omniture

Penyelesaian 5G ZTE Sedia untuk Prapelaksanaan Komersial pada 2018

ZTE Corporation
2017-02-28 21:24 436

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ) mengumumkan penyelesaian 5G syarikat dijadualkan prapelaksanaan komersialnya mulai suku ketiga tahun 2018, memandangkan ZTE membolehkan pihak pengendali memendekkan masa untuk membangunkan rangkaian sedia 5G.

Sempena Kongres Dunia Mudah Alih 2017 di Barcelona minggu ini, ZTE bakal memperkenalkan siri produk 5G baharu, memberi kelebihan daya saing peneraju kepada pengendali dalam usaha mereka untuk beralih kepada perkhidmatan generasi seterusnya. ZTE meramalkan produk-produk 5Gnya akan digunakan dalam rangkaian 5G komersial pada suku pertama tahun 2019.

Di MWC 2017, ZTE bakal melancarkan rangkaian penuh stesen utama mmWave dan sub-6Ghz baharu. Penyelesaian 5G baharu ini menyokong antara muka udara Radio Baharu (NR) 5G bagi Projek Perkongsian Generasi Ketiga (3GPP) dan jalur frekuensi 5G aliran utama dalam industri. Stesen utama 5G ZTE baharu ini menggunakan input berbilang, output berbilang (MIMO) besar, Penjejakan Alur dan pembentuk alur selain teknologi-teknologi 5G utama yang lain, demi memenuhi keperluan pelaksanaan prakomersial untuk 5G.

ZTE melabur melebihi RMB 1 bilion setiap tahun terhadap usaha penyelidikan dan pembangunan 5G, dan merupakan vendor pertama dunia yang menentusahkan teknologi-teknologi utama dalam 5G mmWave dan sub-6GHz pada tahun 2016, selain berjaya menyempurnakan ujian lapangan 5G mmWave. ZTE merupakan syarikat yang pertama berjaya melepasi kesemua ujian dalam fasa pertama ujian 5G Kebangsaan di China. ZTE juga berjaya menyempurnakan teknologi titik tunggal 5G dan penentusahan prototaip dan kini memasuki fasa penentusahan penyelesaian serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Penyelesaian Pra5G proprietari ZTE membolehkan pengendali mengikuti jejak prestasi rangkaian 5G pada infrastruktur 4G LTE sedia ada, memberikan peningkatan terhadap pemprosesan data dan pengurangan kependaman. Penyelesaian Pra5G ZTE direka agar mudah dinaik taraf kepada 5G pada masa depan, dan telah digunakan dalam lebih 40 rangkaian di 30 negara serata dunia.

Sebagai penyedia inovasi menyeluruh untuk 5G, ZTE turut menerajui usaha pembangunan bagi peranti dan terminal mudah alih berorientasi masa depan. Di MWC 2017, ZTE memperkenalkan telefon pintar Gigabit pertama dunia, menyokong kadar penghantaran data sehingga 1 Gbps, dan ini membawakan kemajuan pesat dalam pengalaman pengguna.

Sebagai peneraju bagi teknologi 5G, ZTE telah memeterai kerjasama strategik berhubung pembangunan 5G bersama syarikat-syarikat pembawa telekomunikasi terkemuka dunia termasuk Deutsche Telekom, Telefonica, SoftBank, KT Group, China Mobile, China Telecom dan China Unicom.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma                                                     

Daniel Beattie

ZTE Corporation                                               

AxiCom

Tel: +86 755 26775207                                    

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn                             

Emel: daniel.beattie@axicom.com



 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news