omniture

Airports Council International umum lapangan terbang terbaik dunia untuk khidmat pelanggan pada 2016, dipilih pengembara dunia

Airports Council International (ACI)
2017-03-06 22:00 477

Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang 2016

MONTREAL, 6 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Airports Council International (ACI) World hari ini mengumumkan barisan pemenang Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2016. Lapangan terbang bersaiz besar dan kecil dari serata dunia memperlihatkan komitmen lapangan terbang dalam usaha menyediakan pengalaman pelanggan yang cemerlang.

Lihat senarai penuh penarafan ASQ.

"Saya berbesar hati kerana sewaktu kami menyambut ulang tahun ke-10 dalam membantu lapangan terbang memahami cara terbaik untuk berkhidmat kepada pelanggan mereka melalui Program ASQ, kami dapat menyaksikan kumpulan pemenang terbesar yang tidak pernah disaksikan sebelum ini," kata Angela Gittens, Ketua Pengarah, ACI World. "Lapangan terbang ini telah mendedikasikan perkhidmatan mereka bagi membawakan pengalaman pelanggan yang unggul. Menggalakkan budaya peningkatan perkhidmatan berterusan telah menjadi suatu perkara untuk memperoleh kelebihan daya saing dan mengoptimumkan prestasi hasil bukan aeronautik. ACI dengan penuh bangga mengiktiraf kejayaan ini dan kami berharap dapat bersama-sama mencari cara-cara yang lebih berkesan, cekap dan menguntungkan untuk berkhidmat kepada pengembara umum penerbangan."

ASQ ialah satu-satunya program dunia yang meninjau penumpang di lapangan terbang berkaitan hari perjalanan mereka. Setiap tahun, Program ini menjalankan kira-kira 600,000 tinjauan individu dalam 41 bahasa di 84 negara. Ia menilai pandangan penumpang berhubung 34 petunjuk prestasi utama, termasuk akses lapangan terbang, daftar masuk, pemeriksaan keselamatan, tandas, kedai-kedai dan restoran-restoran. Setiap lapangan terbang menggunakan kaji selidik yang sama, mewujudkan pangkalan data industri yang membolehkan lapangan terbang membandingkannya dengan lapangan terbang lain di serata dunia. Program ASQ juga mempunyai ciri yang dapat memudahkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan pengendali lapangan terbang.

Anugerah ASQ diberikan kepada lapangan terbang yang mendapat nilaian tertinggi oleh pelanggan mereka dalam tempoh setahun. Kategori-kategori diwujudkan bagi mengiktiraf pencapaian lapangan terbang yang berbeza saiznya dan di rantau berlainan.

Majlis Anugerah ASQ akan diadakan di Perhimpunan Agung, Persidangan & Pameran Tahunan Afrika/Dunia ACI kali ke-27, di Port Louis, Mauritius, 16–18 Oktober 2017.

Nota untuk editor

1. Airports Council International (ACI), persatuan perdagangan untuk lapangan terbang dunia, diasaskan pada tahun 1991, dengan objektif untuk memupuk kerjasama antara lapangan terbang ahli dan rakan-rakan kerjasama lain daripada dunia penerbangan, termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dan Pertubuhan Perkhidmatan Pandu Arah Penerbangan Awam. Bagi mewakili kepentingan terbaik lapangan terbang semasa fasa utama pembangunan dasar, ACI membuat sumbangan penting dalam usaha menjamin sistem pengangkutan udara global yang selamat, terjamin, cekap dan mesra alam. Setakat Januari 2017, ACI berkhidmat untuk 623 ahli yang mengendalikan 1,940 lapangan terbang di 176 negara.

Maklumat perhubungan media: Anita Berthier, Pengurus, Perhubungan Luar dan Acara Khas, ACI World, No. Telefon: +1 514 373 1254, Emel: mediarelations@aci.aero

Source: Airports Council International (ACI)
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Survey, Polls & Research