BOSTON, 1 March 2017 /PRNewswire/ -- Fusion Worldwide, pengedar komponen elektronik bebas kedua terbesar seluruh dunia, mencapai pertumbuhan yang mencatat rekod pada 2016, menjana pertumbuhan pendapatan sebanyak 17 peratus. Syarikat ini juga mengalami pertambahan di kedua-dua bahagian tenaga pekerja dan kumpulan pelanggan.
Fusion Worldwide mengukuhkan tenaga kerjanya sebanyak 14 peratus, membolehkan pembekal ini untuk meluaskan lagi jejak global mereka. Dengan sumber global yang semakin bertambah, organisasi ini melanjutkan capaian mereka merentasi pelbagai industri, meningkatkan kumpulan pelanggan sebanyak 16 peratus, dan meningkatkan jumlah keseluruhan penghantaran sebanyak 18 peratus.
Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan global yang berterusan, syarikat ini membuka pejabat baharu di San Jose, menjadikannya pejabat ketiga di A.S dan keenam di peringkat global, untuk membantu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan yang semakin meningkat di semua zon masa. Syarikat juga diiktiraf sebagai pengedar komponen elektronik ke-14 terbesar keseluruhannya oleh Global Purchasing Magazine untuk tahun kedua berturut-turut.
"Mengakhiri 2016 sebagai tahun yang mencatat rekod, kami berada pada kedudukan yang baik untuk terus melalui pertumbuhan pesat pada 2017," kata Peter LeSaffre, Ketua Pegawai Eksekutif, Fusion Worldwide. "Hasil yang diperoleh telah membuktikan dan mencerminkan dedikasi pasukan untuk terus menjangkaui matlamat, selanjutnya memantapkan Fusion Worldwide sebagai peneraju pengedar komponen elektronik global."
Beribu pejabat di Boston, dengan lokasi di Singapura, Amsterdam, Hong Kong, Wilmington, Massachusetts dan San Jose, Fusion Worldwide mendapatkan sumber komponen elektronik untuk syarikat-syarikat dalam industri pelayan, automotif, dan telekom antara yang lain.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.fusionww.com atau hubungi (617) 502-4100.
Latar Belakang Fusion Worldwide
Fusion Worldwide merupakan pengedar komponen elektronik global peneraju yang memperoleh, menyimpan dan menghantar pelbagai produk dan barangan siap kepada pelanggan dalam lingkungan yang luas di seluruh dunia. Syarikat mengisi ruangan dalam rantaian bekalan dengan barangan keluaran semasa dan juga produk lapuk dan tamat hayat dan perkhidmatan pasaran barang ganti. Keupayaan Fusion Worldwide meliputi pemeriksaan kualiti, pengurusan inventori dan logistik global. Beribu pejabat di Boston, Fusion Worldwide mempunyai lokasi di San Jose, Singapura, Amsterdam, Hong Kong dan Wilmington, Massachusetts. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.fusionww.com.
Hubungan Media:
Kim MacKenzie
kim@hollywoodpr.net
(774) 773-9571