omniture

Sterlite Tech Pamer Tawaran Penyelesaian Telekom Hujung ke hujung di MWC, Barcelona

Sterlite Tech
2017-02-28 18:30 623

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Sterlite Tech [BSE: 532374, NSE: STRTECH], peneraju teknologi global dalam infrastruktur digital lebih pintar, akan mempamerkan penyelesaian telekom hujung ke hujungnya di MWC, Barcelona. Pameran itu termasuk produk komunikasi optik, keupayaan rangkaian dan sistem bersepadu, Elitecore OSS/BSS, FTTX, penyelesaian bandar Pintar.

Pameran MWC Sterlite Tech termasuk:

  • Penyelesaian Bandar Pintar: Sterlite Tech baru-baru ini melancarkan bandar perkhidmatan pintar pertama di India. Dengan keupayaan dalam rekaan, binaan dan pengurusan rangkaian lebih pintar, pelaksanaan Bandar Pintar Sterlite Tech membolehkan perbandaran dan kerajaan mengubah kehidupan. Penyelesaian Sterlite Tech membolehkan penumpuan pelbagai aplikasi pada rangkaian gentian tunggal, menyebabkan pengoptimuman pelaburan yang lebih baik. Sebagai contoh, suatu bandar boleh mempunyai infrastruktur tunggal dan bukannya projek berasingan untuk gentian pejabat kerajaan, untuk pengurusan lampu isyarat dan kamera keselamatan, untuk Wi-Fi di pusat bandar dan internet berkelajuan tinggi di kawasan kediaman.
  • Elitecore BSS dengan Perdagangan Digital dan Platform Pengurusan Pelanggan (DCCM): Disesuaikan untuk syarikat telekomunikasi, DCCM direka untuk mendigitkan proses perniagaan melalui semua titik sentuh, saluran dan peranti. Ini berdasarkan peneraju platform e-dagang yang telah disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengendali, menawarkan jualan lengkap, pemasaran, pengewangan, pengurusan hasil, bil, dan keupayaan penjagaan kendiri.
  • Inovasi Infrastruktur Rangkaian: Inovasi Sterlite Tech dalam ketersambungan gentian dan penyelesaian pengurusan membolehkan kepantasan masa untuk dipasarkan dan memudahkan penambahan komponen ke dalam rangkaian di masa hadapan. Portfolio produk syarikat termasuklah gentian optik, kabel dan kit bangunan tinggi / Penyelesaian Pasif Pantas MDU untuk memberikan prestasi lebih baik dalam transmisi data dan keandalan prestasi dengan fungsian tambahan.

Ankit Agarwal, Ketua Global, Jualan dan Usaha Niaga Baharu, Sterlite Technologies, berkata, "Sebagai pembekal perkhidmatan dari hujung ke hujung, keupayaan rangkaian lebih pintar kami mempunyai ketersambungan gentian sebagai tunjangnya, yang menawarkan penumpuan rangkaian pelbagai perkhidmatan dengan OSS/BSS yang menawarkan pengurusan pelanggan dan keupayaan pengewangan dalam rangkaian capaian tunggal. Melalui penumpuan rangkaian ini, kami boleh memberikan perkhidmatan yang lebih meluas, menerima pakai model perniagaan baharu, menawarkan perkhidmatan inovatif dan memasuki pasaran baharu."

Latar Belakang Sterlite Technologies:

Sterlite Technologies Ltd [BSE: 532374, NSE: STRTECH], ialah peneraju teknologi global dalam infrastruktur digital lebih pintar. Dengan fokus penglibatan dalam telekom semata-mata, ia memberikan produk komunikasi optik, rangkaian & perkhidmatan sistem bersepadu dan penyelesaian perisian OSS/BSS. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.sterlitetech.com

Maklumat perhubungan:
L. K. Pathak
Telefon: +91-9925-012-059
Emel: l.k.pathak@sterlite.com  

Sumedha Mahorey
Telefon: +91-22-30450404
Emel: sumedha.mahorey@sterlite.com

Source: Sterlite Tech
Related Stocks:
Bombay:532374 OTC:SRLRY
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news