omniture

Lone Star Beri Tawaran Tunai Penuh Untuk Semua Aset Hartanah Astro Japan Property Group

Lone Star Funds
2017-03-07 00:59 508

NEW YORK dan TOKYO dan SYDNEY, 7 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Lone Star Funds, sebuah firma ekuiti persendirian global, hari ini mengeluarkan kenyataan berikut:

"Anggota gabungan Lone Star Real Estate Fund V mengumumkan ia melanjutkan tawaran tunai sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah Astro Japan Property Group (ASX: AJA-AU) ("Astro") untuk kesemua aset hartanah Jepun syarikat tersebut dalam nilai buku 31 Disember 2016 Astro.1 Cadangan ini tertakluk pada penetapan usaha wajar, yang sedia dimulakan serta merta oleh pihak Lone Star, satu perjanjian antara Astro dan Spring Investment Co., Ltd. ("Spring") untuk menamatkan perjanjian pengurusan luaran Spring, selain dokumentasi pasaran biasa dan juga syarat-syarat kelulusan akhir."

1 (JPY 83,667,274,000, selepas mengambil kira jualan Pusingan Pertama Amagasaki selepas akhir tahun)

LATAR BELAKANG LONE STAR FUNDS

Lone Star Funds diasaskan pada tahun 1995, dan melabur bagi pihak rakan dana terhadnya, termasuk dana pencen untuk kakitangan serta pesara sektor awam dan korporat, serta yayasan dan endowmen yang menyokong penyelidikan perubatan, pendidikan tinggi dan kerja-kerja amal yang lain.

Sejak pewujudan dana pertama pada tahun 1995, Lone Star telah mengurus 17 dana dengan komitmen modal agregatnya melebihi USD $70 bilion. Lone Star mempunyai pengalaman transaksi yang luas, dan telah menutup kira-kira 470 pelaburan menerusi lebih 1,400 transaksi dengan harga pembelian agregat melebihi USD $180 bllion (termasuk pembiayaan pemerolehan dan pelabur bersama).

www.lonestarfunds.com

HUBUNGAN MEDIA 
Christina Pretto 
cpretto@lonestarfunds.com  
+1 (212) 849-9662 (pejabat) 
+1 (917) 499-4260 (telefon bimbit)

Source: Lone Star Funds
Related Stocks:
Australia:AJA
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers