Artprice:  

Artprice tersenarai dalam Eurolist oleh Euronext Paris, SRD long only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Artprice ialah peneraju dunia bagi karya seni dan bank data indeks seni. Ia mempunyai lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan merangkumi lebih 647,000 seniman. Artprice Images(R) menyediakan akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: pustaka dengan 126 bilion imej atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga ke hari ini, berserta ulasan daripada sejarawan seni Artprice.

Artprice kekal memperkayakan data banknya dengan maklumat daripada 6,300 pelelong dan ia menyiarkan aliran berterusan trend pasaran seni untuk agensi-agensi berita utama dunia serta kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Untuk 4,500,000 ahlinya, Artprice memberi akses kepada Pasaran Seragam (Standardised Marketplace) utama dunia kerana membeli dan menjual karya seni.

Ketahui tentang Alchemy dan dunia Artprice http://web.artprice.com/video, yang mempunyai ibu pejabat yang merupakan Muzium Seni Kontemporari yang terkenal, Abode of Chaos http://goo.gl/zJssd

https://vimeo.com/124643720

https://www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999

http://twitter.com/artmarketdotcom

http://twitter.com/artpricedotcom   

https://www.facebook.com/artpricedotcom

https://plus.google.com/+Artpricedotcom/posts

Hubungi: Josette Mey : emel : ir@artprice.com

 

Source: Artprice.com
Related Stocks:
EuronextParis:PRC
Related Links:
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Publishing/Information Service Web Site Survey, Polls & Research