omniture

ZTE Berjaya Perkenal Platform Carrier DevOps Pertama Tersedia Secara Komersial

ZTE Corporation
2017-03-02 05:13 679

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan ia berjaya melancarkan platform Carrier DevOps pertama yang disediakan secara komersial, di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC), Barcelona, 2017. Demonstrasi  ini dibuat berdasarkan aliran kerja DevOps secara keseluruhannya, memperlihatkan persekitaran operasi DevOps dan kelebihan penghirisan rangkaian melalui DevOps kepada pelanggan.

ZTE pertama kali mengumumkan penyelesaian Cloud Works (Carrier DevOps) yang utama dalam industri di MWC Barcelona pada tahun 2016. Setelah setahun berlalu, pada ekspo tahun ini, penyelesaian ini sedia untuk dikomersialkan, memperlihatkan kadar inovasinya yang pantas. Penyelesaian Cloud Works ZTE, yang digunakan berasaskan komponen mikrokhidmat fungsi rangkaian maya (VNF) terbuka, instrumen DevOps dan teknologi Docker, menyediakan pembangunan tangkas, penyepaduan berterusan dan penyediaan perkhidmatan secara berterusan kepada pengendali mahupun rakan kongsi. Ini membantu pengendali mencapai segmentasi pengguna berorientasikan senario dan turut membolehkan penyesuaian fungsi atas permintaan dan pelepasan perkhidmatan yang pantas.

Penghirisan rangkaian ZTE, berdasarkan Carrier DevOps, bukan sahaja mempunyai ciri-ciri keanjalan kelas kedua, penggunaan berdasarkan minit dan reka bentuk Dev berasaskan bestari, tetapi juga turut menyediakan paparan kitar hayat penghirisan hujung-ke-hujung, penggunaan Ops dipacu AI dan persekitaran penyelenggaraan, yang kesemuanya sangat meningkatkan kecekapan pembinaan rangkaian, serta operasi dan penyelenggaraan (O&M).

Pada November 2016, penyelesaian Cloud Works ZTE meraih anugerah Inovasi NFV Terbaik Tahunan daripada Telecom Asia, yang menunjukkan keupayaan inovatif serta kepimpinannya dalam industri peralihan ke awan (cloudification). Sebagai pelopor dalam industri rangkaian awan global, ZTE mempunyai pemahaman mendalam tentang keperluan pengguna, memberi tumpuan terhadap inovasi-inovasi utama seperti virtualisasi fungsi rangkaian/rangkaian tentuan perisian (NFV/SDN), evolusi penyepaduan 5G, pemusatan data pengguna dan keupayaan rangkaian komunikasi terbuka. Ia turut memperkenalkan secara aktif penyelesaian penghirisan rangkaian komersial yang utama dalam industri demi membantu pengendali telekomunikasi mencapai transformasi rangkaian awan.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media;

Margrete Ma                                                     

Daniel Beattie

ZTE Corporation                                               

AxiCom

Tel: +86 755 26775207                                    

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn                            

Emel: daniel.beattie@axicom.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services