omniture

Emaar Hospitality Group Perkenal 'Address Boulevard': Pusat Peranginan Gaya Hidup Bandar di Pusat Bandar Dubai

Emaar Hospitality Group
2017-03-02 19:28 583

DUBAI, United Arab Emirates, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Address Hotels + Resorts, jenama hotel premium milik Emaar Hospitality Group, hari ini memperkenalkan pusat peranginan gaya hidup bandar baharu, Address Boulevard.

generated by system

generated by system

Chris Newman, Ketua Pegawai Operasi Emaar Hospitality Group berkata: "Address Boulevard merupakan satu lagi bukti cita-cita kami dalam usaha menetapkan standard industri baharu. Ia mempunyai kedudukan unik sebagai pusat peranginan gaya hidup bandar – yang menyepadukan kesemua daya tarikan romantis sebuah pusat peranginan dengan adanya kemudahan, fasiliti dan tarikan sebuah hotel bandar."

Address Boulevard mempunyai 196 bilik yang luas termasuk 116 Bilik Mewah, 44 Bilik Kelab Mewah, 28 Suit Satu Bilik Tidur, tujuh Suit Dua Bilik Tidur dan Suit Presiden yang serba mewah – kesemuanya menawarkan pemandangan indah Burj Khalifa. Terdapat juga 532 pangsapuri berservis termasuk pangsapuri dupleks dan dua emper; tetamu yang menetap dalam tempoh pendek di kediaman tersebut mendapat jaminan akses kepada kemudahan-kemudahan hotel.

Menerusi seni bina seni-dekorasi, reka bentuk dan hiasan yang menginspirasikan, Address Boulevard diilhamkan oleh kehalusan Eropah klasik. Mampu menarik perhatian pelancong percutian dan pelancong perniagaan, hotel ini sempurna untuk pengunjung luar negara dengan kedudukannya yang terletak berhampiran dengan tempat tarikan jualan dan bersantai termasuk The Dubai Mall, destinasi beli belah dan hiburan terbesar di dunia. Ia juga terletak berdekatan dengan Dubai Opera, lokasi seni persembahan berbilang format. Para tetamu perniagaan mendapat kemudahan lokasi kerana ia berdekatan dengan Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Dubai.

Satu ciri uniknya ialah pemasangan seni menakjubkan yang menakrifkan bahagian dalaman hotel oleh 48 seniman. The Spa at Address, terletak di satu tingkat khusus dengan keluasan melebihi 700 meter persegi, menyediakan terapi mewah. Kelab kanak-kanak Qix pula menyediakan kemudahan asuhan holistik untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun.

Ruang menjamu selera terkenal, The Restaurant at Address, mensimulasi pengalaman pangsapuri Eropah mewah milik keluarga yang banyak mengembara pada tahun 1920-an, menyediakan hidangan makanan klasik dalam suasana yang menakjubkan. Bermula dengan bilik berbilang fungsi yang menyediakan 80 tempat duduk kepada bilik mesyuarat kecil dan Bilik Lembaga yang canggih, Address Boulevard menawarkan pelbagai pilihan yang dapat memenuhi keperluan perancang acara. 

Menerusi tiga jenama hotel miliknya - Address Hotels + Resorts, Vida Hotels and Resorts dan Rove Hotels –kini, Emaar Hospitality Group mengendalikan sepuluh hotel dan tiga kediaman berservis di Dubai. Untuk maklumat lanjut: addresshotels.com

Butiran lanjut, hubungi:
Kelly Home
ASDA'A Burson-Marsteller
+9714-4507-600
kelly.home@bm.com

Sumber: Emaar Hospitality Group

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services