omniture

Penghutanan Semula Bawa Keajaiban: L'Eden by Perrier-Jouet Dibuka di Shanghai

Maison Perrier-Jouet
2017-03-08 13:10 688

SHANGHAI, 8 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Selepas Miami, Tokyo dan London, Shanghai ialah bandar dunia terkini yang menemui "L'Eden by Perrier-Jouet", pengalaman jenama canggih oleh Perrier-Jouet Champagne yang mengubah alam semula jadi – sumber inspirasinya yang berkekalan - menjadi dunia penuh keajaiban bagi era digital.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8055851-rewilding-eden-perrier-jouet-shanghai/

L'Eden by Perrier-Jouet berlangsung dari 7 hingga 12 Mac 2017 dalam konteks Design Shanghai, peneraju acara rekaan antarabangsa Asia, dan Maison Perrier-Jouet merupakan rakan kongsi champagne rasmi. Syarikat ini mengambil alih ruang di dalam bandar dengan visi uniknya untuk "penghutanan semula" – membawa alam semula jadi yang eksotik dan subur ke lokasi bandar yang tidak dijangka untuk mewujudkan citra keajaiban.

Masuk ke L'Eden by Perrier-Jouet melalui pagar berlampu yang memukau, tetamu akan tenggelam ke dalam dunia yang mempersonakan dengan kehijauan subur dan bunga yang berkembang mekar, didiami oleh makhluk-makhluk ajaib yang menyampaikan pesanan misteri kepada mereka. Sambil mereka bersiar-siar melalui ruangan tersebut, mereka akan menjumpai satu siri pemasangan canggih, termasuklah studio foto yang menakjubkan dan 'Extra Natural', karya seni digital eksperiensial oleh Miguel Chevalier.

Di tengah-tengah ruangan ini ialah tafsiran semula simpanan wain Eden Maison Perrier-Jouet yang terkenal di Epernay, merupakan tempat penyimpanan bagi wain vintaj yang jarang ditemui dan berharga. Pakar Simpanan Wain Herve Deschamps hadir di Shanghai menawarkan sesi merasa wain eksklusif campuran(cuvees) Perrier-Jouet Belle Epoque yang ulung dengan motif ikonik anemone putih, dihasilkan untuk Syarikat oleh pakar Seni Nouveau Emile Galle.

L'Eden by Perrier-Jouet Shanghai dibuka pada 7 Mac dengan majlis mempersonakan untuk 188 orang, yang bakal diserikan dengan tetamu kehormat, seorang pelakon filem, Shawn Dou. Tokoh lain yang hadir termasuklah pereka fesyen, Ye Mingzi dan del terkenal, Zhao Lei.

Ruangan tetap dibuka siang dan malam sepanjang tempoh Design Shanghai, menawarkan acara yang menarik, termasuklah kelas pakar champagne dan ceramah reka bentuk. Hiasan semula jadi mewah berubah secara misteri dari siang ke malam untuk mewujudkan suasana memukau yang meningkatkan lagi pengalaman liar dan indah ini.

Terkenal dengan hubungan yang sekian lama dengan dunia seni, Maison Perrier-Jouet mentafsirkan semula warisan Seni Nouveau bagi abad ke-21, menggabungkan alam semulajadi ke dalam pengalaman berbilang deria luar biasa iaitu L'Eden by Perrier-Jouet.

generated by system

Sumber: Maison Perrier-Jouet

Source: Maison Perrier-Jouet
Keywords: Art Beverages Entertainment Trade show news