omniture

Destinasi Dalam Talian Global Pertama untuk Fesyen Sopan Mewah Dilancar sempena Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2017

The Modist
2017-03-09 05:01 742

LONDON, 9 Mac 2017 /PRNewswire/ --

The Modist (http://www.themodist.com), destinasi dalam talian global pertama untuk fesyen sopan mewah, dilancarkan pada 8 Mac 2017. Membuat penghantaran ke lebih 100 negara, ia dikhususkan untuk golongan wanita yang berpakaian untuk menyerlahkan gaya mereka dengan gaya berfesyen kontemporari namun dengan cara yang sopan. Tawaran ini menyediakan platform fesyen kelas tinggi yang disusun dengan teliti untuk wanita yang mana pilihan persalinan peribadi mereka merangkumi semua peringkat usia, kepercayaan, budaya dan juga etnik.

Diilhamkan oleh Ghizlan Guenez, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, The Modist menyediakan satu destinasi untuk wanita sealiran yang inginkan pilihan fesyen mengikut musim dan mewah, sambil turut menghormati konteks gaya peribadi mereka.

The Modist melancarkan seleksi lebih 75 jenama pakaian sedia dipakai dan aksesori yang terkemuka di dunia, termasuk Marni, Alberta Ferretti, Christopher Kane dan Mary Katrantzou antara lain, dengan pereka tambahan telahpun disahkan untuk PF17. Menggabungkan kandungan dan perdagangan yang dipilih dengan teliti, majalah yang mengiringi The Modist, "The Mod" akan menyediakan kandungan yang mesra beli belah, ciri-ciri bermusim, panduan bergaya, segmen imej bergerak, nukilan di sebalik tabir serta profil dan juga temubual. Platform ini akan turut menyediakan panduan bergaya peribadi dan membeli belah, studio dalaman dan bahagian kerja rencam peribadi, yang kesemuanya dibangunkan dalam platform e-dagang tahap perusahaan dengan perkongsian logistik tahap global.

"Misi kami adalah untuk membina asas tujuan yang kukuh bagi memperkasakan kebebasan wanita untuk memilih dan untuk mengakui persamaan wanita di seluruh dunia, walaupun berbeza latar belakang, budaya dan gaya hidup – perbualan yang relevan pada masa kini," kata Guenez. "Kami menyasarkan untuk memecahkan tanggapan yang wujud sebelumnya, sambil mewujudkan komuniti dan dialog yang menceriakan, memberi maklumat dan meraikan wanita berfesyen, moden dan sopan."

Lisa Bridgett, Ketua Pegawai Operasi menambah, "Potensi pasaran dalam segmen fesyen sopan adalah luas dan dianggarkan mencecah nilai $484 bilion menjelang tahun 2019. Matlamat kami adalah untuk menyediakan kandungan sehenti dan imersif serta destinasi beli belah untuk pengguna sopan mewah global yang kami kenali dan kami alu-alukan."

Mempunyai pejabat-pejabat di London dan Dubai, pasukan The Modist yang turut disertai oleh Guenez dan Bridgett terdiri daripada pakar-pakar perniagaan antarabangsa dan industri fesyen termasuk Sasha Sarokin, Pengarah Pembelian dan Fesyen; Sally Matthews, Pengarah Kreatif dan Dima Ayad, Pengarah Perhubungan Awam dan Pemasaran.

Sila hubungi KCD London untuk mendapatkan biografi, imej, filem jenama dan/atau maklumat tambahan.

Source: The Modist
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Internet Technology Retail New products/services