omniture

Enigma Software Group Selesaikan Litigasi Bleeping Computer

Enigma Software Group USA, LLC
2017-03-05 13:01 503

CLEARWATER, Florida, 5 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Enigma Software Group USA, LLC ("ESG") mengumumkan mereka telah mencapai penyelesaian dalam tuntutan mahkamah yang difailkan tahun lalu terhadap Bleeping Computer LLC. Kes ini kini diberhentikan. ESG memfailkan tuntutan terhadap Bleeping Computer di mahkamah persekutuan di New York pada 5 Januari 2016. Aduan ini mendakwa pengiklanan palsu, fitnah dan tuntutan yang berkaitan.

Enigma Software
Enigma Software

Terma penyelesaian adalah sulit tetapi Bleeping Computer menjelaskan dalam siaran akhbarnya tentang penyelesaian tersebut dan mereka telah membuangkan pos yang ditulis oleh kakitangan mereka yang menimbulkan tuntutan mahkamah ESG. Semua tuntutan balas Bleeping Computer dalam tuntutan mahkamah tersebut akan ditolak oleh mahkamah dengan prasangka, bersama-sama dengan pemberhentian kes tersebut oleh ESG.

Bleeping Computer telah memfailkan tuntutan untuk menolak tuntutan mahkamah ESG, mendakwa bahawa kenyataan mereka dilindungi oleh Seksyen 230 Akta Tatasusila Komunikasi. Mahkamah menolak usul tersebut dalam keputusan yang diberikan pada musim panas lalu.

Ryan Gerding, jurucakap ESG, berkata tentang perkembangan ini, "ESG dengan sukacitanya meletakkan perkara ini di belakang kami dan kembali membuat produk anti perisian hasad terbaik di pasaran. Malang sekali kerana kami terpaksa melibatkan tindakan perundangan, tetapi ESG berterima kasih kepada mahkamah kerana memberikan bantuan."

Latar Belakang Enigma Software Group USA, LLC

Enigma Software Group USA, LLC ialah penyepadu sistem dan pembina perisian keselamatan PC antarabangsa milik persendirian, dengan pejabat di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Kepakaran syarikat ialah pembangunan perisian keselamatan PC, analisis keselamatan dalam talian, penilaian ancaman penyesuaian dan pengesanan ancaman keselamatan PC, dan juga perbaikan khas perisian hasad untuk jutaan pelanggan mereka seluruh dunia. ESG terkenal dengan SpyHunter®, perkhidmatan dan produk perisian anti perisian hasad. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESG, kunjungi www.enigmasoftware.com.

Berhubung dengan ESG di Twitter | Facebook | Google+ | LinkedIn | YouTube

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/452052/Enigma_Software_Logo.jpg

Source: Enigma Software Group USA, LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Multimedia/Online/Internet Legal issues