omniture

Merck Majukan Teknologi Penulenan Air Makmal dengan Sistem Milli-Q® IQ 7000

Merck
2017-03-07 01:00 512

- Menandakan ulang tahun ke-50 pelancaran sistem air makmal pertama

- Pertama gunakan lampu UV bebas raksa, mesra alam

- Reka bentuk ergonomik lebih kecil, kurangkan pembaziran, tingkatkan produktiviti, percepat penyelidikan

DARMSTADT, Jerman, 7 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran global sistem Milli-Q® IQ 7000, generasi ketujuh Milli-Q® inovasi penulenan air. Pelancaran ini menandakan 50 tahun Merck menyediakan air ultratulen kepada saintis di makmal seluruh dunia. Syarikat mengumumkan butiran mengenai sistem penulenan air semasa sesi sidang media di Persidangan & Ekspo Pittcon 2017 di Chicago, Illinois.     

Merck's customers are looking for compact, ergonomic systems and software so they can advance science, further faster. The Milli-Q(R) IQ 7000  lab water purification system allows scientists to focus on problem solving, without worrying about the purity of their water. Merck's latest product reflects its legacy of pioneering innovations in lab water purification.
Merck's customers are looking for compact, ergonomic systems and software so they can advance science, further faster. The Milli-Q(R) IQ 7000 lab water purification system allows scientists to focus on problem solving, without worrying about the purity of their water. Merck's latest product reflects its legacy of pioneering innovations in lab water purification.

"Walaupun terdapat kemajuan besar dalam penyelidikan di makmal, ahli-ahli sains hari ini terus mencari jalan untuk meningkatkan kebolehulangan dan kebolehpercayaan data," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science . "Para pelanggan kami mencari sistem dan perisian ergonomik yang padat, agar mereka dapat memajukan sains, dengan lebih pantas. Sistem air makmal baharu kami menangani kelemahan ini, dan membolehkan saintis fokus kepada penyelesaian masalah, tanpa perlu bimbang tentang ketulenan air mereka. Sistem baharu ini mencerminkan legasi kami merintis inovasi  dalam penulenan air makmal. "

Selama setengah abad, Merck telah menjadi rakan kongsi pilihan untuk sistem penulenan air dan perkhidmatan untuk ahli-ahli sains makmal yang perlu memastikan air mereka bebas daripada pencemaran.

Untuk memastikan sistem penulenan air baharu Merck memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, syarikat menggabungkan maklum balas pelanggan dengan kejuruteraan dan kepakaran teknikal untuk membangunkan sistem Milli-Q® IQ 7000 -peranti lebih kecil, lebih mudah untuk digunakan, yang di reka bentuk dengan :

  • Lampu UV ech2o® bebas raksa untuk fotooksidaan bahan organik tercemar
  • Kartrij penulenan 33 peratus lebih kecil berbanding versi sebelumnya
  • Skrin sentuh digital berdefinisi tinggi serupa paparan telefon mudah alih untuk pengendalian mudah
  • Sambungan mudah kepada rangkaian makmal melalui sistem pengurusan data bersepadu yang membolehkan akses maklumat yang pantas dan mudah
    • Merangkumi laporan langgan dan arkib data sistem global untuk kebolehkesanan dan persekitaran tanpa kertas untuk menjana laporan
  • Mod hibernasi untuk mengekalkan kualiti air sistem dengan pengurangan penggunaan tenaga
  • Egronomik, roda pendispensan jitu dengan pelbagai pilihan pendispensan air ultratulen - dari titik demi titik sehingga 2 liter seminit
  • Ruang yang lebih kecil bebas daripada tiub / kabel untuk ruang kerja yang sempit, tetapi kemas

Jenama terkemuka Merck, air Milli-Q®, sinonim dengan air makmal ultratulen, dan ialah jenama yang paling diperkatakan dalam penerbitan kajian semula yang setanding. Sistem Milli-Q® mempunyai media penulenan yang telah diuji dan direka eksklusif untuk Merck, yang membolehkan syarikat menyediakan kualiti air terbaik untuk makmal seluruh dunia.

Sistem Milli-Q® IQ 7000 Merck ialah produk yang pertama dalam tawaran yang akan menggantikan Sistem atas meja Milli-Q® s Advantage A10. Ia tersedia untuk pembelian pada bulan April 2017.

Semua kenyataan akhbar Merck diedarkan melalui e-mel juga boleh didapati di laman web Merck. Sila  layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menamatkan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck ialah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan- bahan berprestasi tinggi. Kira-kira 50,000 pekerja bekerja untuk memajukan lagi teknologi yang memperbaiki dan meningkatkan kualiti kehidupan - daripada terapi biofarmaseutikal untuk merawat kanser atau sklerosis multipel, sistem canggih untuk penyelidikan dan penghasilan sains, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan televisyen LCD. Pada tahun 2015, Merck menjana jualan sebanyak € 12.85 bilion di 66 negara.
Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck adalah syarikat farmaseutikal dan kimia tertua di dunia. Keluarga pengasas kekal pemilik majoriti kumpulan korporat yang tersenarai ini. Syarikat ini memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian adalah di Amerika Syarikat dan Kanada, di mana syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.  

Merck's launch of the Milli-Q(R) IQ 7000 lab water purification system marks 50th anniversary of the company's first lab water system launch. This system is the first to use environmentally friendly, mercury-free UV lamps. Its smaller, ergonomic design reduces waste and helps increase productivity and accelerate research for scientists in the lab.
Merck's launch of the Milli-Q(R) IQ 7000 lab water purification system marks 50th anniversary of the company's first lab water system launch. This system is the first to use environmentally friendly, mercury-free UV lamps. Its smaller, ergonomic design reduces waste and helps increase productivity and accelerate research for scientists in the lab.

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/473634/MilliQIQ_Merck.jpg 
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/473656/Merck_Infographic.jpg

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Chemical Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services