BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2017/PRNewswire/ --
- Platform Automasi Penglibatan Pemasaran Kelas Dunia untuk Bayaran Digital
- Tingkatkan Pertumbuhan Pendapatan Jualan dan Keuntungan
Mahindra Comviva, peneraju global dalam penyediaan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan pelancaran MobiLytix[TM] Penglibatan Pelanggan untuk Bayaran Digital, satu tawaran untuk memacu tahap penglibatan pelanggan yang lebih tinggi dalam ruang bayaran digital. MobiLytix[TM] Penglibatan Pelanggan untuk Bayaran Digital, yang merupakan platform automasi penglibatan pemasaran untuk bayaran digital berkelas dunia, menggiatkan semula kitaran hayat wang mudah alih sedia ada yang membawa kepada pertumbuhan pendapatan jualan dan keuntungan.
MobiLytix[TM] Penglibatan Pelanggan untuk Bayaran Digital mengambil pendekatan berpusatkan data dan analitik untuk menggali peluang baharu di setiap peringkat kitaran hayat wang mudah alih, dengan matlamat untuk memacu tahap yang lebih tinggi bagi penggunaan dan pengekalan, menerusi tawaran dan promosi yang amat mengikut konteks dengan pemahaman yang mendalam tentang tingkah laku dan kemahuan pelanggan. Ia berfungsi untuk meletakkan pemboleh yang sesuai di tempatnya untuk menarik lebih banyak pelanggan dan membina ekosistem mudah alih yang lebih besar dengan menggalakkan lebih banyak penggunaan wang mudah alih, membangunkan tahap penglibatan pelanggan dan juga ejen, mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan dan sekali gus meningkatkan kesetiaan pelanggan.
Amit Sanyal, Ketua Perniagaan, Penyelesaian Nilai Pengguna di Mahindra Comviva berkata, "Meningkatkan penggunaan wang mudah alih kekal sebagai cabaran yang penting, dengan kadar aktif pelanggan global hanya sekadar 32.6%. Kunci untuk mengurangkan jurang antara pendaftaran wang mudah alih dan penggunaan sebenar ialah komunikasi peribadi dan tepat pada masanya untuk mengurangkan kadar nyahpasang dan meningkatkan kadar pengekalan untuk jangka masa panjang. Tawaran baharu kami mendefinisikan perkhidmatan wang mudah alih sebagai satu set pengalaman, melalui mesej tepat pada masanya, berkaitan dan mengikut konteks dan dengan itu mengukuhkan keperluan untuk pendekatan pembangunan yang menekankan keperluan dan pengalaman pelanggan, membantu dalam memacu penggunaan dan pengekalan jangka masa panjang."
Penyelesaian Nilai Pelanggan Mahindra Comviva mempunyai lebih daripada 40 penggunaan di 25 negara serata dunia dan memperkasakan lebih 250 juta pelanggan. MobiLytix[TM] Suite menyediakan pemasar dengan alat pemasaran yang didorong oleh data yang membantu mereka menjalankan pemasaran yang sangat mengikut konteks merentasi pelbagai saluran dan pada sebarang peranti. Menggunakan MobiLytix[TM] suite, pemasar boleh memperoleh, menganalisis dan menggunakan maklumat tentang konteks pelanggan untuk mengatur interaksi peribadi pada masa sebenar bagi memacu prestasi hasil dan mendapatkan kelebihan daya saing. Ia menyampaikan 800 juta mesej pemasaran digital setiap hari dan menyediakan lebih 60% ketepatan ramalan kehilangan pelanggan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Emel: pr@mahindracomviva.com