omniture

London Taxi Berkebolehan Pelepasan Sifar Baharu Diuji dalam Cuaca Melampau di Arctic Circle

London Taxi Company
2017-03-07 05:33 620

COVENTRY, England, 7 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Gambar-gambar baru daripada London Taxi Company (LTC) menunjukkan sebahagian dari program ujian melampau yang sedang dijalankan ke atas semua teksi hitam elektrik yang baru.

generated by system

generated by system

Kini dijalankan di muara Arctic Circle, rejim pemeriksaan prestasi kenderaan di dalam situasi paling melampau akan menjadi lebih ketat pada minggu-minggu akan datang, dengan teksi yang akan disejukkan di dalam peti sejuk gergasi sehingga -49°C.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk menjamin yang kenderaan itu akan sentiasa boleh dihidupkan, berfungsi dan menikmati rangkaian bateri dikuasakan elektrik peneraju dalam kelas dalam suhu yang paling melampau. Rangkaian teksi elektrik lanjutan baharu akan menjalani ujian ketahanan yang sama dalam persekitaran panas melampau sebelum ia dianggap sedia untuk dijual.

Pengarah Kualiti Wolftam Liedtke menerangkan: "Teksi baharu kami dibangunkan dengan dua prinsip utama kejuruteraan – kualiti dan ketahanan, untuk memenuhi keperluan mencabar kitaran tugas teksi. Tidak lama lagi kami akan memulakan pengeluaran rangkaian produk di kemudahan perkilangan serba baharu kami di Ansty, berhampiran Coventry. Ia akan menjadi, tanpa ragu-ragu, produk yang berkualiti tinggi dan berdaya tahan sepanjang 98 tahun sejarah London Taxi."

Program ujian juga berfungsi untuk memeriksa kualiti pemandu dan pengalaman penumpang di dalam keadaan melampau. Ini bermakna memeriksa pemanasan dan pengudaraan teksi terus berfungsi pada tahap piawaian tertinggi – tidak kira betapa sejuk atau melampaunya suhu di luar.

Pengalaman memandu juga diperiksa – dengan kesan cengkaman, pemanduan dan penglihatan di uji ke tahap melampau. Jurutera-jurutera LTC kemudiannya boleh membuat pelarasan bagi memastikan penumpang dan pemandu mendapat pengalaman terbaik dan paling selesa, tanpa mengira keadaan di luar.

Steve McNamara, Ketua Setiausaha Persatuan Pemandu Teksi Berlesen, berkata: "Kenderaan abad ke-21 yang bersih dan moden ini akan memastikan pemandu teksi terbaik dunia mempunyai alat yang terbaik untuk kerja mereka."

Ketua Pegawai Eksekutif London Taxi Company, Chris Gubbey, berkata: "Dengan ujian melampau ini – kami menunjukkan bahawa kenderaan kami ini akan menjadi teksi untuk London dan di seluruh dunia, berkemampuan dan sesuai digunakan di mana-mana bandar."

LTC dijangka membuka kemudahan baharunya pada 22 Mac 2017, hasil daripada pelaburan £300  juta pound daripada syarikat induk Geely.

Sumber: London Taxi Company

Source: London Taxi Company
Keywords: Auto Transportation New products/services