omniture

Miranda XMOD, Set Engkol Basikal Modular Sepenuhnya yang Pertama di Dunia

MIRANDA
2017-03-08 09:30 701

ÁGUEDA, Portugal, 8 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Miranda mengumumkan XMOD®, set engkol basikal modular ekstrem yang unik di dunia. Ia merupakan yang pertama seumpamanya dengan semua bahagiannya boleh saling ditukar ganti sepenuhnya, memberikan definisi baharu kepada kemodularan set engkol. XMOD tiba untuk mendefinisikan semula kefleksibelan dan ketahanan set engkol basikal, disebabkan oleh reka bentuk modular yang mencipta peluang baharu untuk semua orang menyesuaikan basikal mereka mengikut cara mereka sendiri tanpa had.

generated by system

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8046651-miranda-xmod-modular-bicycle-crankset/

Dengan berbagai standard berbeza dalam pasaran, masing-masing dengan spesifikasi tersendiri, untuk membuat set engkol yang universal dan boleh saling ditukar ganti sepenuhnya yang bukan sekadar mempunyai sinergi reka bentuk yang sempurna antara semua bahagian tetapi juga ringan dan berdaya ketahanan luar biasa adalah sesuatu yang agak mencabar.

XMOD terdiri daripada hanya 3 bahagian tersendiri yang bersama-sama membentuk set engkol penuh: Umpar, Lelabah dan Engkol. Semua bahagian ini boleh ditukar dengan mudah antara semua variasi, berfungsi dengan sempurna untuk mencapai pelbagai konfigurasi yang disesuaikan dengan keperluan penunggang dan basikal mereka. Terdapat banyak bahagian untuk dipilih, dibahagikan di kalangan jalan raya, gunung, enduro, menuruni bukit, bmx dan trekking. Modul-modul ini akan diperluaskan lagi memberikan ketersediaan pilihan yang lebih banyak.

Umpar titanium ialah teras sistem ini dan ia tersedia untuk semua antara muka basikal utama seperti BB30 dan 24/22mm. Umpar dibekalkan dalam pelbagai kepanjangan dan komponen-komponen selebihnya serasi secara langsung dengan keseluruhan variasi umpar.

Lelabah tersedia dengan standard BCD yang membolehkan penyesuaian lengkap. Terdapat pilihan bagi BCD 88, BCD 104, BCD 104/64, BCD 110/110, BCD 110/74 dan BCD 130/130. Tawaran ini dilengkapi dengan rantaian cincin pelekapan terus dengan versi rantaian pengekalan gigi ChainFlow yang baru dibangunkan, membolehkan berat di bawah 560 gram untuk seluruh set engkol. Set engkol ini boleh disesuaikan lebih lagi dengan 10 pilihan lengan engkol, yang boleh didapati dalam pelbagai kepanjangan dan kemasan yang pelbagai dan tersendiri untuk memberikan sentuhan unik dan peribadi kepada mana-mana basikal.

Bahagian-bahagian untuk set engkol yang kalis masa depan ini sedang dihasilkan di Portugal oleh proses pengeluaran automatik sepenuhnya, untuk jaminan terbaik dalam sifat bahan kelas terbaik untuk keadaan tunggangan basikal paling ekstrem. Set engkol modular ini sedang menjalani ujian lapangan dan diperkemas dengan sokongan penunggang profesional daripada pasukan Miranda DH, Enduro dan Road dan akan tersedia untuk semua penunggang semasa suku ketiga.

Latar Belakang MIRANDA ® 

Dengan kemudahan pengilangan Eropah di Portugal, MIRANDA ® ialah peneraju global dalam komponen pacuan basikal.

Layari http://www.mirandabikeparts.com untuk maklumat lanjut tentang Miranda.

Sumber: MIRANDA

Source: MIRANDA
Keywords: Sports Sports Equipment & Accessories New products/services