omniture

Pesta Habano XIX Bermula dengan Jenama Montecristo sebagai Protagonis Utama

HABANOS SA
2017-02-28 23:55 502

HAVANA, 28 Februari 2017 /PRNewswire/ --

  • Jenama legenda Habano mempersembahkan Línea 1935,barisan produk yang paling Premium  
  • Ia juga akan lancarkan Gran Reserva yang di pertama daripada H. Upmann, dengan vitola Sir Winston, dan jenama Quai D'Orsay mempersembahkan reka bentuk baharu serta dua vitola baharu 
  • Grupo Habanos capai pusing ganti perolehan sebanyak 445 juta dolar pada 2016   

Sejak hari ini, La Habana menjadi tuan rumah Pesta Habano XIX, acara antarabangsa terbesar bagi pencinta cerut yang terbaik di dunia dari seluruh dunia. Acara ini akan dilangsungkan dari 27 Februari hingga 3 Mac dan ia akan dihadiri peserta antarabangsa yang mencintai produk ini. Protagonis utama ialah H. Upmann, Montecristo dan Quai D'Orsay,jenama Habano yang akan menyiarkan berita penting portfolio produk biasa mereka.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8051451-XIX-habano-festival-begins-montecristo/

Dalam sidang akhbar yang dihoskan oleh Leopoldo Cintra González, Naib Presiden Komersial dari Habanos, S.A. dan Javier Terres Ercilla, Naib Presiden Pembangunan dari Habanos, S.A., telah disiarkan pelancaran utama bagi tahun ini, salah satu yang istimewa, Linea 1935 yang baharu dari Montecristo.

Salah satu pelancaran utama bagi tahun ini adalah pelancaran H. Upmann Sir Winston Gran Reserva 2011 (47 x 178 mm), di mana pengisi, pengikat dan pembungkus daun yang digunakan telah melalui proses penuaan lima tahun yang panjang dan teliti. Ini adalah Gran Reserva pertama oleh H. Upmann, dan dipersembahkan dalam pilihan yang unik dan eksklusif 5,000 kotak sahaja. Malam Pelancaran Pesta akan didedikasikan kepada H. Upmann Sir Winston Gran Reserva 2011.

Juga, pada Pesta Habano XIX akan dipersembahkan reka bentuk baharu jenama Quai D'Orsay, termasuk dua vitola baharu dalam portfolionya, No 50 (50 x 110 mm) y No 54 (54 x135 mm), bagi mewujudkan portfolio jenama menarik yang boleh didapati di seluruh dunia pada tahun 2017 melalui rangkaian pengedaran antarabangsa Habanos, S.A. Serta jenama Romeo y Julieta yang akan mempersembahkan vitola baharu Petit Royales (47 x 95 mm). 

Perkembangan Grupo Habanos pada 2016    

Sepertimana yang diperkatakan dalam sidang akhbar,pada tahun 2016 Grupo Habanos, syarikat yang mengkomersialkan secara eksklusif di dunia 27 jenama buatan Habanos Totalmente a Mano, pusing ganti perolehan dalam tahun 2016 adalah 445 juta dolar, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5% berbanding tahun sebelumnya pada kadar pertukaran malar.

* (Denominasi Asal Dilindungi)

Hubungi

Cristina Andreu
press.habanosfestival2017@yr.com

Alberto Jiménez
press.habanosfestival2017@yr.com

Izaskun Martínez (Tel: +53-521-243-89) atau Cristina Andreu (Tel: +34-609-46-44-05).

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/472287/Montecristo_cigars.jpg )

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Tobacco Trade show news